kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, June 16, 2012

Apam Pisang Mak Cik Siti

Assalamualaikum... Selamat petang! Hihih....Rasa bertenaga sikit hari ni sebab dapat rehat secukupnya. Kain baju pun dah basuh, rumah pun dah kemas. Tinggal sikit2 je lagi. Di Kinabatangan sekarang musim kemarau. Panas yang amat. Duk dalam bilik terasa seperti berada di sauna je. Sebab tu kalau nak buat kerja2 rumah, kena buat di waktu pagi sebab belum panas terik lagi. Kalau dah petang macam ni peluh menitik2 la jawabnya. Oklah, nak habiskan entry masak2 yang masih tersimpan dalam draft. Kalau kawan2 masih tak tahu nak masak apa untuk minum petang ni, boleh la buat ni.

Apam ni Nani buat masa cuti sekolah baru2 ni. Kebetulan pisang di tepi rumah dah masak. Jadinya, tak tahu nak buat apa. Ayah memang suka makan pisang macam ni. Mak pulak kalau pisang lembut2 ni memang bukan taste dia. Mak lebih suka pisang rebus. Tak tahulah pisang jenis apa. Tapi bukan pisang berangan la. Nani pulak kalau pisang berangan je boleh telan macam tu. Kalau pisang lain nak kena buat kuih ke, jejemput ke, kek ke dll. Ini tak tahulah jenis pisang apa. Tapi bila Nani try buat jadi je apamnya. (memang buta bab pisang pun).

Resepi ni Nani minta dengan makcik yang tinggal di Kuantan. Katanya dia buat meniaga apam pisang ni. Tak tahulah pulak dia cilok kat mana resepi ni. Tapi selalunya dia ambil dalam majalah. Walaupun dah pencen, makcik tetap aktif buat kuih muih ni. Memang di Kuantan mendapat permintaan yang tinggi. Alhamdulillah rezekinya. Dia pulak tak kedekut ilmu nak kongsi2 resepi dengan anak2 buah. Nani panjangkan resepi ni di sini ye. Kalau sape2 nak try buat pun boleh.

APAM PISANG MAKCIK SITI
Sumber : Siti Assah Wan Daud

Bahan :
2 biji pisang berangan
2 biji telur
100 gram gula pasir
100 ml minyak masak
1 sk baking soda
80 gram tepung
*secubit garam -nani tambah


Cara :
  1. Panaskan kukusan, sapu minyak pada acuan lompang.
  2. Blend semua bahan kecuali tepung sehingga halus.
  3. Keluarkan adunan, masuk dalam bekas lain.
  4. Gaul tepung ke dalam adunan sehingga sebati dan tidak berketul.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang yang telah disapu minyak.
  6. Note : Jangan isi adunan terlampau penuh sebab apam akan kembang. Cukup sekadar 3/4 penuh.
  7. Kukus apam selama 12-15 minit bergantung kepada saiz bekas yang digunakan.
  8. Pesanan Mak Cik Siti : Kalau buat ikut sukatan dan cara2nya, GERENTI JADI!
Adik Nani makan apam ni terus dia tanya sape yang buat. Huhuh....(sedap le tu). Katanya dah boleh buat meniaga ni.

14 comments:

Acik Erna said...

adik nani tak tau tu..kakanya disabah dah pandai masak macam2 he he

Yana Shaiful said...

waaahhh..dh dpt hidu bau wangi pisang..klu ada pisang ptg ni dh bleh cuba..nmpk gebuss jer..k.yana suka sgt klu kuih berasaskan pisang ~~

Cendana Kasih said...

waaaa...sedapnyer...pos ke KL dua tiga bijik yer...hehe

Amie said...

Dulu kan Nani, ada satu makcik jual apam pisang di tepi kedai dekat sekolah... kami selalu beli sebab sedap, tak pernah jemu makan apam pisangnya... lepas tu kak Amie cuba belajar buat sendiri sebab makciki tu dah tak jual lagi tapi tak sama sedapnya dengan yang makcik tu buat..., kak amie nak cubaah buat cara nani ni kalau terjumpa pisang yang nanti he he he ehhh

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, nampak mcm kek pisang pulak apam pisang ni, mesti gebu je ni.

FnF Simple Life said...

nmpk gebu betul apam pisang ni

ainnoraini said...

Kek pisang yang gebuzzz...sedap weii makan masih panas2 lagi...

Wani said...

salam nani .. kalo bab2 pisang susah tol kak wani nak makan.. hi3... kalo menjadi apam ni boleh makan la kot .. tengok ke cara buat apam2 ni mudah je ..tapi entah nape la .. kak wani x pernah try lagi segala jenis apam ni.. hihih..

~~zana@pb~~ said...

Akak dtg memalam ni, takkan hidang apam pisang je? Dah tdo ye? Senangnya resipi tu. Kat sini pisang, cekik darah ada ler....hehe....agak mahal.

MulutPayau said...

tak berkelip mata tengok apam pisang tu....menggoda betul....

Norasikin said...

waaahh! saya peminat tegar pisang. Tak kira la buat masak apa. mesti suka

eira eixora said...

wah. kak nani. confirm balik ni sy buat. tunggu apam ni masuk entri saya pulaks..resepi senang jangan lupa kongsi sbb sayalah org pertama akan buat. kalau yang susah mungkin saya tak akan buat. hehehe

zila norazila said...

nampak gebu2 jew apam tue..zila salin resepi yer..:) thnks

: MiZziLLa : said...

salam kak..sy penah buat hr tu..jadi..tp knp apam saya kaler putih ye? tak jd wrna perang camtu..heee