kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, July 26, 2011

Roti Usaha Tangga Kejayaan...TQ Kak Ros Jintan Manis

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Hari yang sibuk, minggu yang sibuk, sememangnya menimbulkan stres yang amat di jiwa...Hadoi....Macam2 nak diceritakan, jadi dipendekkan, saya memang tengah stres sekarang. Pulang saja dari sekolah, saya bersiap2, solat n terus ke dapur, menguli roti mayonis (resepi roti yang gelemer itew). Tetibe, doh saya berminyak semacam aje...Pastu baunya pulak macam bau tapai nasik. Sah! Yis saya dah rosak...Maklumlah, dah lama tak meroti. Yis yang dh dibuka, disimpan dalam fridge taktau dari zaman bila lagi. Yela, orang lain ada BM, main campak aje, yang kite ni lenguh duk menguli, sekali roti bantat! Adoi...dah la over konfiden buat 1 adunan...Tak pasal2 tong yang kenyang. Tapi, saya selalu berpesan kepada pelajar saya, USAHA TANGGA KEJAYAAN. 

Jadi, malam ni saya aplikasi apa yang saya selalu cakap dengan pelajar saya. Terus saya usha lagi resepi Kak Ros Jintan Manis, ratu roti kite tu...Bukan apa, Kak Ros pernah bg e-book percuma yang boleh di download dr page nya dan saya dengan begitu bersemangat, print berwarna lagi resepi2 Kak Ros. Senang dibawa ke dapur. Yela, takkan nak angkut laptop yang gedabak ni kan? Jadi, untuk roti saya malam ni, saya uli tangan je ye. Separuh adunan tanpa telur. Semua bahan letak kecuali telur. Manakala water roux saya ganti dengan bread improver. Saaaaaaaaaaaaangat lembut rotinya......Esok nak buat lagi lah (kalau sempat).

DOH ASAS ROTI MANIS
olahan : Nuwairani

Bahan-bahan:
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese


Cara-caranya (Doh Roti)

  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukkan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.
  6. Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya, dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
  7. - Boleh campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti kerana rasa padat dalam roti akan dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.
blossom sausage bun dengan tutorial kak Tun Telani

bakar dalam dulang gelas harga RM3.50 (nak beli dulang pizza tak mampu, RM11.00)

isi di dalam yang sangat lembut...

roti pintal dengan sapuan marjerian + gula + keju kraft singles

spare untuk BF esok

sangat sedap, memang tak rugi untuk dicuba...1st time saya buat roti ikut betol2 cara kak ros. memang jadik walaupun uli tangan. cuma, saya ramas2 dalam plastik tu 3-5 minit je. tak larat nak buat lama2. itu pon dh cukup lembut...boleh cuba tau!!


stres saya pon telah berkurangan......

22 comments:

kasihredha said...

wahhhh bestnya
kenapa lah adinda duduk jauh nun di sabah?
kalau tak boleh le kanda minta sedikit roti itu:)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum nani...
waaah mmg nampak lembut n gebu roti tu yer nani... pasti sgt sedap kan... waaah esok kalau buat lg jgn lupa simpan tuk akak ckit taaau... hehehhee

nuwairani ismail said...

kak kasih : sebab adinda duduk jauh nun di sabah, jauh dengan piza hut. makanya adinda buatlah piza sendiri...kanda singgah la makan di piza hut. heheh

nuwairani ismail said...

waalaikumussalam kak diana...hihih...nak kata sangat sedap tu tak tahu la...tapi ni memang roti sempoi betol...tak sempat nk buat inti piza yang betol2 punya...mozarela cheese pon takde

Zaliedana said...

Assalam nani,nih kiranya roti ala2 piza lah ek..Hehe..Rajin toi blk mengajar nguli roti bagai..Ala siannyer roti myonis xjadi..A"ah betoi tu usaha tangga kejayaan..

Kak Sam said...

Amboi rajinnya. kita ni malas betul le nak menguli. nak menggaji bibik melayu duk tertahan2. Entah le bila agaknya boleh makan roti air tangan sendiri lagi.

nuwairani ismail said...

Kak Ct : Nak buat roti piza resepi kak ros, tp terlupa nk print pulak page yg tu...guna je la resepi yg ni pon...jadik aje kalo dh namanya roti tu..heheh

nuwairani ismail said...

kak sam : hihih...bukan ape...kite mmg suke menguli kak...tak tahu la nape...tu pasal duk pikir 10 kali nak beli bread maker tu..nanti hilang la skill mengulii kalo dh ada bibik automatik ni..

H.J said...

spare utk saya satu

Hanis MY said...

bestnya buat roti sendiri huhu...nak jugops...

Mas said...

wahhhh....dah macam kedai roti dah ni..
macam2 ada...
sedap2 lak tu.....

Amie said...

Nani,
sekali pandang macam susunan roti di kedai... he he he kena buka kedai rotilah Nani, boleh release stress di situ nanti...

nuwairani ismail said...

HJ : alamak! dah habes la!

nuwairani ismail said...

hanis : try la buat jugok...seronok tau uli2 tepung ni...heheh

nuwairani ismail said...

kak mas : kalau buat satu jenis je, takot bosan pulak.

nuwairani ismail said...

kak amie "kalau bukak kedai, nanti stres di kedai pulak yang datang" heheh

Nur_!eda said...

tok! tok! tok! assalamualaikum tuan rumah...nak mintak roti 'usaha tangga kejayaan' SATU!!!

AI said...

- wahhh memang sgt rajin dan tidak putus asa...

Nurul said...

Ala.. bestnya roti tu, nani... lembut n gebu jer nampaknya... kalau k nurul buat mesti Damia n Sofia suka ni... :)

nuwairani ismail said...

kak ieda : roti tinggal secopeng je lagi. hahah

nuwairani ismail said...

Al : kalo putus asa, pendek kata, berlapar la jawabnya....

nuwairani ismail said...

kak nurul : ha...budak2 mesti suke kalau roti mcm ni...tp jangan letak sos cili la..kang pedas pulak...