kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, September 13, 2011

Macaroni n Cheese Versi Melayu

Assalamualaikum.....Selamat sejahtera....

Lama betol tak update blog..Hari ni baru berpeluang nak update blog.Bukan apa, banyak sangat open house + takde masa + M.A.L.A.S... Heheh... Sebelum ni hari2 duk makan spageti sampaikan dah habis pon stok spageti. Tu jela masakan paling senang n cepat n tak cerewet nak masak. Paling best, tak taruk lauk or sayur apa2 pon...Kirenye org vegetarian pon boleh makan. (kes tak cukup bahan). Bila spageti dah habis, jenuh nak pikir nak makan sos spageti ni dengan apa pulak. 

Dari tempat kerja lagi duk fikir2 nak masak apa malam ni...Tapi kat rumah ni tak cukup bahan sangat. Bukak fridge, tengok2 ada keju, sos spageti, ayam kisar, macaroni pon ada. Kire on jela....Huhuh...Cara penyediaannya teramatlah senang n cepat. Budak baru belajar masak pon boleh buat ni sebab dalam sos spageti (nani guna jenama Kimball) tu dah ada macam2 perisa n perasa...Jadi, tinggal kita nak tambah je bahan2 lain.

MACARONI N CHEESE (versi melayu)
resepi : Nuwairani

Bahan :
1 cawan macaroni + 1 sb minyak + 1/4 sk garam + air
1 sb butter @ marjerin -nani guna marjerin je
2 ulas bawang putih -dicincang halus
1 sb cili kering kisar -tak letak pon takpe (nak ganti sos cili pon boleh)
1 biji bawang besar -dipotong dadu
2 sb sos spageti kimball perisa cendawan
1/2 kiub pati ayam knorr
1/2 cawan isi ayam (ayam kisar jenama ayamas)
1/4 cawan air
serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
2 keping keju kraft singles

Cara :

  1. Mula2 didihkan air untuk merebus macaroni. Masukkan garam, minyak n macaroni, rebus sehingga lembut. Masa lebih kurang 7-10 minit je. Sambil2 menunggu macaroni lembut, kita boleh mula buat kuahnya...
  2. Panaskan kuali, cairkan marjerin, tumis bawang putih hingga naik bau (jangan sampai hangit pulak), kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga agak garing.
  3. Masukkan bawang besar, kacau sekejap hingga layu dan tambahkan sos spageti dan kiub pati ayam. 
  4. Apabila mendidih, masukkan ayam kisar dan kacau sedikit. (masa ni boleh tengok2 dah spageti tu kot2 dah lembut, angkat n toskan airnya).
  5. Tuangkan 1/4 cawan air dan masak ayam hingga empuk.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam. Note : sy tak letak garam n gula sebab kuahnya dah cukup rasa.
  7. Gaul macaroni di dalam kuali bersama kuah tadi sehingga rata dan carik2kan keju ke dalam masakan.
  8. Kacau sehingga keju cair, tutup api dan boleh dihidangkan.
  9. Note : Oleh kerana masakan ni ada keju, adalah lebih sedap dimakan ketika panas2. Kalau dah sejuk, rasanya jadi sedikit muak.
  10. Note : Resepi adalah untuk hidangan 2 orang. Kalau setakat nak try2 boleh la. Kalau kene dengan selera, buat la lebih lagi..Kalau nak tambah mushroom pon boleh..Tapi sy buat sebab tak cukup bahan..guna yg ada di dapur je..

Alhamdulillah kenyang malam ni makan mende ni...

16 comments:

Cheq Sue said...

cheq sue pun nak masak makaroni gak...bekal esok

ziraziz said...

bak mai sepinggan... :P

kasihredha said...

suke suke
suke pasta :)
hulur sikit sini ye :)

Amie said...

Nani,
versi Melayu tu sebenarnya yang memenuhi selera kita... hi hi hiii

nuwairani ismail said...

cheqsue : macaroni buat bekal pon best jugak ni~!

kak zira : kalau rumah kita menyebelah, nani dh hulur ni..

nuwairani ismail said...

kak kasih : pasta ni senang nk simpan. bendanye kering. tahan lama. kalau beli mee basah tu, 2-3 hari je tahan..kalau tak, berkulat la jawabnya..

kak amie : tu la kan...kalau dah tekak melayu tu memang kene alter jugak resepi org putih.

IXORAROXI said...

akak suka pasta tapi malas nak buat sebab kalau buat akak sorang je yg makan, lelain tak nak makan, buat penat je.kalau nak makan pi mana-mana akak makan :)..rajin Nuni makan seorang pun rajin buat

nuwairani ismail said...

adoi kak..kalau tak masak, lapar la jawabnya...

Juwita Jamaludin said...

seda.. anak2 akak kalau macaroni tak tolak so memang selalu la masaknya

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum nani...
wah ada macaroni ler kat cnie... ni fav daughter n akak nie... mmg sedap ...

Wattie said...

Assalamualaikum Nani,
Wahhhh....menu omputeih hari ni ya, terliur akak dibuatnya. Suka baca n3 Nani masa raya dan bila nak kawen, beruntungnya klu sapa dpt Nani, dah serba lengkap, dari perkakas hingga ke ilmu berumahtangga, kira complete set la hehehehee.....semuga Nani dipertemukan jodoh dgn insan yg terbaik ya, insyaAllah...amin...

Hanis MY said...

dah lama tak makan ni.. wahh yummynya...

AI said...

- abis ramadan...projek ternak lemak lak ye...hehehe

Maria said...

Salam kenal Nuwairani.
Mengancam sungguh macaroni cis tu...yummy3...

nuwairani ismail said...

kak ita : nani mmg sentiasa buat stok kalau pasta ni...senang nk simpan, senang nk masak.

waalaikumussalam kak diana : feveret sy jugek! :)

kak wattie : terima kasih di atas doa itu...harap2 mcm tu la...kita sentiasa mahukan yg terbaik dalam kehidupan..

nuwairani ismail said...

hanis : haaa...boleh buat la pasni...pernah nani makan spageti di sapporo dulu, harga 1000yen sepinggan. adeh! sekali je makan...sebab mahal sgt!

Al : tula pasal...konon2 nk kuruskan balik...terjumpa cis la pulak...

maria : thanx kerana sudi menjenguk ke sini...salam kenal juga...