kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Monday, October 10, 2011

Kek Karamel Menjadik!!!

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Fuhhhhhhhh....Lega rasanya bila tengok kek karamel yang dibakar petang tadi menjadik....Adoi....Sebelum ni jarang kek yang guna meringue ni menjadi. Tapi kali ni ok pulak. Kisahnya, mula2 Cik Na bercadang nak makan kek ambun. Lepas tu dia pon pinjam mixer seorang kawan lagi...Dia yang nak buat, tapi dia tak ingat resepi pulak. Terpaksalah saya lagi google cari resepi kek ambun di tenet. Dah jumpa resepi yang ngam, dia cakap pulak, takyah guna baking powder. Katanya dulu dia pernah buat, tak letak baking powder pon...Saya ikutkan ajela apa yang dia cakap...Punyalah kami excited masa mengukus tu....Siap balut penutup dengan tuala lagi. Dah 25 minit kek dikukus, kami pun bukak penutup kukusan...Punyalah cantik kek mengembang, sekali mengecut pulak. Kecut sekecut kecutnya.....Adeh.....Kek bantat lagi....Segera Cik Na tepon makciknya di kampung. Panjang berjela2 dia duk explain dengan makciknya...Pastu tetibe gelak besar pulak! Katanya, memang dia tak guna baking powder sebab kek ni guna self raising flour! adehhhhhhh! rasa nak hantuk2 je pala kat dinding. Hish!

Dah alang2 pinjam mixer orang tu kan, mulalah saya berangan nak buat kek karamel pulak..1st time saya makan kek ni sewaktu majlis kenduri adik kawen hari tu. Pihak perempuan buat hantaran kek ni. Subhanallah....Sedap tak terkata...tapi itulah, jumpa bnde ni di kota Bharu jela...Kat Kinabatangan ni konfem takde orang buat lagi (konfiden je ayatnya). Perasaan nak makan kek ni lagi membuak2...Tapi tak jumpa pon sampai sekarang...Sebelum ni pernah juga saya suarakan di FB nak buat kek ni. Lepas tu dapat sokongan mantap daripada Kak Anna. katanya, kalau sekali dah buat, mesti berkali2 lagi nak buat ni...Adoi...Selagi tak pegang mixer, memang tak berani nak buat sebab kek ni kene buat meringue dengan 6 biji telur!!!..Tula, saya punya pesen, kalau dah buat kek tak menjadi tu, mesti nak cuba sampai menjadik jugak. Mesin dah ada, rasa macam tak logik je kalau kek tak menjadi..Huhuh....Satu malam saya STUDY resepi Kek Karamel ni dari blog Kak Ita Masam Manis. Sampai termimpi2 pasal sukatan bahan2nya tu...Hadoi........Sangat2 teruja!

Jadi, seperti orang lain juga, saya pon nak C&P resepi dari blog Kak Ita Masam Manis. Sebabnya dia banyak terangkan tips2 yang berguna dan memang kene guna pon. Kalau tak, jangan salahkan resepi kalau kek tak menjadik! Heheh...Nani buat 2/3 adunan je iaitu menggunakan 4 biji telur gred A ye. Nanti nani cuba tulis sukatan bahan yang nani buat dalam bentuk cawan...maklum sajalah kite ni xde penimbang digital. Buat kek pon main sukat2 dengan cawan je. Cemanelah tak STUDY satu malam...huhuh...


KEK KAREMEL
Resepi : Munirah Baharum

Sumber : Kak Ita Masam Manis

1) Gula Hangus 
Bahan :
  • 2 sudu besar gula pasir
Cara :
  1. Sediakan loyang 8 inc.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  6. Ketepikan

2) Bahan Karemel
Bahan :
  • 1/2 tin susu cair -nani guna 1/3 cawan je
  • 70g gula castor - nani guna 3 sudu besar rata
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 
  • 3 biji kuning telur -2 biji kuning telur gred A
Cara :
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan.
  6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  7. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

3) Adunan Kek Bahan 1
Bahan :
  • 70g gula kastor -nani guna 3 sudu besar
  • 3 biji telur kuning -nani guna 2 biji kuning telur
  • 135ml air -nani guna 1/3 cawan air masak
  • 45ml minyak masak -nani guna 2 sudu besar minyak jagung
Cara :
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

4) Adunan Kek Bahan 2
Bahan :
  • 140 gm tepung gandum -nani guna 3/4 cawan
  • 1 sudu teh baking powder -nani guna 3/4 sudu kecil
Cara :
  1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. -nani kacau guna hand whisk perlahan2...
  3. Ketepikan.

5) Merinque  
Bahan :
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning -nani guna 4 biji putih telur
  • 70g gula castor -nani guna 1/4 cawan
  • 1 sudu teh krim of tar2 
Cara :
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi. -nani terbalikkan cara ni dengan memasukkan adunan kek ke dalam meringue sedikit demi sedikit, kacau guna hand whisk perlahan2.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

6) Cara Menyediakan Kek Sepenuhnya...
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. -nani buat 4 (biru, merah, hijau & warna asal)
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai.
  3. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  4. Belang- belangkan adunan
  5. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  6. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  7. Akhir sekali dengan satu sudu.
  8. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  9. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
  10. Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath 
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi. -nani guna kaedah yang gambar blog kak ita tu (dia lapik acuan tart telur di bawahnya-sebab acuan nani guna ringan dan adunan terapung2 jika tak lapik dengan lebih tinggi sedikit dari paras air)
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap dimakan di kala sejuk.

saya guna acuan kecik, pastu kek ni punyalah kembang sekembang kembangnya...Jenuh nak suruh surut balik. Rupanya bila dah sejuk, bahagian tepinya lekang, kemudian kek pon jadi stabil semula. Huhuh...Lepas ni kene guna acuan besar sikit la.

sememeh sikit keknya sebab air karamel tu kene pada kek. Saya ingatkan kene tunggu sejuk dulu baru terbalikkan kek. Sekali, kek dah serap segala air2nya...Tapi masih tidak mengganggu tekstur kek. masih juga sedapppp! ni jadi sememeh kesnya sebab belom masuk peti lagi dah sebuk2 nak potong. excited punya pasal..

Suka sangat dengan kombinasi warnanya itu...nampak lembut aje...

Sedia untuk dimakan. Cik hosmate kata sedappppp...Gara2 excited tengok kek ni, habis bilik saya basah kene hujan. Air masuk melalui tingkap...hadoi! tapi betol2 puas hati la dapat buat kek ni...

38 comments:

||ina dinzly|| said...

huaaaaa!!!sedapnyaaaaa

ziraziz said...

..bes kek ni..kwn akak slalu bt..hehe..

Fatin Mraz said...

caramel?? OW EM GEE!!

SEDAPNYA!!

saya sgt suke pada caramel..
;D

ainnoraini said...

menarik...cantik tu..tergoda kak ain...


kak ain dah beli oven tau sebab oven lame dah rosak...nnt nak try buat kek gula hangus...mcm nani buat tu...

nuwairani ismail said...

ina ; pasni boleh la buat experiment kek ni pulak

kak zira : tula kan...kalau org bg makan free seronok la...tapi kalau kene beli, adoi...

FM : me too! suke sgt dengan karamel..

nuwairani ismail said...

kak ain : wah! seronoknya dapat oven baru...nani tengah berkira2 nak beli mixer pulak gaji bulan ni.

Acik said...

macam sekse jer nak uwat tu ... wahduh! heheheee ...

MulutPayau said...

Wowww.....tergoda tgk..dgn wrnanya, teksturnya...aduhhhhhh....Akak pulak termimpi2 nak makan kek ni...

tun_telani said...

fuyyyooooooo~~ tabik spring! akak x wat pun lagi niii... hehe... cantik laa kek nani wat..

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, sampai umah nani dh kek ni, menjadi dgn jayanya kek tu.

nuwairani ismail said...

acik : masa sebelum buat tu memang rasa terseksa...tapi bila dah bakar, rasa senang la pulak rupenya...sebab kite buat step by step...jadi nampak la flownya tu...

kak MP : kalau ada org dekat2 sana yang pandai buat, tempah la sebijik...memang sedapppp!

kak tun : adeh! sebab dh lama sangat duk peram kek ni...hari ni baru berkesempatan nak buat...

nuwairani ismail said...

kak rosaliza : waalaikumussalam... tula, hari2 duk tengok orang lain tayang kek ni...asik2 duk jeles je dengan orang lain...last sekali terbuat jugak...

Anna Qawina said...

tahniah..tahniah..hihi..
lain x buat kareml tebal skt baru ngam dgn kek yg naik gebu tu/...sedap kn..puas hati dah buat tu leh wat bisnes kt sana..jual kat cikgu cikgi tu..hihi

nuwairani ismail said...

bab nak tambahkan karamel tu belom STUDY lagi...kene study betol2 dulu sukatan sume2 baru boleh buat karamel tebal sikit. puas hati betol la kak ana bila keluar kek ni sebijik...

nonierahman said...

kak nani,gebunya kek,bestla kaler dia pon sweet jer

kasihredha said...

cantik colour dia...memang sedappp

Yana Shaiful said...

Saya rs xnk singgah blog ini mlm ni sbb saya jeles yg teramat..Nani..nape nani bt jadi lawa menawan ati..hmm..k.yana kna study lg psl kek nii :(

Zaliedana said...

Nani,alahai kek nih juga yg wat kak ct mcm termimpi2,rasa cam nak wat juga,tapi nak tgu time rajin dulu nih,cantik sgt kek nani,kak ct mmg teringin yg amat ngan kek ni..

quinnie said...

tahniah adikku...kek ni bila menjadik memang syok sgt kak nuni..hehhehe

anna tu memang baguskan..kita pun dapat semangat dari dia jugak...hahahha..tak tahan tengok dia asyik buat kek ni je...hehehhe

elok betul naik kek nuni ni...puas hati makan bila buat sendiri..:)

nuwairani ismail said...

nonie : terima kasih...kaler2 tu main campur aje...yang penting warna biru n merah wajib! baru cantek mcm eskrem paddle pop.

kak kasih : tula...ramai sgt duk cakap sedap...memang sedap pon..

kak yana : hihih...tula...memang kene plan betol2 kalau buat kek ni...

nuwairani ismail said...

kak ct : apa lagi...buat la cepat2...kalau tak buat memang menyesal!

kak Q : kite rasa semangat betol bila kak anna suruh buat..tapi sebab takde mixer, kite tangguhkan je dulu....kali ni memang dah tak tahan sgt...buat jugak akhirnya....

Pen Biru said...

amboi..mcm eskrem pedelpop la kaler..cun giler.mesti sedap ni..

rahel said...

Uwaaaaa...hilang sudah angan2 mo diet tu...sudah kena kek karamel..huhu..

Mieza said...

nani...terliur nya akak..sedap ye kek ni..ramai sangat yang buat tapi akak belum pernah cuba buat lagi..bila tgk nani buat terpanggil juga akak untuk mencubanya...nak sikit nani...

chikadakbiru said...

tahniah leerrrr sbb menjadi kek tuh..tumpang hepi dan terkagum sekejap..yerlaa org lain main timbang awak pakai cawan ajee.. :))

Ida,Japan said...

wahh...cayalah lah nani, dh jadik kek karemel, cantikk...sbb tu kena cuba, pasti jadik punya kalau ikut step by step...sedapkan,

IXORAROXI said...

rajinnya NUNI
boleh buat selalu tapi jangan makan banyak2 dan selalu tau kalau on diet

Nurul said...

wah, bestnya nani... dah buat kek ni... sedapppnya :)

nuwairani ismail said...

penbiru : memang sedap kek ni...lembut, moist, sejuk aje masuk tekak.

kak rahel : hancur suda program dietnya...

kak mieza : memang betol2 sedap...kalau kak mieza buat, rasanya boleh ambil tempahan lagi tu...kalau di kota bharu, orang jual rm25 sebiji...

nuwairani ismail said...

kak CB : tula pasai....dah xde penimbang...main agak2 aje sukatan... tapi kene study jugak la...hihih

kak ida : tula...jeles tengok org lain asik tayang kek yang menjadik je..

kak ixora : dah masak tu terus balun 1/4 bahagian kek...hadoi....

kak nurul : itu pon kene kumpul berguni2 semangat sebeklum buat....dah jampi2 supaya kek tak bantat...alhamdulillah betol tak bantat..hehhe

Diana @ Melley Mey said...

wah cantik n menjadi dah kek caramel nie... sedap kan nani... mmg x kan jemu ... buat sekali x kan puas.. mmg terbaik

nuwairani ismail said...

huhuh....kak diana...tula pasal....dah masak tu terus ngap 1/4 bijik...itu pon tak cukup lagi.

Run Away said...

nampak cantik dan sedap...mcm susah nak buat kan..kalau Sy ada resepi pun belum tentu jadi...;d

eppoe said...

sangat JELES ok!!!!!!!!!

nuwairani ismail said...

run away : tak susah jugak...cuma leceh sikit la...tapi kalo menjadik, memang puas hati...

nuwairani ismail said...

eppoe : kalau mu buat jadi, boleh buat biz kek ni di ipoh pulok...

nonierahman said...

kak nani pakain acuan size apa yer utk resepi sukatan nie?

nuwairani ismail said...

Dik Nonie : kak nani pakai cawan sukatan metrik tu...nanti kak nani bagi link.