kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, June 18, 2011

Kuih Bangkit Asli (Kehangatan Syawal Semakin Dirasai)

Assalamualaikum...

Sebenarnya semalam lagi dh buat kuih ni. Teringin betol nk makan biskut2 tradisional yg mcm ni. Terus tengok bahan2, ON je! Kalau ikutkan, mudah sgt nk buat kuih bangkit ni. Tapi jarang pulak kan org buat. Takpe, pasni sape2 yg tak pernah buat, boleh la try resepi Kuih Bangkit Asli Kak Besah ni. Untuk percubaan, sy buat separuh adunan je dlu..

KUIH BANGKIT ASLI
resepi asal : Kak Besah MyR


Bahan-bahan ( +- 100 biji )

  • 3 cawan rata tepung ubi -sy guna tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa(tak campur air) -sy guna santan kotak je 
  • 1 cawan rata gula ising. (yg ni utk manis sedang2. kalau nk manis btol gunalah gula halus)
  • 2 biji kuning telur grade B
  • sehelai daun pandan disiat & disimpul
  • sedikit bijan utk hiasan -sy tak bubuh pon

Cara-cara

  1. campur kedua2 jnis tepung lalu digoreng tanpa minyak(sangrai) dlm kuali hingga ringan. lpastu ayak dan sejukkan.
  2. masak santan bersama daun pandan hingga mendidih - ketepikan.
  3.  ayak gula ke dalam mangkuk. campur kan telur lalu dikacau hingga sebati. mula2 memang sukar.. lps tu ok. kacau dgn pemukul telur manual jer hingga sebati.tp, kalau dienjut hingga kembang lagi baik hasilnya.
  4. gaul tepung bersama telur rata2, tambah santan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh. kuihni kena banyak uli. uli dgn tapak tangan macam uli doh roti canai. x mainlah lembut2.. agak2 doh tu boleh di canai ok lah tu. santan x smestinya habis digunakan yer..
  5.  ambil seketul doh, gelek dgn penggelek antara dua helai plastik. celup acuan dlm tepung sebelum menerap kuih. susun atas loyang yg telah dilenser dgn majerin dan ditabur sedikit tepung. setiap kali nk canai & gelek doh kena diuli lagi spaya kuih jd rangup.
  6.  sapu dengan nipis ditengah2 atas kuih dgn putih telur lalu ditabur sedikit bijan.
  7.  bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dulu dgn suhu +- 170c selama 30 mnt atau hingga masak. ikutlah kepanasan oven masing2 yer..

 adunan sebelum dibakar

adunan selepas dibakar. Sy buat terlebih tepung. Jadi, biskut sedikit keras la. Walau bagaimanapun, satu cubaan yg baik jugak. Heheh...(tak cuba, mana kita nk tahu kan?)

13 comments:

Nuridah said...

terasa mcm nak beraya gitu...hehe...dh lama kak nur tk mkn kuih bangkit.

Nuwairani said...

kak nuridah :itula pasal. kene pulak skrg ramai org pose sunat dh. dh mula sibuk2 menempah baju raya.dh sampai mood raya ni..kene slow2 gugel resepii kuih yg nk dibuat.

Unknown said...

sedapnya kuih tradisi lama memang tak muak kalau mkn....diminati sepanjang masa:)

Nuwairani said...

betol...mmg kuih tradisional yg diminati sepanjang zaman.Walaupun guna santan, rasanya tak muak mcm guna butter.tetap sedap dan cair di mulut, chewah!

IXORAROXI said...

cantik nampak kuih bangkit tu Nuni, wahhhh ini dah boleh ambil order untuk raya ni

Nuwairani said...

akak! jangan cakap mcm tu! dulang pertama adalah hangit! heheh...saje tak tayang sbb nmpk buruk! tp yg hangit tu la sedap.hehhe

frisolover said...

nani..nmpak sedap ni...uhuu..terliur ni...
nani,kalu nak beli oven kan.ada tips x?tgk ada mcm2 brand n function,xtau mana satu nk pilih.kak na baru nak start belaja buat kuih.hehe

Nuwairani said...

tak reti nk kata la kak na.kalau jenis yg rajin buat kuih, boleh beli dapur gas yg besar tu je.heheh...tp kalau nk pakai yg letrik, bagus beli yg ada brand sikit.sebab takot jadi pape kan.panasonic ke, samsung ke...

frisolover said...

betul gak..dapur yg sekali dgn oven tu kan.tp kena pilih brand yg ada warranty kot..huhu..azam nak buat kuih ler konon...

Nuwairani said...

bagus2..pasni leh la lepak2 rumah kak ana pulak.dh rajin buat kuih.heheh

drh said...

Saya akan cuba ini resepi

norsadira said...

Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

Haema said...

Kak,kalau xmau masuk telur,blh dak? Alah telur la..