kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, March 30, 2012

Trip To Hokkaido~Episode 4 (Solat)

Assalamualaikum....Tak tahu nak bercerita tentang apa, tapi terfikir pulak nak bincang satu topik yang jarang2 sekali orang nak berkongsi...Nak kata pandai tu tak jugak...tapi kalau benda yang wajib tu tetap akan menjadi wajib juga kan? 

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”


Sebelum ni nani memang dah pernah ke Sapporo tahun 2010. Masa transit di Hong Kong tu, nani solat maghrib, isyak, subuh di belakang tiang aje. Tak tahu kat mana arah kiblat sebab tak bawa pulak kompas. Tapi, macam yang nani cakap tadi lah, kalau dah wajib, tak boleh nak bagi alasan tak tahu arah kiblat, jadi tak boleh nak solat. Masa tu tawakal aje arah kiblat ikut gerak hati.

Berkawan dengan orang-orang di Sapporo, alhamdulillah semuanya menjaga bab wajib yang satu ni. Pernah juga bersolat di tepi parking kereta, solat di dalam dewan futsal, solat dalam fitting room dan yang paling best solat di tepi eskalator betul2 depan kedai baju. Kisahnya, masa kami keluar untuk shopping hari tu kami plan sekali nak makan seafood untuk dinner. Jadi, sementara menunggu tempat tu buka, kami cari tempat untuk solat dulu. Pada mulanya bercadang nak solat tepi jalan je. Tapi disebabkan suhu begitu rendah dan angin pulak kuat, risau tak tahan sejuk. Akhirnya, setelah berbincang, semua setuju masuk dalam satu shopping mall di Bandar Sapporo ni untuk solat. 

Selalunya kami akan bergilir2 solat sebab takut ada orang Jepun yang terlebih prihatin pergi tegur (kadang2 diorang sangka kita ni sakit sebab duk terbongkok2, sujud dan sebagainya). Lepas nani solat, giliran yang lain pula. Sementara menunggu mereka habis solat, tiba2 nani rasa pening macam berpusing2 je. Dalam hati ni terdetik mungkin sebab kepenatan seharian berjalan. Tiba2, nani tengok anak patung yang display baju kat kedai tu bergoyang2... Masa tu terus tanya kawan kat sebelah. Rupanya memang betul, ada sedikit gempa bumi terjadi pada waktu itu dengan skala 6.3. Sebenarnya agak kuat juga tu. Cuma tak rasa sangat sebab 10 saat je berlaku. Huhuh...Sempat juga merasa jishin tu...Syukur semuanya takde pape...

Masa ni tengah solat kat jalan bawah tanah. Memang kene ada orang jaga kita dekat2 situ sebab orang Jepun pandang semacam aje...

Masa dalam flight ke Tokyo pon nani sempat juga solat dalam flight. Kebetulan sebelah kiri ni orang cina, sebelah kanan pulak orang Jepun. Kedua2nya pompuan. Yang cina ni rajin nak ajak sembang tapi nani buat2 sombong sebab dia cakap omputeh. Huhuh....kang tak pasal2 dia tanya mende pelik2 kite takleh jawab. Lama2, dia pon da malas nak bercakap. Hahah...Dasat sungguh kehipokritan Nuwairani ni... Yang Jepun ni pulak asik tidur je manjang, macam taknak bangun pulak. So, takde masalah sangat la. Sebab kite memang tak nak sembang2 pun. Macam mana nak solat? Haa...mula2 amik wuduk macam biasa dalam toilet tu. Pastu duduk di tempat seat kite, ikat tali pinggang, pastu solat la macam orang tua yang solat atas wheel chair tu. Untuk rukuk, nani tundukkan badan sedikit, kemudian sujud pulak nani tunduk lebih bawah lagi dari rukuk. Erm,..agak2 paham la kot kan? 

ISLAM ITU MUDAH & TIDAK MEMBEBANKAN.....Jadi, pilihan di tangan kita sama ada nak buat ke tidak...Betol tak?

24 comments:

kasihredha said...

kat vietnam pun kami sembahyang kat belakang tiang (airport)

quinnie said...

bagus topik ni..:)

Acik Erna said...

alhamdulillah nani menjaga solat walau dimna nani berada

ijayuji said...

Salam wani, good! kalau duk negara org yg peratusnyer kafir mmg tu lah dugaan n cabarannya, solat. Jishin 6M tu kira kuat tau wani, nasib baik cuma 10 saat jer kan, kalau akak dah panik tuuu, ni lah yg buat akak takut nak balik japan hihihi,, yer la, kata org bala tu dimana mana, tp skrg ni jepun hampir setiap hari ada jishin kdg tu tak kuat kdg tu kuat tgk pusat dia kat mana huhu... Moga kita semua dilindungiNya insyaAllah!

Mama Ann said...

Betul tu Nani ...Mama agree...Ialam itu sangat Mudah..Bagus nani masih menjaga solat walaupun di mana nani berada..keep it up..Mama like..

EmbunRosaliza said...

Best pengalaman nani n solat di tempat org, tabik springg akk ngan nani, alhamdulillah walau dimana kita berada solat pasti boleh di buat, cuma kita sendiri yg nak buat atau tak.

Nuwairani said...

tula kak...kalo kat airport selalunya ambil port belakang tiang la..takde orang nak lalu lalang depan kite. lagi satu, nani solat di penjuru dinding. kirenye agak tersorok jugak la.

Nuwairani said...

saje nak berkongsi pengalaman...terima kasih kak Q

Nuwairani said...

kalo time sedar ni insyaallah la...tapi kalo dah tidur, kadang2 terbabas juga.

Nuwairani said...

itulah kak...masa tu tak sempat nak panik la sebab sekejap aje...tapi rasa best pulak ada pengalaman macam tu.semoga kita semua dilindungiNya.... ameen..

Nuwairani said...

mama ni macam semuanya like aje...heheh...insyaallah...kita sama2 jaga...

Nuwairani said...

kat jepun ni negaranya bersih...jadi memang takde masalah nak solat kat mana2..tandasnya pun boleh bukak kasut.

Ros said...

salam Nuwairani,

Alhamdulillah.....walaupun dimana kita berada solat tak diabaikan...mau seribu daya kan nani....

Hanis MY said...

i very like this entri!

MulutPayau said...

Assalamualaikum Nani....
pengalaman yg dikutip di tempat orang mmng berharga....
Walau di mana berada, solat tetap diutamakan....

Asmara said...

yup2 betul. kami biasa solat kat fitting room atau di sebelah tangga shopping mall. kalau musim panas jln2 kat luar kami solat di parking kereta atau bawah pokok tengok tmpt yg bersih. tp pernah jugak terpaksa qada bila cuaca tak mengizinkan(esp winter bila berjalan keluar, waktu solat yg pendek) dn tiada tmpt yg sesuai utk solat. InsyaAllah Islam itu mudah dan tak membebankan.. :)

Nuwairani said...

betul tu kak ros...tak mahu seribu dalih...

Nuwairani said...

tenkiu hanis!

Nuwairani said...

waalaikumussalam kak MP...iye...pengalaman macam ni susah kot nk dapat kalau di tempat sendiri..

Nuwairani said...

kalau winter tu macam payah sikit kan? sebab berangin lagi, sejuk lagi, pastu salji melimpah2 lagi...Sebab tu kami masuk shopping mall je..selesa sikit walaupun solat tepi tangga.

LiNa_Pg said...

assalam nani..memang bagus n3 ni..kalau berjalan ke ober C, mmg kena bawa kompas..cam kami ke Beijing dulu, nk tnya arah kiblat kat pihak hotel sepatah haram pun tak paham..last2 guna kompas henpon..tawakkal jer la arah kiblat

Nuwairani said...

itulah kak...masa kat sana tu duk harap iphone kawan2 jela tengok arah kiblat...kita dah usaha...selebihnya tu Allah jela yang tentukan...

HASNIZA IBRAHIM said...

nen...ada x kawan2 kat osaka?

Nuwairani said...

osaka aku xdop kawan la pulok..