kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, June 21, 2012

Trip To Hokkaido ~ Episod 7 (Undokai Part 2)

Assalamualaikum.... Salam sejahtera...

Ok, ini merupakan entry sambungan daripada yang di SINI. Jadi, sape2 yang belum lagi tengok entry yang sebelum ni, boleh klik di situ je. Oleh sebab kami bersukaneka selama satu hari suntuk, dari jam 8 pagi- 5 petang, jadinya memang banyak aktiviti yang kami buat. Sebaik sahaja tamat keempat2 acara tersebut, kami dikehendaki memasak makanan tradisional masing2 pada waktu tengah hari. 

Pada malam sebelum tu, geng2 Sapporo ni awal2 lagi dah tanya nak masak apa untuk Undokai ni. Kalo tanya Nani, konfem la nak makan ikut selera kita. Kami kena buat 1 main dish + 1 dessert. So, keputusan telah dibuat, akhirnya bersetuju nak buat roti jala + gulai ayam, + kuih cek mek molek. Bukan apa, ubi kat sana sangat sedap, jadi Nani nak makan kuih cek mek molek ubi jepon. Huhuh...

Bancuhan tepung untuk roti jala.

ce teke tangan sape? huhuh...yang pastinya bukan tangan saye!

Team jepon masak mee goreng + buah koktel

Comel2 n mesra alam betol diorg ni.

Bahan2 untuk gulai ayam

roti jala in the making

Sampai sekarang Nani tak reti nak masak guna chopstick. hebat betul diorg ni.

By the way, semua peralatan memang dah disediakan di tempat ni. Tinggal kita bawa bahan mentah je. Memang lengkap! Kalah bilik ERT sekolah.

Budak tudung hitam memantau orang jepon menjala. Excited betol diorg ni menjala.

Wanita jepon ini pon sama! suke dia buat roti jala. senget benget jadinya.

ni pulak tepung pulut + air yang digentel2 kemudian akan dicampurkan kuah koktel. dimakan sejuk2..memang sedappp! nanti nani nak try buat sendiri di rumah.

Macam tangan patik! hahah...tak semua orang kat sini pernah buat kuih cek mek molek. pastu haku mula la menunjukkan bakat yang tak seberapa ni. senget2 pon jadila...janji leh makan.

ada jugak tangan2 yang tak dibenarkan menggentel kuih cek mek molek ni. huhuh..kesian orang tu. 

cek mek yang tak berapa molek sebelum digoreng

dah siap! orang2 jepun semua suka makan ni. ada beberapa ketul yang kami tak sempat goreng, diorang bawa balik, goreng sendiri di rumah. semangat je diorg ni.

mee goreng yang team diorg buat. memang mewah betul dengan lauknya...sebelum masak ni memang mereka dah dimaklumkan awal2 bahan2 yang kami sebagai org islam tak boleh makan. so, mereka dah buat mee yang spesel utk kitorg. sangat best mee kat sini. lembut, tak rasa air kapur mcm mee tempat kite.

Kesimpulannya, kami sangat seronok apabila dapat menjamu orang2 di sana makan. memang sold out segala roti jala, gulai ayam, cek mek molek tu. sangat2 tak sangka penerimaan diorg terhadap masakan kite. ternyata orang2 di sapporo ni memang hebat memasak!

9 comments:

Yana Shaiful said...

Salam Nani..bestnya dapat masak2 mcm nii..seronok tgk gelagat org jepun bt roti jala dgn kuih cek mek molek tu :-)

Amie said...

Lucu pun ada tengok orang Jepun lipat roti jala... he he he hh apa agaknya sebutan orang Jepun untuk kuih cek mek molek tu Nani ye.

Liza said...

bestnya nani, mcm2 gaya masak blh tgk kan...

Hafizin Jamil said...

awek jepun ke yang guna chopstik tu..haha

Asmara said...

diorg tang makanan kita mmg excited sgt. sanggup dtg rumah belajar tu. hehe..

rahel said...

Waaa..pengalaman yang menarik..bestnya dapat masak2 dengan awek jepun tu...

FnF Simple Life said...

hamboih...nani...best nye cuti2 Hokkaido nani...akak marathon baca entry vacation nani... sedap ye Yaki soba org jepun... oh koktel tu teringin nak tengok hasil dia mcm mana... kuah koktel dia rupa mcm mana ye nani?

zila norazila said...

salam nani..bestnya kalau dapat join..meriah sangat..:)siap ada kuih cek mek lg..:)

Kakzakie said...

Airani kakak nak tahu pulut+coktail tu macam mana? Pulut tu dibuat just air+garam atau kena bubuh susu sejat/santan. Kakak teringin pulak dah tengok macam sedap sangat:)