kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, July 26, 2012

Rezeki Berbuka Hari Ini...

Assalamualaikum.....Salam sejahtera....

Hari ni kepala rasa pening2 sikit. Dari jam 12.00 sehingga jam 3.30 kami bermesyuarat di sekolah. Kalau setakat jadi pendengar sahaja mungkin tidak ada masalah. Tapi kali ni terpaksa menyalin minit mesyuarat. Keluar aje meeting rasa macam berpinar2 je biji mata ni. Terus terfikir, "ni mesti low blood pressure lagi". Hmmm.... Nak beli nasi rasa serba salah pulak. Sampai aje di rumah, tengok2 jiran sebelah bagi satu bekas bubur nasi. Bubur nasi ke, bubur lambuk ke, tak tahulah. Apa pun, terima kasih banyak2.... Suke2!
Kat dalam bubur ni ada daging, ada ayam, ada isi udang, sayur carrot...Memang sedaplah! Pastu Nani memandai lagi tambah serunding daging kat atas tu. Bertambah2 la sedapnya! oppps! Nani puasa tau hari ni. Tapi kat Bukit Garam berbuka jam 6.27 petang ni. So, selamat berbuka puasa bagi mereka yang berada di Semenanjung sana!

7 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Nani,
Kak Amie buka puasa awal 2 minit dari Nani,
sedapnya dapat makan orang dah siap masak kan kan Nani...

ijayuji said...

Salam nani! sedapppppppppppppppnya! dlm bubur letak mcm2 mmg sedap kan kan.. akak kalau dpt makan bubur mmg terlebih sudah sbb mcm tak kenyang jer kan ehehehe... letak serunding pun bertambah sedapnya nani, nak2 dpt serunding daging eeeee..dapnya!

Nur-nba said...

Salam.. Nani, tentang produk myChef tu, boleh rujuk di website rasmi myChef..

http://www.mychefreadymeals.com

Tak silap, banyak pasar raya besar dan hypermarket dah ada. Memang tak rugi mencuba.. Mudah, senang, cepat dan sedap.. :)

Asmara said...

kalau saya panggil bubur lambuk, sbb campur semua benda. hehe.. wah lg sedap letak serunding. ni salah satu menu wajib bulan puasa kan! ;D

Rohah said...

memang sedap je bila dapat rezeki bubur macam ni..boleh tambah ngan ikan kering ke, telur asin ke..waduhai...

FnF Simple Life said...

masa keje kat Msia dulu sekali dalam sebulan ramadhan mesti ada projek bubur lambuk kat tempat keje...pastu dapat le sorang 1 bekas... bestnye rezeki... lagi ada serunding bertambah sedap le

kasihredha said...

berkenan dgn hok atas bubur tuh...samba daging...sedapppp