kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, October 21, 2012

Doh Karipap Tun Telani

Assalamualaikum....Susah betul nak update blog sekarang. Apatah lagi nak blogwalking ke blog orang lain. Selain mood ke laut, kesuntukan masa dan peluang pun satu hal la. Tenet dah takde, time hujung minggu kalau ke rumah kawan baru boleh update blog. Kalau hari kerja tu curi2 masa je update FB. Kadang kala bukan juga nak berlagak dengan orang tentang apa yang kita masak2. Tapi selalu saja kawan2 minta ajar buat sesuatu. Jadi, kita belajar dengan orang dan pada masa yang sama boleh ajar orang lain lagi. Kalau kata nak berlagak tu jauh sekali la kalau nak banding dengan blogger2 yang hebat. 

Kali ni Nani buat karipap biasa guna resepi doh Tun Telani. Memang senang cara buatnya. Housemate Nani excited menggetel juga walaupun pertama kali pegang doh karipap. Seronok apabila dapat ajar orang lain dan berkongsi apa yang kita tahu. Paling tak tahan, dengan kelim senget benget pun, diorang still snap gambar, simpan sebagai kenangan. Pada pendapat Nani, resepi doh Kak Tun ni sedikit berminyak sebelum kita goreng. Tak liat macam doh lain. Tapi, apabila dah siap goreng, memang rapuh sangat. Tak keras dan sangat sedap! Harus cuba tau!
Karipap nampak sikit hangit sebab goreng dalam minyak sikit je. huhuh...
Nani c&p dari blog Kak Rosaliza...Terima kasih buat Kak Tun n Kak Rosa ye...


DOH KARIPAP BEST
RESIPI : TUN TELANI
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan:
4 cawan tepung
2 sb margerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sk garam

Cara-cara:

  1. panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
  2. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  3. dh sejuk siket, campur garam n air.
  4. Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..

INTI (VERSI NANI) :
resepi : nuwairaniismail.blogspot.com

Bahan-bahan :
1 keping dada ayam tanpa tulang -dicincang halus
3 ketul ubi kentang -dipotong dadu
1 labu bawang besar -dipotong dadu
2 ulas bawang putih -ditumbuk lumat
1 inci halia -ditumbuk lumat
2 sudu makan cili kering kisar -optional bagi yang suka pedas
2 sudu serbuk kari daging
sedikit minyak untuk menumis
1 kiub pati lembu knorr -boleh ganti dengan kiub ayam @ bilis
air secukupnya
2 sk gula
garam secukupnya

Cara - cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi. Tambahkan cili kering kisar dan serbuk kari. Tumis hingga garing atau pecah minyak.
  2. Masukkan ayam cincang, kacau sebati. Seterusnya campurkan kentang dalam bahan tumis. Kacau rata dan perasakan dengan kiub pati lembu. 
  3. Tambahkan air sehingga tenggelam paras bahan tadi.
  4. Masak sehingga kentang empuk dan air sedikit kering.
  5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  6. Apabila air dah cukup kering, tutup api, biarkan sedikit sejuk baru boleh guna untuk buat karipap.
Kelim yang herot2 tu harap dimaafkan la...saya budak baru belajar...huhuh


10 comments:

sury_masury said...

Rajinnn nyerrr....nk seketol 2...hihi...lama dh x mngaripap ni...:-D
Pernh cuba karipap tun ni..tpi x sempat nk tayang kat blog..:-D

adda syuhada said...

ujan2 ni klu dpt 2-3 ketul sedap jgk nih..

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, akk pun suka resipi tun ni, mmg ranggup n rapuh je walaupun dah sejuk.

Akk pun suka je dan rela hati bagi resipi pada sesiapa yg minta

Amie said...

Memang nampak sungguh kerangupannyalah Nani... intinya pun gerenti sedap, wah kalau kak Amie ni 3 ketul tak cukup tau! memang hantu karipap!

Acik Erna said...

assalam nani..rajin nani buat karipap..acik yang dah lama tak buat..nak makan beli je3 ketui

Wani said...

salam nani.. kak wani pun dah cuba buat doh karipap ni .. memang sedap ..rapuh je cuma bila goreng tu permukaat kat atas ada jadi lubang2 hihi.. dah lama x buat ... terasa nak meng"karipap" pulak.. kak wani pun semput je masa nak online usahkan nak BW... huhu

kasihredha said...

hujan2 ni tgok karipap ...terussss laporrrrrrr
sedapnya makan panas2 dgn air kopi.

Kjee said...

salam nani.nak cubalah. kjee suka sangat makan karipap.

zila norazila said...

sedapnyaaa..akk pun buat karipap jgk..he heee..klu mkn seketul mmg x terasa apa kan..klu akk mmg berketul2..

Rohah said...

alala..sdp rasanya nengok nanie tayang karipap..akak ni asyik berangan je dari minggu lepas nk buat, tapi pusing2 je angan2 tu..