kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, October 16, 2012

Durian Crepe Filipina @ Durian Pancake

Assalamualaikum...Salam bahagia...

Kalau dah start update blog, mulalah rasa macam gian je nak update lagi dan lagi... Bagi Nani, di blog inilah tempat kita meluah segala2nya... Kadang2 tak perlu pun bercerita kisah duka, sedih, kecewa dan sebagainya. Tapi, kalau dapat update satu entry pun dah rasa macam satu kejayaan besar dalam hidup sehari2. Bagi orang yang menggunakan baking therapy macam Nani, memang akan rasa seronok kalau dapat masak sesuatu dan berkongsi dengan orang lain. Walaupun jarang update blog, tetapi silent reader ramai yang berkunjung dan tak lupa juga kawan2 yang selalu bertelefon, sms, inbox tanya pasal resepi itu dan ini. Terasa diri ini begiu dihargai walaupun ilmu yang ada tidaklah begitu hebat macam orang lain.

Kali ni kawan Nani di Sandakan request nak makan durian crepe. Nani pun tak pernah buat ni. Cuma, tahun lalu ada tengok di blog Kak Noorsha. Tiba2 tahun ni durian crepe timbul kembali. Kak Noorsha pun bukan main rancak lagi promosi durian crepe. Kak Azlita Aziz jugak tak ketinggalan. Kalau orang duk sebut sana sini, kita pun mulalah gatal tangan nak cuba jugak. Memang betul2 sedap walaupun resepinya tersangat simple. Nani C&P dari blog Kak Noorsha ye sebab dia buat inti versi derhaka for those yang tak ada whipping cream. Tapi kali ni Nani berjurus. Tak derhakakan resepi tu. Apa pun, terima kasih kepada kedua orang kakak ini dan tuan asal resepi.

RESIPI DURIAN PANCAKE @ BANTAL DURIAN
Resipi Asal: Camelia
Sumber : Noorsha 1001 Cerita 1001 RasaJiya Pengembala Kamben

Bahan² untuk Kulit Penkek :
250 gm tepung gandum -nani guna sukatan 2 cawan
3 biji telur - Grade A
500 ml santan -nani guna santan kotak + air
1/2 sudu teh garam
Pewarna Hijau secukupnya

Bahan Inti Versi Asal:
Whipping Cream + Gula - manis ikut citarasa -nani skip gula sebab durian n whipping creamdah cukup manis
Isi durian secukupnya - lumat kasar

Bahan Inti Versi Derhaka Kak Noorsha :
3 cawan isi durian - lumat kasar
sedikit gula jika suka (aku x letak)
100 ml santan pekat (santan kotak)

Cara² untuk Kulit Penkek:
  1. Blend kesemua bahan dan dadar nipis² dalam non stick pan
Cara² untuk Inti Durian Versi Asal:
  1. Pukul whipping cream dan gula sampai kental ketepikan.
  2. Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipping cream dan letak isi durian diatasnya.
  3. Simpan dalam peti ais 1-2 jam sebelum dihidang.
Cara² untuk Inti Durian Versi Derhaka (Kak Noorsha):
  1. Panaskan santan pekat dan gula jika suka dalam periuk.
  2. Bila dah merenih, masukkan isi durian, kacau cepat², matikan api.
  3. Letakkan sesudu penuh atas penkek, dan lipat.
  4. Simpan dalam peti ais 1-2 jam sebelum dihidang. 
Note : Boleh klik di blog Kak Azlita untuk tengok cara2 menggulung crepe ni.
gambar curik dari FB AZY AHMAD. Tak berapa clear sebab kami snap gmbr di wakt malam. Hohoh... Tapi serius sedapppp!


12 comments:

Asyifa Mustaffa said...

Skrng demam crepe durian nmpknya.....dimana mna saje nmpk crpe durian....hehe....Sk

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, akk pun terliur dgn crepe durian ni, cuma la ni susah nak dapat durian je, kalo ada durian mesti dh buat punya..sedapnya

Acik Erna said...

assalam nani..sama macam kuih ketayap tu ye..tapi tak digulung

rahel said...

Assalam Cik Nani...akak betul2 dah ketinggalan keta ni...belum buat krepe duyan lagi...tunggu seru mari baru buat..
nampak sedap sangat krepe duyan ko ni...

Qhaifa Nur said...

bila dah siap nampak cantik ....
tengah femes crepe durian la ni, mmg ketinggalan bas betul he..he..

Nuwairani Ismail said...

kat sini pun takde durian jugak. ii durian yang diimport dari filipina. harga RM20 satu bekas tapau polisterin

ady said...

wahhh!!!sedapnye... sana sini buat Crepe ..nampak sedap sangat crepe durian tu...

Rohah said...

crepe durian sedang melanda nampaknya, tu yg takleh tahan tu..

Ucu Faridah said...

salam nani...
gambar tu besar sangat lah nani..buatkan ucu asyik ngences jer.....:)

Cendana Kasih said...

ramainyer org buat doyan crep skang ni..

zila norazila said...

salam syg nani,
wahh mana2 ada crape durian ..dapnya..akk x cuba lg:)

Hafizin Jamil said...

saya tak makan durian kak..hehe