kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, October 11, 2012

Budak Dah Hilang Budi Bahasa, Salah Siapa???

Assalamualaikum....Salam sejahtera.... 

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya terpanggil juga untuk menulis entry ringkas ini. Huhuh.... Harap2 betul2 ringkas la ye. Hmmm....Sebelum ni Nani ada post status di FB yang mungkin akan menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan penduduk tempatan di sini yang mana ada menyentuh isu sensitiviti orang2 di sini. Kalau ada pembaca dari kalangan orang tempatan Sabah, pertama sekali memang Nani minta maaf seandainya ada yang terkena, terguris, tercalar di hati. Ramai kawan2 yang komen, supaya banyakkan bersabar...Yes, saya masih lagi bersabar sekarang walaupun hari2 sukar terpaksa dilalui dengan titisan air mata.

Mengajar di sekolah kampung ni memang ada cabarannya tersendiri. Begitu juga kalau di bandar. Nani pernah praktikum di sekolah yang agak bandar selama 3 bulan. Sedikit sebanyak dapat juga merasa macam mana bersama dengan budak2 bandar. Di tempat Nani bekerja sekarang ni masih mempunyai blok papan. Kalau dulu, kita selalu tengok dalam berita je pasal kedhaifan sekolah2 di kawasan pedalaman ini. Tapi, sekarang memang dapat merasa sendiri. Apa yang menyedihkan ialah, mereka memang ikut kemajuan dari segi hiburan, kpop, shuffle dan sebagainya. Tapi dari segi akhlak, agama dan pendidikan sebenarnya agak jauh ketinggalan. Maaf sekali lagi. Kalau rasa tak sanggup nak baca, boleh terus close aje entry ni.

Nani bukan juga suka nak buat entry yang menunjukkan rasa tidak puas hati kita dengan orang. Tapi, untuk membuka sedikit mata dan minda kita harus sedar kedudukan kita dan tanggungjawab kita di mana sekarang. Hari Isnin yang lalu, Nani ada kelas di blok papan. Selalunya kami tidak guna kelas tersebut tetapi memandangkan kelas yang bangunan batu telah disusun kerusi dan mejanya untuk pelajar2 PMR (itu pun satu masalah juga sebab sekolah kami tidak ada dewan peperiksaan dan tidak ada kelas yang mencukupi). Oleh kerana itu masa terakhir, dan hujan turun renyai2...Pelajar bertanya sama ada perhimpunan petang diteruskan atau pun tidak. Selalunya kami hanya menunggu pengumuman yang dibuat oleh PK HEM petang.

Hendak dijadikan cerita, Nani terus meluru keluar dari kelas kerana keadaan kelas yang bising sehinggakan pengumuman yang dibuat tidak boleh didengari dengan jelas. Tiba2, kaki kanan Nani termasuk ke dalam lubang lantai blok papan tersebut. Panjang lubangnya lebih kurang 2 kaki. Memang tidak pernah sedar pun sejak bila lantai tersebut berlubang sebab jarang2 sekali ke blok papan. Untuk mengurangkan tekanan supaya kaki tidak luka, Nani berpaut pada tempat pemegang di koridor tersebut. Memang kaki muat masuk dalam lubang tu sehingga paha. Apa yang menyedihkan adalah, pelajar2 hanya bersorak, ketawa dan hanya segelitir sahaja yang menunjukkan simpati. Tidak kurang juga ada seorang pelajar perempuan yang datang ke tempat Nani jatuh tu kemudian lakonkan semula demo macam mana Nani boleh jatuh di situ. Siap ketawa2, gelak2 lagi. Seriously kurang ajar kan??? Kalau ikut rasa hati ini, ingin saja menampar muka budak tu. Tapi, anggaplah bahawa kita adalah seorang GURU dan kita tidaklah sebodoh dia untuk memperbodohkan seorang guru sehingga macam tu sekali. 

Bukan juga simpati yang diminta sebenarnya. Nani tidak tahu di mana silapnya sebagai seorang guru. Setiap kali masuk ke kelas, Nani sentiasa menekankan kepentingan ilmu pengetahuan, nilai2 murni, akhlak dan sebagainya. Memang rasa sedih sangat. Dalam kelas kita selalu bercakap tentang menghormati guru. Tetapi ini balasan yang diberi. Seingat Nani, sewaktu hari guru masa praktikum di sekolah bandar dulu boleh dikatakan tangan ini tidak cukup nak pegang hadiah yang diberi oleh pelajar2. Tapi, kalau hari guru di sini, kita memang akan pulang dengan tangan kosong. Bukan juga pelahap nakkan hadiah tersebut, tapi ini jelas menunjukkan mereka kurang menghargai guru2 di sini. Nani pernah menerima sehelai kertas lukisan yang dilukis oleh seorang pelajar perempuan sewaktu praktikum dulu. Walaupun lukisannya tidak cantik macam orang pro, tapi dia berbesar hati menghadiahkan lukisan itu dan bersungguh2 menyuruh kita menyimpan. Di kala hari terakhir berkhidmat di situ, pelajar2 perempuannya datang memeluk, menangis di bahu...erm....Oh, memang saya rindukan saat2 itu...

Tidak semua juga pelajar di sini teruk, tapi sebilangan besarnya memang macam tu. Sungguh menyedihkan. Nani selalu berpesan kepada pelajar2, "kalau seorang pelajar itu baik, biarpun dia tidaklah sepandai mana, pelajar yang ini akan sentiasa berada di dalam doa gurunya" Tapi, kalau sudah gurunya terguris hati macam ni, macam mana lagi nak mendoakan untuk pelajar2nya...Sesungguhnya memang Nani berkecil hati. Biarpun bunyinya macam kecil, tapi tidak pernah terfikir akan terjumpa dengan pelajar yang macam tu sebab kita sendiri tidak pernah bersikap kurang ajar dengan guru2 kita. Kalau sudah seorang guru sentiasa mengajarkan nilai2 murni, agama, akhlak, apa pula yang diajar oleh ibu bapa mereka di rumah? Ini statement untuk kes yang di sini. Tidak termasuk kes sekolah anak2 blogger yang dikasihi sekalian.... Kadang2 rasa buntu sebab tidak tahu macam mana lagi nak membuka minda orang2 tempatan di sini supaya pemikiran mereka maju ke depan lagi agar boleh bersaing dengan ramai lagi pelajar2 di Semenanjung sana...Seandainya perkara simple seperti menghormati guru pun tidak boleh diamalkan, apatah lagi nak menghadapi kehidupan yang sebenar kelak....Semoga pelajar itu sedar akan kesilapannya....

15 comments:

sitiebby said...

askum nani,

jujurnya baca tulisan entry ini, saya fhm akan perasaan itu. sama jugak la dgn sikap, perangai yg saya tengok di kalangan anak saudara hubby. bab hiburan, artis, fesyen, mmg terlebih ikut. tp bab hormat n budi bahasa, mmg sgt kurang. bkn nk aibkan tapi itulah hakikat. kdg2 sy yg geram tgk ank perempuan SIL blk jam 12 tgh mlm, pastu bgn bila matahari dh menegak, marah2 mak@nenek jika xde makanan utk dimakan, sdgkan dia hny tido, lepak. umur 12 thn blm pandai masak nasi skalipun. selalu sy bgtahu, kalu mak saya yg jd nenek dia, mesti dh tido kat luar, kena rotan sbb pmalas. kalu kita marah, buat muka kurang ajar, hentak kaki tanda xpuas hati dan mbebel kt saya guna bhs melanau. plg teruk, sy bebel dkt hubby ckp nape ank buah kami tu kurang ajar sgt. jwpn hubby sng je, BUDAK lagi..

Nuwairani said...

sitiebby...betul tu....itu adalah jawapan yang biasa org bagi...tapi kalau sudah terbiasa, sampai bila2 pun dia tidak akan belajar untuk menjadi orang dewasa...

Qhaifa Nur said...

pantang betul kalau anak2 begitu..cepat aja nak marah tau dirotan..kalau dibiarkan makin melarat....

Maira Anjami said...

uish..mencabar jadi cikgu..
tapi ttp nak jd cikgu kalau ada peluang..hehe..
kene bersedia fizikal mental~

sury_25february said...

Banyak2 sabar je lh cikgu....:-)

zila norazila said...

rendah btl akhlak diorg,
akk mmg cukup pantang klu org kurg ajar..sabar yer nani..

Mama Ann said...

Uish...Geram nya mama dengar..bukan budak sekolah rendah saja begitu...malah budak2 IPTA dan IPTS pun sama lebih kurang ajar..Sedih kan..Tidak ada nilai2 murni dalam diri..Nak salahkan siapa ya...ibubapa...ermmm...Sabar ya Nani..

keymekeymoo said...

salam kak ,

tapi benda yg akak cite tu mmg betul kak, cikgu saya pun selalu jugak jadi macam ni , saya pernah ckp nak jadi cikgu , pastu cikgu saya ckp , jgn jadi cikgu , jadilah pensyarah , saya tanya kenapa ? cikgu saya cakap , budak sekarang dah perangai "cantik" mcm ni , apatah lagi 10tahun akan datang , terkesima saya sekejap , tapi kak , profesion cikgu ni memang mental dan fizikal kene kuat kak , sebab saya hari2 tgk cikgu saya , dia cakap mengajar budak sekarang lagi besar cabarannya berbanding dulu , akak sabar ok :)

rahel said...

Banyakkan bersabar Cik Nani...maklumlah tidak semua pelajar bole dengar cakap cikgu...ada yang beradap...dan memang ada yg kurang ajar..sabar ya dik.

eira eixora said...

kak nani, saya boleh bayang bila kak nani cakap mcm mn perasan ms budak tu ejek. sabar ye kak nani. yang kita boleh lakukan hanyalah berdoa moga Allah bukak kan hati budak tu dan tak berkelakuan macam tu lagi.

kasihredha said...

Nauzubillah
takutnya..
harap2 anak2 akak tak mcm ni...jauhkan lah.
Guru perlu dihormati.

Nuwairani said...

qhaifa nur : itu bagi ibu bapa yang rasa bertanggungjawab. kadang2 ada ibu bapa yang macam tidak kisah perangai anaknya yang teruk itu.

maira : huhuh....ada baiknya, ada juga buruknya...kak nani rasa macam dah tak sabar2 nak pencen. kalo boleh pencen umur 40 pun takpe.

kak sury : terima kasih

kak zila : memang kite je yang pantang kalo org kurang ajar. tp mereka tidak pernah sedar perkara yang kita pantang tu.

mama ann : bukan nak cakap apa jugak...sebahagian besar hidup kita dihabiskan bersama ibu bapa (bagi seorang pelajar) melainkan pelajar yang tinggal di asrama. tapi kebanyakan ibubapadi sini selalu mengharapka guru2 di sekolah yang dapat mendidik anak2 mereka.

keymekeymoo : huhuh...itulah... pelajar2 sekarang tak macam pelajar dulu2...pelajar yang lahir tahun 80-an pun jauh bezanya dengan yang lahir tahun 90-an. inikan pula pelajar millennium.

kak rahel : terima kasih...

anis : kite zaman sekolah dulu baik2 je kan? kalau bergurau dgn guru pn masih ada batasnya.

kak kasih : insyaallah anak2 akak baik2 aje...

***she is me*** said...

utk cikgu nani....

aku pon sama nani...bdak2 lgsg xreti nak hargai kita....aku dh berada kat dua skolah sblm kt semennjg...tp wpon org bandar tp mereka bagus...wpon jns xhargai guru (esp pel cina) tp dia xpernah ejek2..mengata guru...masing2 buat dek...tp loni dok bdak2 cni jns yg suka gelak2...mcm2 lg la...

sbr la nani...harap2 kita dapat tukar ke semennjg pn ok lah kan....

Azwa said...

aku rasa kat sini pun sama
memang different dengan tempat kita
Sekian!

Nuwairani said...

wawa n zarith : hanya mereka yang tinggal di perantauan je memahami...