kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, April 26, 2012

Kisah Diet 7 ~ Housework Will Keep You Fit

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Hmmm....Ramai juga yang menganggap diet Atkins tak perlu exercise..Memang tidak dinyatakan secara terperinci mengenai exercise, tetapi semestinya kita kene buat juga exercise walaupun bukan hari2. Kalau dah makan ikan stim 2 ekor, pastu baring terbongkang, konfem berat pun tak mahu turun. Lagi satu, kita tak mahu kulit dan isi menggeleber, lembik dan tak cantik. Ok, sebelum ni Nani selalu update status di FB tentang aktiviti Nani di waktu pagi sebelum bersiap2 ke tempat kerja. Ramai yang menyalah ertikan apa yang Nani buat tu untuk menunjuk-nunjuk macam Nani ni rajin sangat buat kerja di rumah. 

Kawan2 di FB Nani terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latar belakang dan cara kehidupan yang berbeza. Ada yang berjogging 5km setiap hari di tepi tasik dengan catatan masa 45 minit! Ada juga yang buat aerobik di gym 3 kali seminggu, sejam setiap sesi. Tidak kurang juga yang melompat tali skipping 100-200 sehari. Lain lagi yang guna alat exercise di depan TV. Yes, memang kawan2 Nani rata2nya tengah berusaha menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, Nani tidak mampu untuk ikut seperti yang mereka buat setiap hari disebabkan rumah yang sempit (nak aerobik pun tak bleh), jauh dengan gym (drive sejam lebih baru jumpa gym), takde tempat sesuai untuk jogging (di sini terlalu banyak anjing liar & kawasan agak kurang selamat). Memang banyak alasan kan? Tapinya, Nani percaya kepada HOUSEWORK WILL KEEP YOU FIT.

Seboleh-bolehnya Nani cuba untuk buat kerja2 rumah setiap hari. Selalunya Nani akan menyapu lantai, mengemop dan menggosok baju. Tapi bab menggosok baju tu selalunya seminggu sekali je. Ok, Nani akan cerita lebih detil lagi. Kalau kita menyapu, kipas mesti kita akan padamkan. Betol tak? Lepas tu badan akan membongkok2, menyorong batang penyapu di celah2 kerusi dan meja. Dah namanya exercise duduk bangun kat situ. Then, badan memang akan berpeluh2. Kalau tak berpeluh juga, cuba lagi dengan mengemop pula. Pergerakan yang lebih kurang sama, cumanya akan menggunakan tenaga yang lebih sikit sebab nak menolak mop yang basah sehingga mengena pada setiap genap lantai rumah. Memang Nani akan sapu, mop lantai dari bilik, ruang tamu dan dapur setiap hari jika tiada apa2 yang Nani buat pada pagi tu walaupun rumah tidaklah begitu kotor pun. 

Masa yang diambil lebih kurang 15-20 minit je untuk selesaikan semua tu. Asalkan badan boleh berpeluh tu kira ok la. Kemudian, kalau mencuci kain pula, mesin basuh Nani rosak. Tak boleh nak guna pengering (spin) tu. Jadi, setiap kali menjemur memang kene perah kain2 tu sendiri. Lepas tu kita kebas2 (apa perkataan dalam bahasa standard ek?) kain tu supaya tidak berkerut dan boleh dijemur dengan senang. Hmmm...itu pun exercise tangan juga. Manalah tahu boleh naik muscle nanti. Dah siap jemur kain, angkat kain, boleh gosok baju pula. Yang tu hari lain la kene buat. Tak sempat buat dalam hari yang sama.

Di tempat kerja pula, selalu exercise naik turun tangga. Kalau orang yang kerja pejabat, yang hanya duduk di tempatnya sahaja mungkin jarang naik turun tangga. Tapi, kalau di sekolah (macam tempat kerja Nani) memang banyak naik turun tangga. Bilik Nani di tingkat 2, pejabat pula tingkat bawah. Kelas2 tu semestinya di merata2. Jadi, Nani tak pernah kira berapa banyak anak tangga yang Nani naik setiap hari. Cumanya, kalau dulu Nani selalu mengeluh kalau naik turun tangga. Sekarang Nani rasa seronok pulak walaupun penat. Wanita yang berkerjaya mungkin susah nak jogging @ pergi ke tempat gym. Tapi, segala peluang yang ada kita gunakan sebaik mungkin supaya setiap masa yang kita ada itu bermanfaat.

Rasanya suri rumah pun boleh buat macam2 jenis exercise di rumah sendiri. Boleh sental bilik air setiap hari, sinki yang berkulat di dapur, habuk2 yang terkumpul di bawah perabot, dan macam2 lagi la. Kesimpulan yang Nani nak cakap di sini adalah tidak ada alasan yang boleh menyebabkan kita tidak boleh melakukan exercise di rumah. Sama ada anda mahu atau tidak, itu sahaja. Bagi Nani, setiap kali Nani melakukan exercise di rumah, hati Nani akan berkata, HOUSEWORK WILL KEEP YOU FIT! Kalau Nani boleh, anda pun mesti boleh!!!

p/s : akaun FB Nani dibekukan untuk sementara waktu disebabkan ada sedikit penyelenggaraan. Nanti Nani akan beroperasi lagi kemudian.

9 comments:

Rozita said...

Salam kenal Nani..

Betul jugak tu. Setiap kali buat housework, memang berpeluh peluh, terutama kalau mengemop..Pas ni akak kena rajin le mengemas mengemop rumah.

Unknown said...

betul2, memang berpeluh buat kerja rumah, sbb tu akak selagi tak settle mengemas, tak mandi lagi pagi tu, siap kemas baru mandi. Pas tu masak pula...:)

Amie said...

Wah! Nani buat analisis setiap inci pergerakan harian. Memang betul tu, yang penting keluar peluh, degupan jantung boleh bergerak lebih pantas, jadi dari hujung kaki sampai hujung kepala turut berfungsi. He he hehhh.... kami ada alat senaman, tapi dah 3 tahun jadi alat perhiasan, pakainya 2 kali je...

annadinara said...

rumah cantik dan bersih, peluh keluar, badan sihat.. Sip, sip..

Mama Ann said...

Betul cakap nani ..hendak seribu daya..tk dak seribu daleh..macam mama ni haa...mama ni basikal ada.. sit up ada..dan macam2 lagi tapi semua buat pameran...hehehe..mula2 memang rajin lepas lama sikit mula la buat tk nampak ..Betulkah housework will keep you fit..bukan ka housework will make you more hungry..nanti mama buat kajian pula..

Liza said...

satu lg kan nani, yg akk prnh dgr kalau kita buat kerja2 umah ni, bnyak pahalanya, so bnyak la kebaikan kalau buat keje umah ni...hihihii

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, nampak gayanya kena lebihkan lagi kerajinan mengemas rumah ni. mmg ya setiap apa saje yg kita buat esti berpeluh, jln2 kedapur keluar n kebilik pun boleh berpeluh. Teringin akk nak tgk gambar nani yg terkini, mungkin boleh menambahkan lagi keinginan atau semangat utk menguruskan atau mengecilkan sikit lagi badan akk yg makin bam2 ni hehe

Asmara said...

surirumah lg penat sebenarnya. hihi..

Nuwairani said...

memang tak dinafikan surirumah lagi penat sebab dia dikatakan tidak bekerja. tapi, segala kerja2 di rumah termasuklah menguruskan anak semuanya dia perlu selesaikan. hm...tula...