Alhamdulillah Nani dah selamat sampai ke Bukit Garam semula petang semalam...Memang penat sebab perjalanan yang begitu lama, hampir 24 jam! Yalah, transit di KLIA pun dah 12 jam. Huhuhuh....Setiap kali macam ni mesti terfikir2 dalam hati, bila lah nak dapat pindah ni.... Rasa tak puas cuti 2 minggu di kampung. Tapi, tula kan...Bukan semua cikgu boleh bercuti penuh selama 2 minggu ni. Ramai lagi cikgu2 lain yang terpaksa datang ke sekolah menyelesaikan segala kerja2 tambahan lain.
Sebelum balik hari tu Nani tekad gak dalam hati nak teruskan program diet ni. Tapi, yang sebaliknya pulak berlaku. Setiap pagi ayah belikan nasi berlauk dan nasi kerabu. Mak aihhhhhhh! Tak boleh tahan beb! Pastu malam pulak mak makan nasi ulam cicah budu. Takkan nak tengok saje2 kan? Dengan kite sekali beria makan bertambah2... Selalunya makan nasi 2 kali seminggu, tapi kali ni 2 kali sehari makan nasik! Serius takut nak naik alat penimbang kat kampung tu. Tapi, setelah sampai di Bukit Garam, perkara pertama yang Nani buat adalah timbang berat badan. Tahu tak, selama 2 minggu Nani melanggar pantang tu hanya naik 1 kilo je!!! Huhuh....Syukur tak terkata rasanya....
Apabila difikir2 balik, mungkin sebab banyak aktiviti yang dibuat masa cuti kat kampung tu. Mana nak uruskan homestay lagi, nak buat kuih apam lagi, nak kemas rumah lagi, melayan karenah anak2 buah lagi...macam2 lagilah! Memang 2 minggu cuti tak rasa apa pun sebab aktiviti yang begitu padat sampaikan lemak2 tak sempat nak melekat kat badan. Huhuh... Insyaallah dah mula kerja ni nak kene teruskan semula program diet. Harap2 boleh turun sampai ke angka 50kg sebelum raya nanti. Insyaallah...Memang betul2 dah ni.
11/06/2012 = 55.4kg
12 comments:
Tahniah! Akak pun cuti2 naik 2kg terus...huhu,
Salam nani..lama tak dengar berita dari nani..Mama nak tanya homestay nani tu..Di mana ya..Boleh tak bagi info sikit pd mama..mana tau kot2 mama nak bawa mama punya geng ke sana..
lepas ni diet balik betul2....setakat naik 1 kg tu ape la sangat kan...
dah jumpa famili stop dulu diet..lepas ni sambung balik
assalam nani..lamanya nunggu kat klia tu, mmg bosankan. Best la nani, rajin diet, hasil sangat memuaskan hati. semoga dapat turun ke angka 50kg tu
Gambate! selamat kembali bertugas!
Seronoknya berat badan turun begitu banyak... tapi memang betul kata Nani tu, mungkin banyak kerja dibuat jadi banyak tenaga digunakan, taklah naik cepat berat badan tu... dapat juga cuti di kampung ye Nani, kami jaga sekolah....
wahh.. seronoknya makan2 tp x effect penimbang.. hihi
Kalau balik kampong memang sedap je semua makanan tu dibelasah...berselera betul kan..hehe..apa2 pun teruskan usahanya untuk berdiet..pasni Rahel pun nak diet sikit..sikit je..hehe..
akak masih lagi 56.2 ... itupun cm yoyo kejap jadi 57 jap 56, target nak 48 tu rasa cm jauh je pun
Nani bestnya mkn2 balik kg memang lupa diet..:)takpe lepas ni mula balik ye.. Wah ada bisness homestay ye.. Bagus..
Chaiyok2.... Mesti boleh yer kuruskan badan tuh.. janji kena disiplin aaa... keras hati ( dengan dugaan org sekeliling makan) hehehe...
Post a Comment