kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Monday, April 30, 2012

Vermicelli Goreng Tom Yam

Assalamualaikum... Salam ukhuwah..

Hari ni dengar2 khabar macam 1 Sabah tiada bekalan elektrik. Kalau di Daerah Kinabatangan ni bermula jam 3 pagi hingga jam 1 petang. Nasib baik Nani memang dah gosok baju siap2 satu almari. Kalau bekalan  elektrik terputus selama sebulan pun masih cukup stok2 baju untuk ke tempat kerja. Tapi, harap2 tidak ada masalah la. Panas yang amat dan rasa macam mati kutu je bila tidak boleh buka laptop ni. Line telefon pon tiada. Hadoi....Ok, kita stop dulu cerita pasal elektrik ni. 

Sepanjang minggu lalu, memang Nani kurang sikit menjaga bab makan ni. Semua main hentam masuk perut je. Berat pun seminggu tak mahu turun. Maintain aje macam tu. Hadoi. Kebetulan masa tu Nani baru lepas cek tekanan darah. Tak tahu kenapa puan misi tu cakap tekanan darah Nani rendah. Dua kali dia cek tapi masih juga dapat keputusan yang sama. 90/70 je. Memang rendah la kan? Sebelum ni kalau paling rendah pun 110/90 je. Puan misi kata mungkin Nani tak cukup rehat. Memang ya pun sebab pada paginya tu ada kucing masuk dapur. Habis semua segala sampah diselerakkan dengan sisa2 makanan dan sebagainya...Haishhhhh! Sabar jela kan...

Mahu tidak mahu terpaksalah Nani kutip sampah2 tu kemudian mop lagi lantai satu rumah. Demi HOUSEWORK WILL KEEP YOU FIT haku pun buat kerja dengan bersungguh2...hohoh.... Sekali, tekanan darah rendah pulak sebab terlampau penat. Iyala. Cikgu sekolah petang macam Nani ni memang best sebab boleh buat kerja rumah pada waktu pagi, kemudian petang baru pergi kerja. Tapi, serius penat tau petangnya tu. Jadinya, nak kena makan yang sedikit heavy la. Kalau orang darah tinggi kita memang banyak tahu la makanan apa yang kena makan, makanan apa yang kena elak. Tapi kalau rendah ni jadi blur sikit sebab jarang orang dapat tekanan rendah.

Nani memang dah tak ada stok beras di rumah. Jadinya, Nani just standby pasta kering macam spaghetti, lasagna, macaroni, bihun dll yang seangkatan dengannya je. Jadi, kali ni ada stok vermicelli yang belum buka. Pasta jenis ni sama je dengan pasta lain dari segi rasanya tu. Cuma, vermicelli lebih tebal sedikit berbanding angel hair dan lebih halus sedikit berbanding spaghetti. Nani goreng pasta ni bubuh kiub tomyam sikit. Memang sedapppp!

VERMICELLI GORENG TOM YAM 

Bahan (2-3 orang makan) :
segenggam pasta (direbus dengan sedikit minyak dan garam kemudian toskan)
3 ulas bawang merah -tumbuk
3 ulas bawang putih -tumbuk
3 sudu besar sos pasta bolognaise (nani guna jenama kimball) 
150 gram ayam hancur
sedikit lada hitam (tumbuk)
1 biji tomato -dipotong dadu
3 tangkai cili padi (potong)
1 kiub paste tomyam
sayur kobis -lupa nak letak
cendawan butang -lupa nak letak
3 helai daun limau purut muda (buang tulang daun, hiris nipis)
sedikit minyak untuk menunis -nani guna minyak jagung

Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. Masukkan sos spaghetti, tumis lagi hingga sebati.
  2. Masukkan lada hitam, kiub tom yam. Kacau sebati dan masukkan ayam. Tumis sehingga masak.
  3. Tambahkan cili padi, sayur kobis, tomato, daun limau purut dan cendawan butang, kacau sedikit dan akhir sekali baru masukkan pasta yang sudah siap direbus. Kacau sebati sehingga masak. 
  4. Taburkan daun limau purut, sedia untuk dihidangkan.
sekarang ni dah malas nak tulis2 pada gambar, letak watermark bagai. orang yang letak watermark pun boleh kene curi gambar. biarlah orang nak curi ke apa. malas nak fikir2 benda tu. (sebenarnya nani pun pernah terkena, tapi tanak bising2). berdosa ke tak biarlah orang tu yang menanggung, ye dok??

15 comments:

Cheq Sue said...

cheq sue pun darah rendah jugak nani... dah 2 kali pitam x sedar, tau2 rasa sakit kepala. orang darah rendah ni jangan buat main jugak tau...

Rahel said...

Selamat petang Cik Nani..mengancam betul ko punya pasta ni..bagi gue satu pinggan..nak buat mkn malam..hehe..
Say,nanti singgah ambik kalender bulan May di dapur Rahel.

ogyep yummy mellow said...

amboi... siap gosok baju satu lemari... dashat tu Nani... vermicili tomyam tu ada kelassss la.. lapor la pulak... ada lagi tak?

Cendana Kasih said...

sedapnyer... boleh imagin kesedapannyer...ermmm...kecur !!!

jaga kesihatan dan makanan yer...yg penting cukup rehat yer cikgu !!!

cian... suami kita kecut perut gak pasal gangguan malam tadi...sib baik tak dapat call suruh pegi sana...hehehe...

ijayuji said...

Salam nani! akak kalau takde letrik ok lagi, baju2 mmg semua tersedia bergosok sbb akak mmg iron sume jenis baju2 suar kecik even tuala pun akak sapu rata ehehe tapi akak paling lemah kalau takde air rasa mmg akn moody sepanjang takde air tu, stress sbb nak membuang satu hal pastu nak basuh pinggan nak ambik air sembahyang sume sbb umah atas angin ni tak leh simpan air byk2 sbb kolah takde satu hal :D... tekanan darah rendah? bahaya tu tetiba boleh pengsan nanti.. tgk mee ni sedap pulak akak suke jenis2 mee, nasi pun suke jugak ehehe..

Cik Puan Kocik said...

Sedapnye Nani, terliur sungguh akak tengok. Tapi buat masa skang nie boleh telan air liur dulu la sbb kitakan sesama Atkins Diet. Sabaq sabaq

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, badan penat sangat kut jadi darah rendah tu, akk pun selalu dgr mcm nak pitam org kata kalo darah rendah.

sedapnya perisa tomyam tu nani

tun_telani said...

nani, rasa2nya sbb lama diet kot, sbb tu tekanan darah makin rendah. akak pun jenis yg low blood pressure jugak, kalau bulan puasa mmg pening dgn mantapnya.. maybe bagus jugak kalau selang2 xikut diet tu..
mmg susah kan tgh2 diet org ajak makan.. akak td pun, tiba2 ada jiran kasi kuih kaswi. kalau x makan, membazir.. sedap mmg sedap, tp bila pikir sugar content tu..adoii.. last2 akak makan sebijik, hasben akak yg habiskan. huhu

Liza said...

nani, darah rendah ni jgn ambik ringan tau, bahaya blh pitam tuuuu..

Rohah said...

salam cikgu Nani,
mnggiurkan mee Nani ni..harap seimbang tekanan darah Nani tu..

MulutPayau said...

adehhhh...mmng mnggoda betul menu nani tu...

p/s..jaga kesihatan ya dik..bnyakkan rehat...

Wani Sukarno said...

ingat tadi angel hair .. rupanya vermicelli yg jenis tebal sikit tu eh .. x pernah lagi kak wani goreng2 ala tomyam ni...mcm blh cubalah nanti .. kak wani pun memang darah rendah jugak .. itu la mak runsing sangat .. nak jalan2 jauh sikit tanya larat ke tak..nak wat rane nani badan akak bukan nya nak naik tapi maintain je cam tu huhu ..ingatkan kak wani sorang je fikir mcm tu rupanya nani sama jugak ... kak wani pun mcm nani jugak malas nak tulis watermark ..kat gambar tu .. dah ada prinsip sendiri dia curi tanggung la dosa sendiri .. yo dop hihi ...

Hanis MY said...

masakan nani mmg mantap sokmo.... kena byk rehat kut bila tekanan darah rendah pastu nurse/doc tak syorkan ke makan makanan/supplement?

mmg takleh nk elak org curi2 gambar ni huhu...

Unknown said...

Assalam Nani, lama akak tak singgah sini sekali tgk berderet menu dia...sedapnya tgk vermicelli goreng tomyam ni.lapar lak rasa. kena mkn makanan yg seimbang sama nani kalau tak memang darah akan turun. banyakkan makanan yg boleh tambah darah mcm daging, kerang dan mkn byk sayuran hijau mcm bayam ke. take care yer.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Nani..

Laaa ciannya dier..Penat yer.. Penat2 pun sempat gosok baju stok utk sebulan.
Nani, tekanan darah rendah ni selalunya org yg mungkin tak cukup rehat dan juga yg kurang makan. Dulu akak ada handle kes cam ni kat sepital.. Nani jaga makan jer. Makan ikut time dan makan mknn berkhasiat dgn jumlah mencukupi utk tubuh Nani..Insyallah ok nanti..

Cam best jer gorengan di atas tu.. Menggiurkan..