kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, April 27, 2012

Menu Diet ~ Ikan Putih Masak Stim

Assalamualaikum...salam bahagia...

Hari ni rasa macam rajin sikit nak berkongsi menu diet yang Nani buat minggu lepas. Actually Nani buat ni bersama kawan2 di Sandakan... Tak tahu macam mana kisahnya petang tu tiba2 kami rasa lapar. Disebabkan terlambat bawa keluar ikan dari freezer, makanya kami decide untuk buat stim aje. Jadi, ais dari ikan tu mencair dalam periuk kukusan...Lantaklah situ. Janji boleh makan. Kalau dapat ikan yang segar, mungkin lagi sedap la kot.
Jadi, untuk menu ni Kami buat mengikut apa yang ada di rumah diorang je. Walau apapun, tetap juga sedap di tekak Nani. 

IKAN PUTIH MASAK STIM
resepi : Nuwairani

Bahan :
3 ekor ikan putih
4 batang serai -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
1/2 biji bawang besar -dadu/hiris bulat
2 biji asam boi
1 inci halia -hiris panjang
10 biji cili padi
lobak merah -hiris bulat (takde stok)
kobis bunga -potong kecik (takde stok)
tomato -potong dadu (takde stok)
sedikit garam
sedikit gula -optional
1 sudu besar perahan limau nipis

cara-cara :
  1. Bersihkan ikan, toskan airnya. Lumurkan sedikit garam pada ikan di dalam bekas yang ingin dikukus.
  2. Taburkan semua bahan2 lain di atas ikan.
  3. Kukus ikan sehingga masak. Sedia untuk diratah!!
  4. note : tak perlu letak air sebab air ikan tu akan keluar sendiri. 

18 comments:

Ucu Faridah said...

haaaa ucu datang awal lagi...minta ikan sekor..
semalam baru masak siakap stim...

Amie said...

Assalamualaikum Nani,
Kira berjayalah tu menu orang bujang... siap panjang berjela bahan-bahannya tu! Kalau dah 3 ekor bersusun...memang tungguh ratah ajelah Nani ye.

Nuwairani Ismail said...

tula ucu...nak beli siakap tak mampu...masak ikan putih pun jadi la...

Mama Hawa/Mama Nani said...

As Salam Nani..
mmg suka ikan stim begini..lagi simple lagi sedap :P
masam2 pedas nmpk ikan stim nie..aduh lapar plak tgk gmbr nie hehehe

Nuwairani Ismail said...

waalaikumussalam kak amie...huhuh...tak tahulah rasa macam dah simple dah resepi ni. guna bahan yang ada je..buat resepi ni senang. tak payah nak fikir masak sayur lain dah. all in one. heheh

Nuwairani Ismail said...

w'salam mama...huhuhmemang pun! lagi simple lagi sedappppp! apa lagi, tangkap la ikan sekoq! boleh kukus jap lagi. heheh

Qhaifa Nur said...

memang bagus untuk diet nih....
sedapnyaaaaa........

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, mmg sedap ikan kukus sebegini. mmg meyihatkan tanpa lemak n minyak

~ yus ~ said...

antara enu feveret juga ni...:)

Yana Shaiful said...

nyumnyummm..menu kegemaranku..makan ratah pun sodap ^_^

dZana said...

yg jadi sedap ada asam boi tu.. nk msk2 lauk ni akk mmg lum nk rajin.. hihihi.. balik sekolah dah petang .. so belasah jer apa yg ada kt warong ..

Nuwairani Ismail said...

hmm...menu diet ni nak kene pelbagaikan barulah tak cepat bosan.

Nuwairani Ismail said...

w'salam lal rosa...di samping sihat, nak buatnye pon senang.main campak2 aje pastu kukus.

Nuwairani Ismail said...

orang2 yang mcm kite ni memang kene masak menu mcm ni jela kak yus.

Nuwairani Ismail said...

memang dibuat utk makan ratah pon...sedap!

zila 4ever said...

my fav nie...ratah2 camtu jew..mmg kaw..he hhee

Nuwairani Ismail said...

betul tu kak...aromanya, rasa masam2 masin manisnya tu...memang memberi kelainan pada ikan stim ni.

Nuwairani Ismail said...

kalau dapat ikan siakap lagi sedap la kot...