kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, June 24, 2011

Chocolate Chip Famous Amos Cookies

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Hari tu dh try buat western choc chip cookies resepi Raina  Kali ni nk try resepi lain pulak. Sy ternampak resepi ni di blog Kak Tun Telani. Terliur pulak tengok cookies dia bertenggek. Tengok list bahan2 semua ada kt rumah. Makanya, boleh la try mlm ni. 

CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS COOKIES
resepi : Mr. Namie. com
sumber : NazTun Telani


Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega - sy guna marjerin
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko
* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip
* Secubit garam -sy tak bubuh
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.
biskut feveret cik hosmate!

8 comments:

Yani said...

wah ghajennya cikguu.. pos cni semekut tu barang sekotak 2 boleh? ehehe

nuwairani ismail said...

ha...ni dtg roh rajinnya...kalau dtg penyakit M, tok sah cakap la...rela berlapar lg drp masak..heheh...

Along Maklong said...

nani.. raya lambat lagi.. hehehe..
makcik selalu buat biskut ni time nak raya.. punyalah M, beli tepung yang dah siap mix tulah..

Amie said...

rajinnya orang bujang....untung sape dpt dia...pandai buat biskut heheeeh..(kak amie tak cun buat biskut....)

tun_telani said...

chekgu.. chekgu.. bawa gi sekolah ye.. kalau anak murid rajin wat keje sekolah, dapat cookies ^^

nuwairani ismail said...

Mak long : dah tak sabar nk raya punya kes la ni sebuk buat biskut. padahal bila dh raya, bukannya makan pon...

nuwairani ismail said...

Kak amie : org bujang buat biskut jela dapat..kalau masak makanan basah lain, xde org nk makan, basi kang bazir pulak.. kak amie xpela, rakyat ramai leh pakat2 makan ramai2...

nuwairani ismail said...

tun telani : mmg selalu bawak bekal gi sekolah pon..masalahnya kak tun, belom sempat bg kt anak murid lagi, cekgunya dh prabihkan dlu.heheh