kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Wednesday, November 23, 2011

Kek Karamel ~sedikit improvement

Assalamualaikum....selamat sejahtera....

Syukur alhamdulillah nani dah selamat sampai ke kampung halaman disambut oleh mak & ayah di airport. Selalunya ayah akan datang sorang2 je amik nani sebab rumah dekat je dengan airport. Tapi kali ni mak pun ada datang sama... Suke sangat2 apabila nampak muka mak di pintu ketibaan. Dah sampai rumah kira-kira jam 11.45 tu terus nani buka beg keluarkan apam polkadot yang nani buat sehari sebelum bertolak balik. Tak sempat nak makan sepanjang perjalanan sebab dah jumpa McD, KFC, mana nak pandang kuih buatan sendiri ni kan....Huhuh... Rupanya mak nani sekarang dah buat biz apam senyum la pulak. Sempat juga rasa yang mak buat tu. Nanti nani uplod resepi mak kemudian sebab hari ni nak bercerita pasal kek karamel dulu.

Nani kalau dah balik kampung halaman ni macam2 benda yang nak dibuat. Tapi belum mula masak-masak lagi. Just tolong mak buat kuih apam senyum dia je. SD Card pula rosak, dah tak boleh upload gambar macam-macam. Nasib baik la ada lagi gambar masak-masak yang belum di upload. Boleh la letak entry baru.


Kalau dulu nani buat kek ni guna 4 biji telur je tapi kali ni nani buat guna 7 biji telur! Haaaa....Berani ko??? Ala, sebenarnya kalau dah tahu buat ni takdelah sesusah mana pon. Yang penting kene tahu cara yang betul nak buat meringue dia tu. Kalau meringue tak jadi, memang kek pon tak akan jadi la.. Kebetulan nani dah beli sepapan telur hari tu, jadi guna telur buat kek ni la kes nak perabih stok telur sebelum pulang ke kampung. Sempat juga nani bagi sedikit kek untuk jiran sebelah rumah. Esoknya dia balas pula kek coklat moist...terima kasih orang sebelah!



KEK KAREMEL
Resepi : Munirah Baharum

1) Gula Hangus 
Bahan :
  • 2 sudu besar gula pasir
Cara :
  1. Sediakan loyang 8 inc.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  6. Ketepikan
2) Bahan Karemel
Bahan :
  • 1/2 tin susu cair -nani letak 1 cawan
  • 70g gula castor - nani guna 1/3 cawan
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 
  • 3 biji kuning telur -nani + 1 biji telur 
Cara :
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan.
  6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  7. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
3) Adunan Kek Bahan 1
Bahan :
  • 70g gula kastor -nani guna 1/3 cawan
  • 3 biji telur kuning 
  • 135ml air 
  • 45ml minyak masak 
Cara :
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

4) Adunan Kek Bahan 2
Bahan :
  • 140 gm tepung gandum -nani guna 1 1/4 cawan
  • 1 sudu teh baking powder 
Cara :
  1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. -nani kacau guna hand whisk perlahan2...
  3. Ketepikan.

5) Merinque  
Bahan :
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning -nani guna 6 biji putih telur
  • 70g gula castor -nani guna 1/3 cawan
  • 1 sudu teh krim of tar2 
Cara :
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi. -nani terbalikkan cara ni dengan memasukkan adunan kek ke dalam meringue sedikit demi sedikit, kacau guna hand whisk perlahan2.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

6) Cara Menyediakan Kek Sepenuhnya...
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. -nani buat 4 (biru, merah, hijau & warna asal)
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai.
  3. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  4. Belang- belangkan adunan
  5. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  6. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  7. Akhir sekali dengan satu sudu.
  8. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  9. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
  10. Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath 
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi. -nani guna kaedah yang gambar blog kak ita tu (dia lapik acuan tart telur di bawahnya-sebab acuan nani guna ringan dan adunan terapung2 jika tak lapik dengan lebih tinggi sedikit dari paras air)
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap dimakan di kala sejuk.
Memang betul la seperti yang dikatakan, kalau dah sekali buat kek ni, mesti rasa macam nak buat lagi... serius! Kek ni harus dibuat!  

26 comments:

ady said...

as-salam nani
uiyyooo..sangat2 cantik kek karamel tu..mabeles...

nOOrsha said...

Salam nani..macam pelangi la kek nih..cantik!~meriah kalernye,, :)

tun_telani said...

uwaaaaa!! jeles! jeles! nk balik kampung jugakkkk!!!!!

ps: omey kek tu. 7 biji telur tu!! kalau akak gigil2 dh masa pecahkan telur, hehe

Pen Biru said...

amboi..segaknya kek..nasib baik tak ngandung.kalao tak memang dah mengidam dah ni..sy tak pandai buat kek, memang fail.makan jer pandai

Ida,Japan said...

wow hebat nani!! serious kek nani ni cantik sgt!! cam pelangi yg indah gitu..mmg2 kek ni harus dibuat, byk2 kali pun tak per...sgt terpaut dgn kesedapannya

ummiharris said...

wah nen dah ada blog yer,cantik kek karemel tu.akk dh try buat.mmg jadik.rasa mcm aiskrim jer bila masuk ke mulut

Ros said...

Salam Nuwairani,

Kak Ros baru dok pikir nak buat apa minggu ni untuk majlis pertunangan sepupu Kak Ros...Ha.....rasanya Kak Ros dah dapat.tengok Kek nani ni terus ja Kak Ros dapat idea....nak buat kek ni nanti....

Mama Ann said...

Mama suka kek ni..skrg juga mama nk buat..Terima kasih nani..kalau jd mama masukan dlm blog mama ok...

dZana said...

waaa.. cantik cam pelangi.. akk mmg tak rajin nk boh kaler byk2..plg rajin 2 kaler jer.. hihihi.. tak jemu2 mkn.. naik sek.. ada yg tak muat baju ni.. selamat bercuti yer.. klau tak banjir rasa nk jalan2 jugak ke pantai timur...

Wani SK said...

salam nani ... kan dah cakap memang terbuat lagi dan lagi hihi..cantiklah yg nani buat ni berbelang2 ... ooo dah sampai kg dah ..semoga terus memasak2 kat kg pulak hihi

rahel said...

salam Nani..bukan calang2 lagi punya kek karamel tu...bagi akak rasa sepotong pun jadi la...

Along Maklong said...

teringin nak cuba.. tapi makcik dok tak pasti satu benda tu.. nanti makcik nak tanya nanilah.. terliur banget tengok kek nani ni..

Mieza said...

Nani..wahhh nani buat kek karamel lagi..jeles lg la akak..hari tu nani dah tayang..hari ni tayang lagi..kasi akak gerammmmm gitu..akak ni juga yg tak buat2 lagi..wiken ni la nak cuba gak..tak tahan nani goda tuuuuuu

ucubakery said...

hebatlah..nani ni..ini satu permintaan ucu...baca elok2 tau..
ucu nak minta resipi N petua dri mak nani mcm mana apam tu blh mekar ye..

Azwa said...

jelesnya nani
tapi aku xde oven dgn mixer tu
jadi xleh nak try
uwawawawa
tapi kalu beli nanti
memang aku nak wt la kek ni

quinnie said...

cantik la warna dia nani..bagai pelangi indahnya..hehehhe..kita stop dulu buat kek ni sebab hari tu byk sgt makan..tungu teringin tu datang balik..akan belang bagai pelangi jugak...kekekke

Zalieda Zaliedana said...

NANI SIYES CKP,MMG CANTIK..Betul ckp nani,kalo wat kek nih sekali,pasti nak wat lagi,sbb sedap,hehe..Amboi blk kg mesti mcm2 mak msk kan,yerla ank blk jauh kan..

MulutPayau said...

selamat pulang ke kampung....

Cantiknya kek tu....tengok pun dah tahu sedap...

Yana Shaiful said...

Bestnya dh blk kg..nk blk jugak..

bt2 xnmpk jer kek yg cantik itu sbb msh jeles..k.yana xtry lg bt utk kali ke2 hihii

Nuwairani said...

sape2 yg jeles tu, baik buat cecepat! heheh

Wattie said...

Salam Nani,
Waaaa cantikla kek karamel Nani, dah pass dah ni, boleh suruh mak buat jual hehehe

Run Away said...

oh my...cantik nyer...cake ni...

Nuwairani said...

kak wattie : nani belum try buat lagi di kampung ni. tak tahu jadi ke tidak..

Nuwairani said...

yana : terima kasih :)

Sheery Dream Cakes said...

waaah!! mmg cantik kejadiannya kek nie nani... cantik belangnya tu... kek karamel nie mmg kena buat byk kali sbb x pandai puas makan.. hehehehehe..

Nuwairani said...

terima kasih kak diana...heheh