kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, March 27, 2012

Trip To Hokkaido~Episode 3

Assalamualaikum....Salam bahagia...

Hampir seminggu sebenarnya nani bersedih lepas balik dari Sapporo ni...Memikirkan tekanan kerja, kerinduan, kesepian (dah terlebih2 pulak) memang rasa sedih betul sebab sepanjang masa di Sapporo, rasa tenang, enjoy je. Tak perlu nak fikir bebanan kerja dan stres tinggal di Bukit Garam & sebagainya... Dalam masa seminggu tu juga rasa sedihnye tu macam orang tengah berkabung aje.. Tak keluar bilik, makan pun tak tentu. Jadi, nani tekad jugak, HIDUP MESTI DITERUSKAN! So, tak boleh sedih2 lagi, tak boleh berkurung lagi... Makanya, sebab itu entry baru boleh update... Terus terang, apabila dapat berkomunikasi dengan kawan2 blogger di alam cyber ni, memang dapat menghilangkan stres!  Rasa seperti kita tidak kesunyian di sini... Terima kasih ye kawan2...

Ok, berbalik kepada tajuk, kali ni nak bercerita tentang kawan-kawan Sapporo yang sibuk dengan ujian memandu. Kat Jepun ni, kalau lesen kereta ada 2 jenis iaitu lesen kereta manual dan lesen kereta auto. Trek untuk ujian pulak punyelah susah... Nani sempat bersama dengan kawan2 tu buat latihan memandu. Adeh! Rasanya kalau nani amik ujian ni konfem 10 kali pun tak lepas. Tapi syukur, 2 orang kawan ni berjaya juga dapat lesen memandu.
inilah kereta yang kami naik untuk sampai ke destinasi tu... Memang banyak berjasa la kirenye.

Dah sampai tempat yang dituju...Kalau kat Mesia ni kire macam pejabat JPJ la kot... Diorang akan buat latihan memandu kat sini, ujian bertulis dan trek pon di sini.

View sekitar kawasan parking kereta. Tempat ni ada banyak longgokan salji. Tak pasti pulak kalau tempat ni dijadikan tempat orang buang salji (macam orang buang sampah je bunyinye).

Sambil menunggu kawan-kawan tu buat ujian, sempat lagi posing di sekitar trek tempat diorang memandu tu.

Antara minuman yang selalu diminum... Harga 150 yen kot...lupe dah...Tapi memang best la...Bila la Malaysia nak keluarkan produk macam ni jugak...

Di dalam bangunan tu jugak ada tempat untuk pakcik makcik ni merokok. Kirenye kalau di Jepun, susah sikit nak tengok orang merokok secara terbuka. Mereka prefer lagi merokok beramai-ramai dalam bilik yang macam ni. Pendek kata, kalau nak mati pun, mati sama2 la...Tak melibatkan orang awam di sekeliling. Pernah juga nani tengok ada sorang makcik tu merokok dalam kereta tanpa membuka cermin kereta. Punyalah diorang ni bertanggungjawab dengan tidak mahu mencemarkan udara di luar.. Haaa...yang peliknya pulak, kat sini ramai betul perempuan yang merokok. Huhuh...Kite tengok pun rasa macam pelik pulak. 

Muke2 ceria orang baru dapat lesen kereta!

14 comments:

Asmara said...

Van houten ru mmg sedap. Sy selalu beli yg dlm kotak harga biasa 158yen. Puas minum seliter. Hehe..
Btw kwn yg amik lesen tu duduk sapporo ke?

Nuwairani said...

kawan-kawan tu semua stay kat sapporo...masih belajar lagi...

Amie said...

Ha... barulah cantik Nani, jangan dok berkurung, nanti tambah murung... he he hehh di hidup kita ini sebenarnya banyak yang indah dan membahagiakan, cuma kita kena pandai cari di sekeliling kita.

kasihredha said...

memang best kalau bersama kawan2 kan..

pssttt...rindu kat sapa tu Nani...sebelum nani marah..baik akak lariiiiii

Mama Ann said...

Jgn la stress sangat..bawa2 berehat..Buat la sesuatu yg boleh membahagiakan nani..Nani tentu tahu apa yang Nani nak kan.. dan kita ada tempat untuk meminta dan mengadu jadi minta lah pada nya..Inshaallah mama doakan yg terbaik untk Nani..

ijayuji said...

Salam nani! ni lagi satu yg akak takut niii, nak ambik lesen kat sana nanti niii :D kena ambik test, tp walaupun testnyer sikit, eeeeee.. mmg takut, tp kena ambik jugak sbb kalau takde lesen ssh nak bergerak kemana mana nak ambik ank g sekolah nanti uuuwaaaaaa..... betul tu nani, kdg nak ilangkan stress mcm ni lerrr kena berblogging bual ngan kwn2 baru tak rasa sunyi :-)

Cheq Sue said...

kita ni mampu tengok aje la ye n3 nanti ke overC...al maklumlah nak lepas cop pasport ke s'pore pun takut. ngeeeeeeee

KakAsma said...

Nani,
seronok nyer gi jenjalan..ni mesti tingat masa gi hokaido tu..selalu macam gitu laa nani,asyik teringat2..rasa cam nak gi sana semula kan!!!!tak per meh dtg umah akak kita makan sikut sama2...

Nuwairani said...

betol tu kak amie...sekarang rasa lega betol bila ada kawan2 di sekeliling walaupun hanya di alam maya...heheh

Nuwairani said...

hahah...tindu kat akak ler.....

Nuwairani said...

terima kasih mama...tibe2 rasa macam ada mak angkat pulak...

Nuwairani said...

hahah! nani takooooot betol tgk diorg ni...siap kene lalu jalan pusing2 lagi...pastu ada halangan pulak kat tengah2 jalan...macam2 lagi la... ape pon, gud luck utk akak tau! kawan nai rakam guna digicam...pastu bila kat rumah, leh tengok2 semula..

Nuwairani said...

s'pore nani tok sapa lagi cheqsue...huhuh...dengar2 mahal jugop harga bare situ..

Nuwairani said...

ala! kalau rumah akak sebelah rumah nani, memang nani dah buat muke tak malu mintak sekut tu dah! bestnye choc chip cookies... rasa macam nak buat jugak je