kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, June 19, 2012

Murtabak Ayam Cream Crackers

Assalamualaikum.....Salam sejahtera...Apa khabar semua?? Nani rasa hepi semacam je hari ni. Huhuh... Tak tahulah kenapa. Kadang2 mood ni boleh berubah secara tiba2. Padahal sekarang teramatlah sibuk, banyak yang perlu diselesaikan. Jadi, nak cepat2 ni Nani tayangkan menu yang Nani dah buat hujung minggu lepas. Tak payah minta2 la ye sebab semua dah selamat. Nani buat ikut resepi Kak Noorsha. Memang tak dapat banyak pun. Cukup2 je untuk 2-3 orang dewasa makan.

Alkisahnya bermula apabila Nani teringin betul nak makan biskut cream crackers. Lepas beli tu 2-3 keping je Nani makan. Yang selebihnya tersimpan kemas dalam bekas. Buntu jap tak tahu nak makan macam mana lagi dah sekut2 tu. Ada juga Nani salin resepi BINGKA CRACKERS tapi belum cukup rajin lagi nak buat yang tu. Makanya google lagi resepi lain yang guna sekut ni. Nampak murtabak dari blog Kak Noorsha. Takde sardin pun boleh je ganti dengan bahan lain. 

Oleh sebab Nani takde stok ikan sardin di rumah, jadi Nani ubah guna ayam hancur. Huhuh...Terasa diri ini seperti orang bujang yang rajin masak pulak kalau di rumah takde stok sardin ni. Hihih...

RESEPI MURTABAK SARDIN CREAM CRACKERS
Resepi Asal : http://noorsha.blogspot.com
Olahan : nuwairaniismail.blogspot.com


Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin -nani ganti 1 cawan ayam hancur
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar -nani tak bubuh
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
1/2 kiub pati ayam knorr -nani tambah
garam & gula secukup rasa
2 biji telur

Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)

Cara² Untuk Inti

  1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
  2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
  3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
  4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.

Cara² Untuk Melapis Murtabak
  1. Alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
  2. Sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
  3. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
  4. Di dalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
  5. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
  6. Lapis sampai inti yang terakhir.
  7. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
  8. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)

Komen Nani pasal murtabak ni......Hmmm...Memang macam murtabak diraja yang dijual di Kota Bharu tu. Huhuh....Melampau la pulak. Tapi tula, nak cakapnya saiz dan ketinggiannya memang besar ala2 murtabak diraja gitu. Takdelah rasa sangat macam gigit biskut kering sebab biskut tu dah sebati dengan telur dan bau rempah kari. Kesimpulannya, kalau nak tahu boleh cuba buat sendiri. Mabeles!

12 comments:

sekadar satu coretan said...

sedap nani punya ni..kakain goreng cokodok jer...untuk makan malam tadi..jadi ler...

Selamat malam nani..

Unknown said...

salam Nani
akak dah nak tido tau tengok Nai punya murtabak terus jadi lapo pandai lah kreatif nnt akak nak try lah,esuk2 lagi fikir gudnite Nani

kasihredha said...

kalau kat rumah akak kena buat 2-3 adunan lah kan...nampak sedap :)

Cik Puan Kocik said...

Akak dah pernah buat....sedap nie!! senang je pun he he he

Mama Ann said...

Salam nani..mama dah try buat..sedap memang sedap.. tapi tak cantik...Nani punya nampak cantik...

Amie said...

Cantiknya resepi! Simpan dulu... nak cuba bila senang2 nanti...

quinnie said...

wah best ye nani..bleh cuba nanti..ni kalau nak ganti dgn roti pun o,k jugak ni rasanya..suka la sebab guna sardin je..hehehhe

rahel said...

Perghh..sedapnya tu murtabak sardin..Rahel sendiri pun belum pernah buat ni...ketinggalan betul sudah ni..tapi kan..nda' acik la..baru plan nak minta satu potong awal2 uda kasi amaran..huhu..

KakAsma said...

kalau namanyer murtabak mmg suka..
tapi murtabak krakers ni tak pernah cuba...kena buat mesyuarat alhi meja makan dulu..kalau on boleh cuba..hehehe

Yana Shaiful said...

k.yana xsmpt nk try lg murtabak cracker..ari tu beli cracker bt bingka dulu..murtabak ni nmpk sgh sedappp ^^

Shaofie said...

Ya Allahh!!! Sedapnyeeee!!!! terliurr!!!!

Shaofie said...

Tq kak for the recipe. Baru je lepas buat guna sardin. Superb! Mabeles... hahaha.