kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, September 24, 2011

Puding Sagu Kuah Susu

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Asik dok tayang menu diet aje sekarang kan? heheh...Nak tayang jugak la menu derhaka diet sikit. Kalau di sini, bukan main lagi panas cuacanya. Tak larat betol kalau waktu tengah hari tu. Pastu bila sampai waktu petang, hujan dengan lebat-selebat2nya pulak. Siap guruh petir lagi...Kekadang tu rasa bergegar dinding rumah. Eh! Betol tau! memang macam tu. Cuaca di sini agak ekstrem sikit. Kalau dah hujan tu la sy risau tenet x dapat. Ntahla...Berpuluh2 tahun sy tinggal di Pengkalan Chepa, takde pulak masalah tenet kalau selepas hujan. Tapi di sini lain pulak ceritanya. Selepas hujan mesti tenet problem. Masalah kabel la, moderm terbakar la, tiang tumbang la...Ntah mcm2 lagi.

Panjang meleret2 pulak membebel...Point utamanya nak gitau cuaca tak menentu sekarang. Kalau panas, terik betol. Kalau hujan pulak, bersungguh2 dia membasahi bumi..So, time panas2 tu macam2 la sy rasa nak makan. Har tu tak tahu dah nak makan pe. Terus buka kabinet nampak ada sagu. Sagu pon sagu la...Janji leh lalukan sesuatu yang sejuk ke anak tekak. Saya main buat je resepi ni. Kalau ada santan yang dicampur dengan sedikit garam lagi sedap. Tapi sebab takde stok, guna jela susu cair ni.

PUDING SAGU KUAH SUSU
resepi : Nuwairani

Bahan :
1/2 cawan sagu
1 cawan air
1 sb sirap ros
susu cair
air gula melaka

Cara :
  1. Masak sagu dengan air sehingga kembang, tambahkan sirap ros. Kacau rata, tutup api.
  2. Agak2 sagu dah sedikit suam, simpan sagu dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Kalau tak tutup nanti sagu tu jadi kering.
  3. Masak air gula nisan @ gula melaka. simpan dalam peti sejuk.
  4. Apabila nak hidang, cedok sagu tu sikit2 ke dalam bekas, tuang susu cair sejuk, gula nisan sejuk. Kalau tak sempat nak sejuk, letak je ais ketul.
Hihih....sekali sekala makan menu derhaka diet ni apa salahnya. Seb baik berat badan masih menten tak naik. Hihih...Jangan amalkan selalu ye...

14 comments:

quinnie said...

nuni..baru2 ni kita makan puding sagu ni..rasa sedap je makan hat yg org buatkan..hehheheh

Cheq Sue said...

cheq sue ni xleh masuk kalau bende2 yang guna susu cair x dimasakkan dulu...s'thing wrong s'where

Wani Fadhilah said...

sedapnye! ni favourite wani..mmg dok selalu buat masa kat Malaysia..tmbah2 time bulan puasa..manis,lemak berkrim dengan susu cair..hehe

ziraziz said...

ha yg ni akak tau sbb sllu jgk bt kat umah...:P

Amie said...

Assalam Nani cayangggg,
tak rugi datang rumah orang bujang ni.... ada aje dessert yang menyelerakan di sini! lain kali buat lagi ye.... pedulikan itu semua/makan je... hi hi hiii

eppoe said...

weh.. where's ur facebook?

kasihredha said...

akak suka sagu gula melaka ni

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, umah akk pun ada stok sagu bulan pose hari tu, teringin gak nak buat sagu berkuah gini, tapi tak terbuat2 pun lagi huhu

derhaka sekali sekali takapa nani, lagi pula guna susu cair bukan santan heh

Along Maklong said...

nani.. makcik pernah cuba buat ni..
tapi tak jadi macam ni pun.. huhu..
kira tak jadilah..
yang nani punya ni mengancamlah.. sebab merah kut..:)

nuwairani ismail said...

kak Q : makan hak org buat, ape pon memang sedap...

Cheqsue : hihih...kite ni bantai aje segala mende. ikan mentah pon telan aje. sirap bandung pon tak masak susunya... :)

Wani : kak nani pon suke makan ni. Kalau guna santan lagi sedap..

nuwairani ismail said...

kak zira : hihih...pasnii kak zira leh la tayang kat blog. hihih

kak amie : w'salam...hihih....kalo nak datang kene gtau awal2 tau. rumah bujang ni bersepah sikit. heheh

eppoe : deactivate for a while

nuwairani ismail said...

kak kasih : nani pon suke jugak!

kak rosa : tula pasal...derhaka sehari dua, pastu diet balik 4-5 hari...mcm tu jela hidup sebulan dua ni

mak long : kalau letak sirap ada bau ros tu sedap sikit. warna pon cantek

AI said...

- nak mencube ni dr dulu x jadi2 lagi...hehe

nuwairani ismail said...

Al : ini main campak2 je ni...kalau u buat, konfem jadik lah.