kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, June 25, 2011

Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Sebenarnya ni menu minum petang ni...Dalam cuaca yg panas dan tak menentu ni, tekak rasa mcm nk telan kuih2 sejuk aje...Jadi, tengok2 bahan mcm boleh buat puding ni. Resepi asal oleh Firasyira MyR, kemudian sumber drp Nieza, Our Journey Begins dan Mama Olyn. Memang senang nk buatnya.. Amat sesuai utk mereka yg allergi dgn telur tu.

PUDING KARAMEL TANPA TELUR
resepi asal : Firasyira
sumber oleh : Nieza, Mama Olyn

Bahan :

  • A) 2 senduk gula
  • B) 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 senduk gula
  • C) 1 tin susu cair (lebih kurang 400g)
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu vanilla
  • (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara :
  1. Hanguskan gula macam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila dah kaler emas tuang air sikit (sy letak lebih kurang 3 sudu besar) .. pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. - sy tapis dlu adunan ketika dimasukkan ke dalam loyang utk mengelakkan ada buih2 atau ketulan agar2 yg tidak hancur 
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).
boleh dapat 2 saiz bekas yg mcm ni. (sy buta lagi bab saiz loyang ni)

11 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum nuwairani..
akak x perna lg buat versi yg tanpa telur nie.. Insyaallah suatu hari nnt kena buat gak nie... yg x der telur tu yg best tu kan..

Hawa CMS said...

seksi nye puding caramel anda kak naniiiii!!! mintak sepotooonnggg!!

Nuwairani said...

kak diana : Yang xde telur ni for sure lain la rasanya berbanding yg telur. yg ini tak ada rasa hanyir telur. mcm sy ni x leh makan telur byk sgt. + telur dh makin mahal sekarang! heheh...try dlu baru tau rasanya mcm mana. tekstur dlmnya tidak akan bersarang mcm yg guna telur la..

Nuwairani said...

Hawa : hihih...nampak seksi ek? kene pakaikan baju la pasni. heheh...

Unknown said...

wahhh dah sampai sini dah puding ni..cantikla rupanya tu...sedap kan puding ni..akak pun suka...ha panggil akak ke? tak tau sapa tua...nieza thn 79..nuwairani umur berapa?

Nuwairani said...

mmg betol la tu kak nieza...nani baru 26 tahun...muda lagi..ececece...sedap puding ni. lebih2 lagi makan sejuk2.

Nuwairani said...

mmg betol la tu kak nieza...nani baru 26 tahun...muda lagi..ececece...sedap puding ni. lebih2 lagi makan sejuk2.

IXORAROXI said...

kalau puding ni sejukkan dalam bekas /mould yang pelbagai bentuk mesti cantikkan Nuni.

Nuwairani said...

haah kak ixora...kalau ada bentuk lup2 ke, bintang ke, bulan ke, lagi cantik. sy ni perkakas di rumah bujang mmg x cukup...bulat, petak je yg ade...sedey kan? heheh

AI said...

- x yah kukus ye?

Nuwairani said...

Al : puding ni tak perlu kukus sebab puding akan mengeras sendiri dengan adanya agar2 tu.