kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, April 24, 2012

Afwani Turn 26th ~ Kek Span Pelangi

Assalamualaikum...Salam sejahtera....

Alhamdulillah, setiap hari merupakan hari yang baru untuk kita..Apa yang baik, kita ikuti..Apa yang buruk, kita jauhi..Nani sentiasa mendoakan kesejahteraan insan2 yang berada di sekeliling Nani...Tidak rugi sedetik pun kalau kita mendoakan kebahagiaan orang lain. Bahkan, kita lagi akan bertambah bahagia...Begitu juga dengan adik manis sorang ni...Noor Afwani binti Hasan...Baru2 ni merupakan ulangtahun hari lahirnya. Jadi, dia request dengan Nani nak kek pelangi. 

Sebelum ni memang Nani teringin nak buat kek pelangi. Apabila tengok resepi asal, banyak guna telur putih. Seriously, Nani tak berapa minat dengan kek @ kuih yang guna telur separuh2 ni. Kalau asingkan, kemudian guna semua masih ok. Tapi, yang diminta putih telur sahaja, yang kuningnya Nani nak buat apa pula...So, Nani terjumpa idea bernas resepi kek pelangi yang menggunakan adunan kek span yang diolah oleh kakak manis dari Sarawak, Kak Hasue. Untuk resepi ni, Nani buat 1/2 adunan sahaja menggunakan 3 biji telur gred A.

Kek Span Pelangi
Resepi Asal : sweet4ever@myresipi
Olahan & Sumber : Hasue

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

150g tepung super fine / hongkong -nani guna tepung gandum ayak 3 kali
150g gula halus
5 biji telur gred A-maybe lenkali nak buh 6 biji 
1 sudu besar ovelette
80ml susu segar
80ml mentega cair/minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu kecil esen strawberi -nani tambah
Pewarna-ungu,hijau(pandan),oren,biru,kuning dan merah

400ml Whipping cream untuk mendeko-dipukul sehingga soft peak(terbalikkan mangkuk,adunan x tumpah)/atau boleh juga guna whipped cream..

Cara nani buat topping untuk separuh adunan kek : 
250g cream cheese + 125g butter + 1/2 cawan gula icing dipukul sehingga lembut. 

Cara-cara:
  1. Satukan gula halus,ovellette,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul sehingga pekat dan gebu (lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar2 ringan (lebih kurang dalam 3-5 minit)
  4. Tuangkan mentega cair/minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar2 sebati. Panaskan oven pada suhu 160c-170c.
  5. Bahagikan kek kepada 6 bahagian,1 cawan bagi satu bahagian dan masing2 diwarnakan ungu,hijau,oren,biru,kuning dan merah
  6. Sediakan tin pembakar,griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
  7. Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak..ulang langkah ini pada adunan kek seterusnya sehingga habis. Jika oven besar,boleh la bakar 2 loyang sekaligus.
  8. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
  9. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah dideko ikut citarasa masing..selamat mencuba!
tak pandai nak deco macam orang lain..Nani buat ikut suke hati je mengikut kesesuaian peralatan yang ada.

kek ni memang lembut dan sedap serta ringan memang sesuai untuk dibuat topping cream cheese, buttercream, whipping cream dan sebagainya. Tidak terasa begitu muak. Memang terpaksa menahan diri daripada makan terlalu banyak sebab takut berat naik mendadak. Heheh...

Rupa bahagian dalam kek. Dah comot2 sebab cream cheese mencair. Huhuh...Tak kisah lah apapun, yang penting semua yang makan kata sedap! Seriously, rasa terharu sangat sebab berjaya buat orang gembira bila tengok kek ni. Terima kasih yang tak terhingga kepada tuan punya resepi, sweet4ever@myresepiKak HaSue dan Kak Noorsha atas sumbangan idea yang bernas menghasilkan kek span yang cantik ini.

Kami celebrate besday ni di piza hut Sandakan...makan sekeping piza pun dah rasa kenyang macam makan sepiring nasi.. BTW, happy belated birthday my dear afwani...Semoga menjadi anak yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik suatu hari nanti..

18 comments:

Acik Erna said...

salam nani..memang menggoda kek nani ni..besar godaan nak berdiet ni kn

Asmara said...

cantik dan sedap! bila la nk smpai seru membuatnya. nak kene cari loyang kecik xde lg. ;)

Nuwairani said...

salam acik...diet ke tak diet ke..memang bantai jugak sekeping kek ni

Nuwairani said...

nani guna acuan silikon 15cm yang dibeli di daiso.tapi itu untuk separuh adunan jela.kalau satu adunan, kene cari acuan yang lebih besar la.

KakAsma said...

Waaaa walaupun simple ajer tapi okay tu nani,
pada akak biarkah tak secantik yang kat kedai tapi bila kita buat sendiri dan deko sendiri rasa bangga dan pueh atikan...
boleh simpan resipi nih..

Mama Ann said...

Cantik tu nani..mama pun rasa puas hati tengok hasil tangan nani..

Wani SK said...

salam nani .. wah nani hebat dah buat kek span pelangi ni .. kak wani ingat kek tu besar rupanya tengok gambar kat bawah sekali kecik rupanya ... x pe tu nani dah ok tu deko2 ..

eira eixora said...

kim salam kat afwani. cakap anis kim salam. da laaaaaaaama sangat tak jumpa dia. dia ada fb tak kak nani?

ijayuji said...

Salam nani! akak tak berapa rajin lagi nak buat kek pelangi nii :D kaler pun mcm tak cukup hihihi... tgk cream dia yg cair tuuu aduhhhh.. telan air liur ajerr lah :D

ogyep yummy mellow said...

Patutlah hari nampak meriah dan berwarna-warni aje.. rupanya Nani bake kek pelangi... ada orang sambut besday... selamat harijadi utk besday girl ya...

Nuwairani said...

ni kot resepi paling senang yang nani jumpa.

Nuwairani said...

terima kasih mama!

Nuwairani said...

salam kak wani..nani buat separuh aduann je ni.

Nuwairani said...

wani xde fb.kalo nak no hp dia, nanti bg emel ke kak nani deh!

Nuwairani said...

salam kak ika. dulu masa kaler tak berapa cukup tu nani main campur2 je..huhuh...nasib baik ada nampak jugak kaler2 tu

Nuwairani said...

terima kasih kak ogy! (wakil kpd besday girl) heheh

Diari:strawberryprincess said...

salam
nani, nani guna apa yer untok buat lapisan2 kek tu?

Nuwairani said...

nani guna cream cheese frosting. caranya pukul 125gram butter + 250gram cream cheese + 1 cawan gula icing.pukul sebati, boleh sapu pada kek