kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, April 14, 2012

Whole Leg Chicken with Black Pepper Sauce

Assalamualaikum.... Selamat sejahtera...

Alhamdulillah... Nani rasa bersyukur sangat2 kerana setiap hari akan ada sesuatu yang berlaku dalam hidup kita yang boleh mematangkan diri... Rasa bersyukur sangat2 kerana dikurniakan Allah orang2 di sekeliling yang sangat baik walaupun jauh di mata, tetapi rasa dekat di hati (seperti mana rakan2 blogger sekalian). The truth is, Nani akan rasa ada satu getaran positif dalam diri apabila kita menghampiri orang yang positif. Sebelum ni memang sibuk dengan kerja sehingga tidak ada masa nak mengadap blog. Tapi dalam tidak ada masa itu membuatkan Nani lebih stres. Jadinya, dalam tidak ada masa sekarang memang akan cuba sehabis mungkin untuk bersama2 dengan rakan blog. Tinggal di kawasan terpencil begini hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh tahu perasaannya. Dengan rakan2 blogger la Nani berkomunikasi sehari2, berkongsi pengalaman dan ilmu. Ok, stop dulu cerita pasal feeling2 ni. Kang terkeluar ayat kontroversi pulak.

Ok, Nani masak ayam ni semalam untuk breakfast dan lunch sekali. Ini kes malas nak masak banyak2 kali ye. Sebenarnya plan nak buat dinner untuk malam sebelum tu. Tapi, bila fikir2 balik rasanya macam tak perlu kot dinner yang heavy macam ni (orang tengah diet la katakan). So, simpankan dulu hasrat tu sehinggalah pagi semalam. Resepi ni Nani ternampak di blog Kak Ika. Ada beberapa bahan yang Nani tambah dan kurangkan untuk disesuaikan dengan bahan-bahan yang ada di rumah ni. Maklum sajalah kalau tinggal di kawasan pedalaman ni mana nak jumpa whipping cream bagai tu..Huhuh...Kak Ika buat steak daging, tapi Nani takde stok daging, Nani tukar dengan whole leg chicken. Ok, Nani edit balik resepi guna bahasa Melayu je sebab takde pon orang putih yang nak tengok blog ni... :)

GARLIC PEPPER BEEF STEAK
Original Recipe : HERE
Sumber : Ijayuji (ARAH)
Olahan : Nuwairani

Bahan :
1sudu besar minyak zaitun -nani guna minyak masak je
2 ulas bawang putih, ketuk dan cincang halus -nani tumbuk hancur
1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk atau blend
2 keping daging steak -nani guna bahagian paha dan atasnya
sedikit garam
1 sudu besar gula -nani tambah
1 inci halia ditumbuk -nani tambah

cara-cara :
  1. Panaskan grill pan non stick atau apa2 kuali yg sesuai utk di bakar atau boleh guna outdoor grill mcm resepi asal -nani guna non stick pan je.
  2. Dalam mangkuk kecil, campurkan semua bahan2 tadi kecuali daging steak, sehingga sebati dan sapukan keseluruhan daging steak tadi sehingga rata keseluruhannya >>yg ni perap sekejap dlm 15minit atau 30minit. -nani perap semalaman
  3. Letakkan daging steak yg telah disapu dgn bhn perap tadi dan grillkan di atas pan yg panas tadi, masak sehingga masak lebih kurang 20 minit atau sehingga masak, balikkan sekali sekala jika perlu>>untuk yg ni kita tutup satu bhgn dan bila balikkan dah tak payah tutup biar dia terbuka dgn api sederhana sahaja, angkat dan boleh dihidang dgn black pepper sauce atau sos kegemaran bersama salad dan kentang goreng)>>jgn dibasuh kualinya atau buang lebihan air daging tadi sbb nk gunakan utk sos dia. -nani ikut cara kak ika iaitu tutup dulu masa grill sebelah lebih kurang 15 minit, kemudian lepas terbalikkan buka penutup periuk tu.

EASY PEPPER SAUCE
Original Recipe : HERE
Sumber : ARAH
Olahan : Nuwairani

Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar dicincang
3 biji cendawan butang dalam tin hiris nipis2 -nani tambah
150 ml susu segar -nani guna susu full cream
1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk/diblend >> nak lebihkan pun ok kalau nk pedas
30 ml whipping cream/ thickened cream -nani tak letak
1 cube beef bouillon/1/2 cube stok lembu knorr, hancurkan -nani guna kiub punjut knorr
Sedikit mentega -dalam setengah sudu besar
Sedikit kicap manis utk gelapkan kuah tadi jika perlu -nani letak 1 sudu besar
Sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah>>kalau tak masukkan pun ok -nani bubuh 1 sudu kecil + sedikit air

Cara-cara :
  1. Dengan mengguna grill pan yg sama utk steak tadi, tumiskan bawang besar yang dicincang tadi sehingga layu atau naik bau, dgn api perlahan. (kemudian nani terus masukkan cendawan tadi)
  2. Kekalkan suhu yg sama, masukkan pulak susu segar dan cube lembu yg dah dihancurkan dan kacau perlahan perlahan, jgn sampai mendidih.
  3. Masukkan pula whipping cream sambil dikacau perlahan. Masak lebih kurang 2 minit.
  4. Kemudian masukkan pula lada hitam dan kacau lagi serta perasakan masinnya>> kita tak masukkan garam sbb dah masin.
  5. Akhir sekali masukkan kicap dan kacau lagi >> bolehlah dimasukkan kicap manis utk menggelapkan warna kuah, tak payah byk2 sgt, agak2 aja ya, dan masukkan sedikit butter, padamkan api dan kacau sehingga butter mencair dan sebati.
  6. Boleh dimakan bersama steak tadi, selamat mencuba!!

untuk kentang dan tomato ni Nani potong macam ni kemudian grill sekali dengan ayam tadi. Rasa rempah2 ayam tu masuk ke dalam kentang. Jadi sedappppppp sangat!

untuk salad ni pulak, nani hiris nipis2 sayur kobis, kemudian cincang halus. begitu juga dengan tomato. lepas tu gaul tomato n kobid dengan mayonis. ini pon sedapppppppp sangat!

Alhamdulillah...antara benda yang buat Nani rasa bersyukur tinggal di kawasan pedalaman ni adalah Nani boleh belajar masak macam2... Kat sini susah nak jumpa makanan yang kena dengan selera tekak Nani. Segala kuih muih pun payah betul nak jumpa melainkan donut dan karipap. Itu pun belum tentu terjamin kesedapannya. Jadi, apabila Nani rasa nak makan, memang Nani akan belajar buat sendiri. Nani bersyukur juga dapat berkongsi ilmu dengan kawan2 lain yang beginner macam Nani. Selalunya isteri orang, bakal isteri la kot yang selalu msg, minta resepi itu dan ini. Tapi Nani sangat suka nak tolong orang dengan cara macam tu. Siapa2 yang kata Nani nak menunjuk tu, memang dah tak kesah dah...Biarlah orang nak kata apa pun.. Nani gembira hidup macam ni dengan tidak mengganggu hidup orang lain....Panjang pulak penutup kali ni...Ok, kepada kawan2 Nani yang tak sabar2 nak try resepi ni, SELAMAT MENCUBA! Memang takkan menyesal!

18 comments:

tun_telani said...

salam nani.. mmg bersyukur ada kawan2 blogger..terisi sket rasa hidup. nani at least kerja, akak ni, xde keje nk buat kt bintulu nih, lagii la mati kutu sehari2 xtau nk buat apa. hehe..
nmpk mcm set chicken chop dh tu nani. terliur pulak.

Cik Puan Kocik said...

sedapnye, nampak cam mudah je nak buat. rasanya CK perlu cubalah nanti

Anonymous said...

lapar pula tgk ayam ni... huhuhu

Acik Erna said...

salam nani..tak boleh tahan acik tengok sos pepper tu.izinkan acik ambik resepi ye..tapi nak tunggu beli daging jugak ni..nak cuba buat

Amie said...

Assalamualaikum Nani,
sebenarnya hidup ini penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan, ia perlu dicari dan dinilai dengan mata hati, dan satu lagi sebenarnya ia ada di sekeliling kita he he hehh
menu Nani kali ini sungguh menggoda selera! Tabiklah masakan orang bujang Bukit Garam!

Nuwairani said...

salam kak tun...tula...nasib baik keje..ada la jugak kawan2 di tempat keje...rasanya bintulu tu kire maju la kot berbanding bukit garam ni...tapi yala, di kg kita yang tak berapa maju pon lagi seronok tinggal di tanah air sendiri kot...nani saje je buat menu ala2 ciken chop. tapi takde bread crumbs nak celup dgn ayam.

Nuwairani said...

memang mudah sangat2 lah nak masak ni...main campak2 aje dah siap...harus cuba tau!

Nuwairani said...

haip! kamu mesti diet! hahaha...kalo lapar, suruh la wani masak...heheh

Nuwairani said...

acik...silalah ambil resepi ni...nani pon amik dari orang lain jugak...sharing is caring..heheh

Nuwairani said...

w'salam kak amie...syukur betol ada insan2 sekeliling yang memahami...huhuh... ini menu orang bujang kesepian kak amie...

Wani Sukarno said...

salam nani ..samala kita jugak... kak wani kalau rasa sunyi -sunyi terus teringat kawan2 blogger ni haaa... rasa rindu pulak kalau boleh nak jumpa mata sama mata je ,,hihi ..lebih2 lagi dapat berkongsi segala suka duka hidup kita ni kan ... :)) alahai sedapnya nani ..x pernah lagi buat steak2 sendiri ni .. harus dicuba nanti ...

Yana Shaiful said...

Salam Nani..k.yana dr semlm g duk termimpi2 nk bt resepi nii..bahan kat umah xckp g..esk br plan nk kuar shoping..dh xsabar nk try bt sndiri..^^

Bestkan ada teman blogger nii..ilang skit kesunyian dan kepenatan seharian bt keje umah nii :-)

MulutPayau said...

adoiiii nani..mmng mnyanyi perut akak ni tengok menu Nani tu...terliur betul...

p/s..kawan2 blogger mmng mnghiburkan..sunyi tanpa dia orang...

Nuwairani said...

selalunya kalo nk makan, adik nani yang buatkan...ini saje cuba2 sendiri... alhamdulillah...sedap di tekak nani...

Nuwairani said...

salam kak yana...adoi! sampai termimpi2 tu...haa...pasni kene buat la...kang mengigau pulak esok..hihih

Nuwairani said...

adoi...menyanyi lagu pe tu kak?

Hanis MY said...

nani ni masak apa pun best teringin nk g jalan rumah nani, boley? hik2...

Nuwairani said...

marila jale di rumah...kota bharu la dekat sikit. heheh