Assalamualaikum.....Salam bahagia...
Macam tak produktif langsung sekarang... Nak update blog pon tak sempat... Cuti seminggu ni semuanya full dengan aktiviti... Haiyyyaaa... Actually hari Ahad-Selasa sekolah ada buat program. Jadi, dalam bercuti pon masih juga ke sekolah untuk memantau aktiviti pelajar2 di sana. Then, hari Selasa petang nani ke Sandakan, tidur di rumah kawan sebab esok paginya nak naik flight ke Kota Kinabalu. Ada sedikit hal yang perlu diselesaikan...
Tapi, nak ceritanya... Bagi mereka yang belum tahu la especially... bekerja di Kinabatangan ini bukan sekadar elaun tinggi sahaja.. Sebenarnya tak adalah tinggi mana pun. Kalau di Kinabatangan, elaun perumahan wilayah (EPW) hanya RM830. Kalau di bandar Sandakan RM880 manakala di Kota Kinabalu pulak RM9++. Katanya, rumah sewa di bandar jauh lebih mahal berbanding rumah sewa di kawasan luar bandar seperti Kinabatangan ni. Realitinya, rumah di Kinabatangan la yang paling mahal! Cuba bayangkan rumah kecik dengan 2 bilik + 1 bilik air = RM500. Rumah kampung yang macam pasang siap, hokay! Bukan juga nani nak merungut, tapi itulah hakikatnya.
Kesusahan tinggal di Kinabatangan ni hanya orang2 di sini sahaja yang tahu...Bagi mereka yang ada transport mungkin tidak ada masalah. Tapi, bagi nani yang menumpang ni, memang susah. Kalau nak buat urusan rasmi @ nak beli barang di Sandakan, kena naik prebet sapu dengan bayaran RM60 untuk 2 hala (pergi & balik). Itu kirenya dengan pakcik yang dah biasa naik. Ada juga yang minta sampai RM80. Jarak nak ke Sandakan lebih kurang 70-80km bergantung kepada tempat yang kita nak pergi la. Perjalanan pula ambil masa sejam setengah. Itu bukan kerana jem, atau traffic light, tapi sebab jalan di sini amatlah teruk, berlubang2, senget benget dan macam2 lagi lah..Kalau orang yang pernah lalu memang tahu keadaan macam tu.. Jauh sekali kalau nak banding dengan Federal highway ke, Karak highway ke...
Macam kes hari tu, nani ada call sorang pakcik prebet tu minta hantar ke airport Rabu pagi. Katanya dia tak dapat hantar sebab ada hal sendiri. Jadi, nani cuba call kawan2 lain kot2 ada yang ke bandar hari Selasa petang, tapi semua orang tak turun ke bandar. So, terpaksa buat keputusan untuk tunggu bas di Pekan Kinabatangan hari Selasa petang. Nasib baik kawan di bandar ada di rumah. Kira-kira jam 2 petang, nani tunggu prebet untuk ke pekan di tepi jalan. Setengah jam menunggu masih juga tidak ada orang yang nak tumpangkan. Tiba2 ada kereta berhenti bertanyakan nak ke mana. Nani jawab nak ke pekan Kinabatangan sebab nak tunggu bas ke bandar Sandakan. Dia kata, kalau tunggu bas, nanti lambat. Dia deal dengan Nani dengan minta tambang RM20 untuk hantar Nani ke bandar kebetulan dia pun ada urusan di bandar. Memang tawakal dengan Allah sajalah naik kereta dengan dia tu. Harap2 tiada apa2 perkara buruk berlaku. Tapi rasa macam yakin sikit tu sebab rumahnya berdekatan dengan rumah cikgu2 di sini juga dan dia ada bawa bersama 2orang anaknya pada ketika itu.
Alhamdulillah selamat juga sampai di depan rumah kawan tu...syukur sangat2...Sebenarnya lagi jimat berbanding naik bas sebab orang ni hantar sampai betol2 depan rumah...
tempat yang nani biasa duduk untuk tunggu prebet |
rumah tempat kami berlindung...syukur atas segalanya |
*****bersambung........
21 comments:
salam nani....heheh sabor yer..rencah kehidupan...nak tanye..nani keje dgn jab. penerangan ker?
kak CB, nani cikgu (tun pulak tlg jawab.hihi)..
nani, akak rasa, kalau duduk kawasan camtu, kereta mmg satu kewajipan. masa pindah sini pun, mmg bulan pertama dh beli kereta. kereta kt kg tinggal utk sedara guna. mmg susah nk keluar kalau xde kereta. jauhnya nk ke bandar. kinabatangan xde pekan ke? akak kt sini, nk beli brg dapur, plg cepat 20minit baru sampai. sbb tu keluar seminggu sekali je biasanya.
kt bintulu thn ni average harga sewa rumah teres 4 bilik, seribu! terukkan. nasib baik kiteorg duk kuarters, tp sbb duk kuarters elaun byk sgt gov potong =(
hidup dirantau orang ni ada pahit dan manisnya......dapat kutip pngalaman yg paling berharga....sabar ya dik..
wah!beg honeys la..hehew
Tk pa nani..kan thrill tu..cuma berhati2 lah...sbb nani berada d tempat orang..
Assalam nani, susahnya hidup dirantaukan, yang kemudahan asas terhad, mcm kawasan pendalaman sangat2 kat kg kita kan, heheh akk tak pernah sampai sabah atau sarawak, tak dpt nak bayangkan
nani mengajar kt smk sini kak CB...
pekan kinabatangan ada jugak kat sini, tp barang2 mahal n x semua benda ada dijual...so, kene pergi bandar jugak..kalau dh duduk kuarters memang akan tolak elaun banyak...susah nak cari rumah kat sini...nak rumah yg murah laaaaaaagi susah...
hmmm...pengalaman tu memang tak ternilai la harganya....adoi...tgh bersabar jugak ni...
eh! ade jugak yang terperasan..heheh...memang best beg ni sebab ada zip!
itulah mama...memang kene hati2 kat tmpt org ni...kalau boleh taknak la jadi pape kan...
w'salam kak rosa...kalau di area bandar mungkin tidak ada masalah sebab ada banyak teksi, tapi kalau dh masuk luar bandar ni agak sengsara la sikit... serius,, rasa rindu gile nak naik LRT, komuter etc....
salam nani...redha cari rezeki tapi kan..hmm...mana peginya bajet2 tuk kesenangan rakyat kan..tak tahula, kalau blh kita nak semua rakyat menikmati segala kemudahan yg sama rata kan..
apapun..harap nani & kwn2 serta yg merantau cari rezeki kat jauh2 & susah sikit tu bersabar ya..jaga diri..
take care :)
Berkorban apa saje ya Nani....paham sgt keadaan bila dok ditempat yang jauh dari bandar....macam2 yang harus ditempuh ....apa2 pun Nani hebat....bukan sume org yang sanggup mengajar di kawasan luar bandar ni....tabah dan sabar ya Nani...:)
salam kak anna...terima kasih...erm..kalau tengok keadaan jalan kat sini memang sadis...kereta akan cepat rosak kalo selalu duk lalu jalan lubang2 ni...tp nak wat cemane kan...sabar jela...
terima kasih kak...
terima kasih kak cek...bukan juga hebat kak cek...dh memang tanggungjawab kan...kene la jugak bertahan...
hi nani: sy nk cari rumah sewa..urgent...sy org semnjung jgk...HANIFF 0164146515
kalo nani taw...pls sms me...tq..
Saya pun akan berpindah ke sana n mencari rumah sewa,boleh tak pm saya, 0197247992 Abdul Roup
Post a Comment