kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, March 22, 2011

Biskut Lemak Manis ala2 Kuih Bangkit

Assalamualaikum, selamat sejahtera...
Nak ceritanya xtau la angin ribut mane yg dtg ni, tiba2 je rase mcm nk wat cookies...Lepas balik dr sekolah, mandi siap2, terus masuk dapur..ngam2 plak susu pekat manis tu mmg dh nk abih..alang2 jugak, habiskan terus.So, sambil2 tu mmg dh amik sukatan siap2 la..senang nk share ngn org nanti..dah xnk bebel panjang, meh kite tengok bahan2 ngan caranya sekali...ni inovasi biskut susu drp MR merpati66.cuma, sy tambah tepung gandum sikit supaya rangup2 dan tidak hancur gitu.

BISKUT LEMAK MANIS
Bahan-bahan ( 1 bekas balang biskut kecil )

  • 1/2 cawan tepung gandum (60g)
  • 1 cawan tepung jagung (110g)
  • 50g butter lembut (1 sudu makan)
  • 4 sudu makan susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. satukan semua bahan kecuali tepung gandum
  2. kacau perlahan-lahan guna tangan, sehingga sebati, barulah masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai habis.
  3. Img_1870
    uli sehingga membentuk doh.kalau agak lembik, campurkan tepung sesudu.kalau keras, campurkan butter.
  4. sapukan sedikit butter pada dulang pembakar @ alaskan kertas minyak.
  5. Img_1876
    buat bentuk bulat2 dan susun di atas dulang tadi.
  6. Img_1880
    ambil satu gelas lutsinar, tekan atas doh bulat2 tadi sehingga tebalnya 1/2 cm. note : kalau nk buat bentuk lain pon boleh.terpulang kpd citarasa masing2.sy suka mcm ni sebab nk tengok bentuk gerigi di tepi biskut tu.pastikan tidak tebal supaya biskut masak dengan sekata.
  7. Img_1883
    bakar dengan suhu 180 darjah selama 10-15 minit. 
    note : boleh bukak oven tengok biskut dh masak ke belum selepas 10 minit.kalau warna dasarnya perang keemasan, boleh la diangkat.
  8. biarkan sejuk dulu baru boleh simpan dalam bekas kedap udara.

rupanya pon dh mcm kuih bangkit.masa bawak gi tmpt keje, ada cikgu tu tanya, "ni kuih bangkit ke?" rasa seakan-akan kuih bangkit.tp bukan kuih bangkit sebenarnya..dh bleh buat utk raya nanti..

last but not least, LOVE SOMETHING BEFORE YOU LOST SOMETHING

No comments: