kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, July 5, 2012

Little Cuppies For The Little Caliphs

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Hari ni tetiba rajin sikit nak baking cup cake untuk students. Last week Nani ada minta tolong budak bersihkan bilik kaunseling. Terfikir2 nak bagi hadiah apa kat budak2 tu. Kebetulan pula ada oren free ni kan, jadi terfikir pula nak buat Blended Orange Cake versi cupcake. Actually bukan juga saiz cupcake yang standard tu. Nani guna cup saiz M yang orang selalu guna buat apam polkadot tu. Resepi asal Nani guna resepi Kak Fida, MyR yang glemer itu tapi ada sedikit pengubahsuaian yang Nani buat. Ini cubaan kali kelima Nani buat Blended Orange Cake dan sememangnya yang kali ni paling sedap! Sebelum tu minta halal ye Kak Fida atas penderhakaan yang harus ini. Memandai je letak hukum sendiri.


Bahan :
2 cawan tepung gandum *
1 sb serbuk penaik *ayak bersama
1 biji limau -buang biji, potong kecil2
1 cawan minyak
2 cawan gula -nani guna 1 cawan je (dh sedia manis)
3 biji telur
1 sk ovalette -nani tambah
1 sk butter oil -nani tambah
1/4 sk garam halus -nani tambah

Cara :

  1. Masukkan telur, oren (dengan kulitnya sekali), gula, minyak, butter oil, garam dan ovalette dalam blender.
  2. Blend semua bahan2 sehingga hancur.
  3. Tuangkan adunan dalam bowl besar, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  4. Masukkan dalam loyang yg sudah digris. -kali ni nani letakkan dalam cup saiz M.
  5. Bakar dengan suhu 170 darjah selama 40 minit hingga 1 jam atau sehingga masak. -untuk cupcakes, nani bakar 15 minit je.
  6. Note : Letak adunan dalam cup 3/4 penuh sahaja sebab kek akan kembang. 
  7. Ovalette menambahkan lagi rasa moist pada kek, butter oil memberi aroma yang wangi seperti butter dan campuran sedikit garam akan menjadikan kek rasa lemak2 gitu.
Kesimpulannya, memang sangat berpuas hati dengan hasil kek pada kali ini. Kawan2 yang makan pun cakap sedap n moist je walaupun dibakar. Terima kasih kak fida atas sumbangan resepi hangat 2011 ni. Macam hampir semua blog masakan ada buat kek ni.

Esok macam nak buat lagi je sebab ada 5 bijik lagi oren dalam peti ais tu. Hadoi, yang pastinya kalau dah buat konfem kena bagi kawan2 lain makan sebab kalau dah sekali ngap tu, pasti nak ngap lagi sampailah habis...

15 comments:

rahel said...

Wah..ada kek oren...wangi betul kan bau kek tu..akak pun suka sangat..tidak jemu makan..

kasihredha said...

kek ni mmg sedap nani
akak pernah buat tp x letak ovelette.
nok jadi anok murid cikgu nani jugok

MulutPayau said...

Bestnya kalau dapat jadi anak murid Nani...hehehe....

Mama Ann said...

Ish..ish..ish..tak tau nak kata apa lagi..Rajin sungguh cikgu Nani ni...tengok tu dah ramai nak jadi anak murid ni...

zila norazila said...

sedapnya nani..fav jgk nie..bila mkn mmg x pernah rasa jemu..:P
cantik jew nani..gebu2

Cendana Kasih said...

dah lama tak meng'cuppies'... nampak sedap dan moist jer...meh dua tiga bijik !! hehe

ainnoraini said...

alahai nani..tetiba teringin la pulak..mcm mana ni nak buat kakain ni terlebih rajin...
dapat tengok nani punya pun jadi laaaa....

WawaYuni said...

ha aku buleh la try utk percubaan baking kek yg ke2..hihihi

Yana Shaiful said...

resepi kek oren yg terbaikkkk!!!..klu bt versi cupcakes cute miut mcm ni cnfem xsedar bape bijik yg dh ditelan kan nani kan kannn kann hihiiii..

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, lama sudah tak buat kek oren sempoi ni . Nampak sunggu moist n gebuss kek ni. derhaka ok je nani, janji menjadi n tambah sedap

Acik Erna said...

gebunya kek nani..mesti sedap dan anak2 murid nani suka ni

sury_masury said...

salam nani...rajin cikgu ni ye..untung jd ank2 murid dia...untung lagi sapa yg dapat cik nani ni nnti..hehheheh...:-)

Asmara said...

comel2. mesti bdk2 suka kan! sng nak makan.

Hanis MY said...

Nmpk sgt gebu dan lembut. Bgsnya nani ni mesti cikgu pilihan ni

aiNaSha said...

mcm best je...nak try la...thanks for sharing