kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, May 1, 2012

Chocolate Chip Brownies

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Rasa macam dah lama betul tak buat brownies. Kali terakhir buat pun macam tahun lepas kot. Itu pon sebab guna resepi kak fida yang tidak menggunakan telur. Nani buat brownies ni minggu lepas. Ada ketikanya rasa macam teringin sangat nak makan. So, try la juga buat ni. Nani guna acuan pound cake aje. So, saiznya sedang2 dan tidak terlalu leper.

Hmmm...Selalunya resepi brownies menggunakan coklat masakan yang dicairkan kemudian baru dicampur dengan tepung dan sebagainya. Kebanyakan brownies mempunyai tekstur yang padat dan rasanya macam chewy2 gitu sebab tidak menggunakan baking powder. Nak explain pun tak reti. Tapi ibarat macam kek coklat yang bantat la senang cerita. Tapi, Nani belum pandai makan lagi brownies yang dikatakan chewy2 itu. 
So, apabila terjumpa resepi brownies dari blog Kak Hasue, Nani terus tertarik nak buat memandangkan stok chocolate chips masih banyak lagi. Cara nak buat brownies memang cukup senang sebab boleh campak2 aje bahan2nya kemudian bakar. Oklah, tanpa membuang masa lagi, mari kita semak resepi chocolate chip brownies yang sadap ini!

CHOCOLATE CHIPS BROWNIES
Resepi :  hanamemories.blogspot.com
Sumber : HaSue@sue-hasue.blogspot.com, & izahdaut.blogspot.com

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang - kisar dahulu
1/4 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/3 cwn minyak masak@butter cair
1/2 cawan chocolate chips

Cara-cara :
  1. Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  3. Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi. -nani tabur je semua.
  4. Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.
Sebenarnya Nani punyalah risau kalau2 campurkan choc chip di dalam adunan menyebabkan chipnya tu jatuh bawah. Makanya, Nani tabur aje semua. Rupa2nya semua duk terapung kat atas tu. Huhuh...Dah jadi macam topping coklat pulak. Oleh sebab masih lagi dalam tempoh berdiet, Nani hanya simpan 1/4 sahaja daripada satu adunan. Yang selebihnya Nani bawa bekal pergi tempat kerja, bagi kawan2 rasa. Pendek kata, setiap yang makan brownies ni harus minta seketul lagi sebab katanya sedap. Alhamdulillah....Terima kasih buat Kak Hana, Kak Hasue dan Kak Izah atas perkongsian resepi ni...

15 comments:

ijayuji said...

Salam nani! akak pun sama jugak lamaaaaaaa dah tak buat bronis :D akak pulaknyer skrg ni mmg cekelat2 dah kurang sikit, tak tahu lah kenapa tp bila tgk teringin sgt nk makan bila dah mkn 2 3 gigit dah tak nak makan :D faktor umur agaknyer hihihi...

dZana said...

kt dapur akk abis dah semua stok.. smpai kehabisan garam hr ni pun tak sedo.. dasyat tul .. tringat brwmis yg chewy2 gitu... mmg senang buat brwnis.. kacau2 terus bakar.. confirm jadik punya..

HaSue said...

nani..ingatkn sempena nani diet nak anta gi umah akak ler td kan..hehe.. skali skala membronis best gak kan :)

quinnie said...

aduiiii...kita pun nak diet jugak nani tengok awak begitu bersemangat..terpaksa puasa dulu resepi2 gini..kekekek

tun_telani said...

akak peminat setia brownies!!!!!!!!!!! memang suka sgt makan! sebab tu akak jarang sgt2 buat brownies. ration fat n butter dia tinggi kalau compared dgn kek, mmg high calorie.. huhu.. kalau buat ni, kompom xleh nk kawal diri n makan dgn byknyer.

Unknown said...

salam Nani,brownies ni nampak cantik dan ngancam lah diet belakang kira heheee

ijayuji said...

Salam nani, bwg merah tu kat bahan2 utk buat nasi di bahagikan sekali separuh separuh utk buat tumis ayam perap sekali nanti :D

MulutPayau said...

sedapnya brownies...!!!!! tapi akak kena lupakan dulukan sebab diet.....hehehe

Rahel said...

Cik Nani,
kalau macam ni memang tergugatlah diet tu..huhuhu..

kasihredha said...

nani kan tgh diet
bak sini akak tolong habiskan

Rohah said...

nampak tu...moist je, tangkap sedap punya..

annadinara said...

Minta seketul boleh??
Dahlah sy memang mengidam brownies, Nani buat pulak, huhu.. Tambah meleleh air liur nak kunyah-kunyah kek bantat nih... :p

Yana Shaiful said...

stok choc chip k.yana byk jgk nii..bleh try bt..adusss bestnyaa tgk..moist jer..:-)

Mieza said...

nani...brownie ni nampak sgt moist..waaa sedapnya...nani ni kans eorang anak dara yang sgt rajin masak..beruntungnga sang suami nanti :)
nanti akak nak cuba juga..insyaAllah :)

sicomel said...

I daah tryyyy !!