kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Wednesday, June 20, 2012

Trip To Hokkaido ~ Episod 6 (Undokai Part 1)

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Huhuh....Macam2 persoalan timbul dengan gambar rajah tanpa perkataan dalam entry yang INI. Ada yang meneka kira2 matematik Jepun la, account balancing la, ada jugak yang tak tahu nak komen apa. Huhuh... Untuk meleraikan persoalan tersebut, biar Nani jawab dalam entry yang ini. Sebelum Nani berangkat ke Sapporo pada bulan Mac yang lalu, kawan di sana terlebih awal memaklumkan bahawa orang2 Jepun di sana teringin nak buat sukaneka dengan warga Malaysia. Jadinya, kebetulan pada tarikh yang dirancang waktu itu Nani berada di sana, dia pun memuatkan sekali nama Nani. 

Apabila sampai di sana, Nani diperkenalkan sebagai seorang pelancong dari Malaysia. Huhuh....Glemer jap! Pastu orang2 di Jepun ni kalau dapat jumpa orang yang tak pandai cakap nihongo memang diorang excited nak cakap english. Berbelit2 lidah diorg nak keluarkan satu ayat dalam bahasa inggeris. Tapi, effort diorang nak mencuba itu sangat2lah dihargai. Pada awalnya mereka nak buat pertandingan cari harta karun ke ape bende ntah yang memerlukan kita baca tulisan yang ditulis pada kertas. Dek kerana Nani tak reti sepatah haram pun tulisan kanji@katakana@hiragana (tulisan jepun la senang cerita) makanya mereka ubah beberapa permainan pada waktu itu. Jadinya, melalui persetujuan kedua2 belah pihak, makanya terhasillah permainan2 seperti di bawah ini.....

Pertandingan skipping seramai 6 orang sekali gus! Adoi! Memang tak pernah dibuat orang la kot. Yang ini memang diorang yang menang.

Game kedua pulak lari ikat kaki berpasang-pasangan. Sangat menarik!

Budak gemok seberat 60kg pun nak join jugak! Hohoh....(masa ni memang belum turun berat lagi)

Round kedua 4 orang pulak diikat kaki. Jenuh kami mengira2...

Team Jepun acara lari ikat kaki round ketiga... 

Yang ni team Mesia pulak. Pasangan yang paling tengah tu kami suruh pasangan suami isteri. Jadi, kalau nak pegang ke, nak peluk ke, tak kisah la kan... Sebuk pulak budak besar pegang bola pink tu. Hish!

Team Mesia yang sangat bersemangat! Yang ni memang ternyata team Mesia menang. Tak sangka orang2 Mesia ni terer lari ikat kaki! Go! Malaysia Boleh! 

Acara ketiga ialah tarik tali. Nampak tak budak gemok tudung bunga hitam tu! Beria betol kan? Huhuh...

Walau kuat macam mana sekali pun team Jepun, tetap jugak Malaysia yang menang! 

Acara keempat ialah bawa bola guna kon. Hohoh... Sengaje masukkan gambar orang jepon yang gemuk ni nak menunjukkan bahawa gemok bukan sebarang gemok, tapi sangat energetic tau!

Hihih...Orang jepon kurus lak. 

Waktu ni memang sengit tau! Budak gemok tudung bunga itam tu kemain lagi terjerit2... Wat malu betol.

Hihih...Tak nampak muke lak.

Haaaa...Yang ni memang spoil betol tau! Boleh pulak bola tu jatuh. Huhuh...

Jadi, ini merupakan pengiraan markah untuk setiap acara... Sudah terjawabkah setiap persoalan itu? Huhuh... Ada lagi 2 siri sambungan untuk Undokai ni... Tunggu entry seterusnya ya!

8 comments:

sury_masury said...

salam nani...wahh jauh jalan2...kira ni sukaneka lah kan..best jugak ye...nani xde lah gemok sangat tu ...:-)

rahel said...

Salam Cik Nani...amboi-amboi..bukan main lagi hebatnya...suka la kalau ada sukan mcm ni..sekurang-kurangnya tidak boring kan...terbaek la..

Wani said...

terlepas entry kak wani.. tu la line tenet ni lombap btol kebelakangan ni .. kak wani tergelak2 baca entry nani ..hihi bestnya main sukaneka dah lama tinggal ... kalau ada orang suruh masuk balik sure nak join jugak..

quinnie said...

dah lamanya tak main sukaneka...zaman skolah je..hehhehe

Bicara Kak Noor said...

sekarang ni kalau ada yg gini2 kt tempat akak mmg nak join sbb nak buang segala lemak2 berlebihan ni berfluh tak Wani kt negeri jepun tu heee

Mieza said...

nani cayangg..salam rindu..waaa awat gi jepun tak ajak sekali...beshnyer dapat mengenali bangsa lain..kak mieza mmg teringin sesangat nk gijepun..ntah bila la dapat ke sana..satu pengalaman yg sangat menarik kan nani dapat bermain bersama2 org jepun ni...syabas malaysia!

EmbunRosaliza said...

assalam nani, bestnya dapat bersukan ngan ore jepongg, dpt berjalan n bersukan sekali, best tgk

Yana Shaiful said...

ooo..ini jwpnyaaa huhuuu..seronoknya main sukaneka dgn geng jepun ^^