kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, June 12, 2012

Dan Program Diet Bermula.....

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Setelah bercuti selama dua minggu dengan berat badan naik 1 kilo ni menyebabkan Nani rasa sedikit senang hati sebab tak perlu nak diet mengejut sangat selepas kantoi ni. Selalunya kalau selepas Nani berhenti diet, Nani akan mula semula tapi masih lagi mengambil carbs dalam jumlah kuantiti yang sedikit sebab takut badan terkejut pulak kalau tak cukup tenaga ni. Jadinya, semalam Nani just makan beberapa ketul roti n kek untuk buat alas perut. Dah nama lagi baru balik dari bercuti, jadinya belum ada lagi mood nak memasak di dapur tu.

Untuk dinner semalam, Nani makan 3 ketul sosej yang dibelah dua bersama dengan mayonis. Bukan apa, kalau sosej yang dibelah ni cepat masak. Lagipun nampak macam banyak. Heheh...psiko je lebih. Biasanya Nani panggang guna non stick pan je sosej ni.Tak letak minyak pun sebab dalam sosej sendiri memang dah berminyak.

Gambar blur sikit sebab tak cukup cahaya. Huhuh....

Ini jenis mayonis yang Nani guna. Memang dah kaji2 kat pasaraya, brand dan jenis ni je yang HALAL dan kurang kandungan carbs. So, memang sengaja Nani tak beli dah sos cili, sos tomato n what so ever tu sebab kandungan gula n carbs yang sangat tinggi. Kalau tak caya, boleh tengok sendiri di bahagian nutrition infomation setiap botol sos cili, sos tomato, sos tiram tu. Sangat bahaya! (bagi mereka yang berdiet jela). Tapi kalau nak makan sosej tanpa sebarang pencicah pun takpe.

See! carbs per serving (14g @ 1 tbsp) = 0.8g sahaja! But then, terus terang la rasa mayonis ni tidaklah sesedap mayonis sebenar lady's choice atau pun jenis mayonis lain. Tak tahulah kat mana kurangnya. Tapi memang biasalah kalau makanan sihat ni jarang kita boleh jumpa yang sedap2 kan? Kalau rasa nak makan sedap, tanya balik diri NAK KURUS KE TAK??? Hohoh...

8 comments:

tun_telani said...

bagus.. bagus.. pemberi motivasi utk akak supaya berdiet jugak ^^

Asmara said...

betul2 kene check carb. tiap mknn yg diambil. gambate!

eira eixora said...

saya nak kurus, tp tiap hari pun "ter"makan banyak

Unknown said...

Nak kurus jugaaaaak! Tapi.....uwaaaa...makin naik ni. Akk puasa isnin khamis je....

Unknown said...

..akk doakn nani dpt capai berat bdn ideal .. ;)

Unknown said...

..akk doakn nani dpt capai berat bdn ideal .. ;)

Amie said...

Teruskan usaha berdiet nani hingga tercapai hajat , insya-Allah berkat kesungguhan pasti berjaya!

Acik Erna said...

assalam nani..kurus nak..sape tak nak..tapi nak jga makan tu yang beratnya