kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, April 13, 2012

Garlic Bread Gebusssss

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Dah lama buat garlic fingers ni. Tapi tak sempat pun nak update blog. Kalau nak ikutkan, banyak lagi resepi2 baru yang dicuba tapi belum masuk entry. Insyaallah Nani update satu2 jugak nanti. Roti ni Nani buat minggu lepas untuk berbuka puasa. Nani tak sempat nak godek2 resepi mushroom soup dah. Terus guna yang instant jenama campbell's tu je. Alhamdulillah, walaupun berbuka puasa dengan ini je, cukup 4 biji terus Nani rasa kenyang. Dah tak makan pape lagi lepas tu melainkan minum air kosong. Sepanjang 2 minggu Nani berpuasa, Nani dapat semula berat badan Nani yang 4 tahun lepas! Percaya tak? Huhuh....

The truth tentang roti ni adalah, ia sangat lembut walaupun Nani tak letak bread softener. Nani makan 1/4 je pada hari pertama. Kemudian, selebihnya Nani simpan dalam bekas, masuk peti sejuk. Apabila nak makan semula, Nani just panaskan atas non stick pan je. Memang masih lembut. Kalau tak panaskan, of course keras kejung la sebab baru keluarkan dari peti sejuk. Antara orang yang telah membuka pintu hati Nani untuk buat roti ni adalah Kak Izah Daut...Subhanallah....comel betul finger bread yang dia buat. Nani buat takde rupe gitu pulak. Tapi tetap rasa sedap....Hihih...

BASIC BREAD RECIPE
Resepi : Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber : Izah DautMamafami
Sumber lain :  Tun Telani, Kak Hana & Ika 
Bahan A
500g tepung roti *izah guna tepung gandum -nani pun
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung -nani tak letak
1 sk bread softener- optional -izah letak -nani tak letak
1 sk bread improver- optional -izah letak -nani letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan
Bahan B
250ml air -nani guna susu full cream
1 bj telur- pukul sedikit
Bahan C
80g margerine
Bahan D
Gula kasar utk tabur *tak letak

Cara2:

  1. Gaul sebati bahan A.
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
  3. Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan.
  4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.
  5. Tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
  6. Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
  7. Bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

GARLIC SPREAD
sumber: Izah Daut, kak Yatie @ kak Madihaa

Bahan :
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus -nani guna parsley flakes
sedikit lada hitam kisar

Cara :
Gaulkan semua bahan. Siap digunakan.



CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC BREAD :
(cara kak Nor sgn67)

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu  garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!

Last sekali baru tayang rupa sebenar roti yang Nani buat ni. Huhuh... Tak tahulah kat mana silapnya sampai kembang penuh loyang...Adoi! Naseb baik sedap! Insyaallah Nani akan buat lagi pasni...Tapi bentuk macam mana tu tak tahu lah...Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan berkongsi resepi ni....

28 comments:

Cheq Sue said...

dah ada request untuk buat lagi roti ni... :)

Wani said...

nani dah ramai sangat dah orang dok tayang garlic bread ni ..lepas satu dapur ke satu dapur .. dapur kak wani x sampai seru nak buat roti ni... hihi.. kembang gebushh roti nani buat tu ...

Nuwairani Ismail said...

best kan? huhuh...

Nuwairani Ismail said...

disebabkan ramai la nani try jugak buat ni...

Yana Shaiful said...

Salam Nani..rindunya nk singgah sini..k.yana dh berkobar2 nk bt roti nii..rmai sgt yg dh bt tayangan..mmg gebuss gebass roti nani tuu :)

ainnoraini said...

Mmg gebuzzz sangat...
Kakain jer belum lagi buat roti mcm ni..resepinya dah lama ada dahh..

CT Delima said...

As'salam Nani

cantiknya...gebus bukan main. inginnya nak mencuba tapi tolong tiup angin rajin kat k.ct dululah ya...hehehe

izahdaut said...

nani.. sedap kan. mmg puas hati betul dengan roti ni. :-).. pss nak tanya rahsia berat tu..hehe tahniah yeee

Nuwairani Ismail said...

w'salam kak yana...rindu betol dengan kak yana...lamanya tak bersiaran...

Nuwairani Ismail said...

nani pon lama jugak menyalin resepi ni...tapi baru terbuat...

KakAsma said...

Nani,

garlic bread nie kalau makan gitu ajer tak sedapkan..kena gu ngan mushroom soup baru ngam..akak dah buat gak tapi tak de ms tu..laa kureng skit...
pas nie melontong laa pulak yooo hihihihi

Nuwairani Ismail said...

w'salam kak ct...kak ct ni memang dah sedia rajin...tak risau dah bab tu...

Nuwairani Ismail said...

alhamdulillah sedap sgt roti ni..terlebih genu plak tu..

rahsia berat badan ye..? huhuh...tunggu entry lain la kot...hihih

Nuwairani Ismail said...

hmmm..betol tu...kene ada mushroom soup...bagi nani, kalau ada sup ayam pon jalan je...heheh

tun_telani said...

wah!! bestnyer!!!!!! bukan roti tu, roti mmg dh tau best... best sbb turun berat badan. ni yg berkobar2 nk kurus jugak nih.. aritu dh turun, blk kg naik semula 2 kilo. hmphh! stress! nk stat puasa jugak lah. erk, kurang pahala sbb niat nk kurus.. ish ish..

Rohah said...

salam Nuwairani,
Semalam akak buat juga roti ni,belum sempat nak siar..mmg sedap sesangat.

rahel said...

Waa..betul2 gebu la..sedapnya kalau ada sup cendawan kan...

dZana said...

aslmkum nani.. dah simpan rspi ni.. tapi tak terbuat2 lagi.. best dapat mkn roti gebu2 camni..

hana said...

dapnyer lotii... naik gemok2 bes gak nani.. puas makan!

Nuwairani Ismail said...

nani pose ganti direct 2 minggu...itu yg jadi mcm tu...skrg dh habis ganti, melantak la balik...

Nuwairani Ismail said...

nani pon selalu letak entry tertunggak je...takde masa nak update terus. sekarang keje makin sibuk...terpaksalah...

Nuwairani Ismail said...

iya...memang ngam kalau ada sup cendawan

Nuwairani Ismail said...

tula...resepi ni pon dh lama dlm simpanan. akhirnya buat jugak. heheh

Nuwairani Ismail said...

tula pasal.makan sikit pon dah boleh kenyang ni....

kasihredha said...

tak letak bread softener dan bread improver pun tak pe ye nani ?

Nuwairani Ismail said...

kebanyakan roti yang nani buat, jarang letak bread improver n bread softener. masih ok lagi kelembutan roti tu. cuma pastikan tidak lebih tepung jela.

quinnie said...

wahh seronoknya makan roti gebu..kita tak buat lagi..entah bila la nak cuba...hehehe...bestnya turun berat...kita pun ingat nak puasa..tapi tu la dpt sehari je..hahahha

Nuwairani Ismail said...

alhamdulillah kak Q.rasa longgar2 sikit baju skrg..kalo tak, sendat mcm balut nagka dah..