kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Wednesday, November 9, 2011

Petua Melembutkan Daging~~

Assalamualaikum...Salam Aidil Adha kawan2...

Sementara masih lagi musim orang buat korban ni kan, saya nak kongsikan sedikit petua macam mana nak melembutkan daging. Kelmarin, waktu mengagihkan daging2 ke rumah jiran2 tu, saya singgah ke rumah seorang ibu kepada pelajar kami di sini. Kiranya kami ni pun berjiran la juga. Kalau dah jumpa kakak ni, memang rasa macam tak boleh nak berhenti bersembang. Ada saja topik yang dia nak buat bual. Saya ni duk risau Cik Na buat kerja dapur sorang2 di rumah saya tu. Last sekali saya cakap saya dah nak balik, nak masak. Ayat penutup baik punya...Heheh...Tiba2, kakak tu pun tanya, "Tak nak ke daun limau purut? Belakang rumah akak ni banyak" Kalau dah orang ni offer, kita pun ikutkan aje la kan...

Saya pun ke belakang rumahnya...ada sepohon pokok limat purut. Tapi kutip daunnya sajalah. Buahnya macam tak ada pula. Kemudian, kami ke pohon sebelah tu lagi. Ada POKOK SALAM. Kalau di Kelantan kami panggil POKOK SERAI KAYU. Konon2nya di Kinabatangan ni ada sepohon je pokok ni iaitu depan PASTI yang tempat kami sembelih lembu tempoh hari. Rupanya, ada lagi orang lain yang tanam pokok ni. Menurut kakak tu, daun salam boleh diguna untuk melembutkan daging lembu. Kiranya, kalau nak buat sup ke, singgang ke, masa rebus daging tu boleh letak daun ni 2-3 helai. Agak2 dah lembut, boleh keluarkan daun dan masaklah seperti biasa.

Makcik saya pon pernah cakap, daun salam ni ibarat DAUN BAY Malaysia. Barulah saya teringat kenapa orang putih selalu letak daun bay kalau masak daging. Mungkin nak suruh daging cepat empuk kot. Selalunya kalau satu periuk besar tu orang letak 1 helai je daun bay. (sebab harga mahal kot) huhuh...Tapi masa rebus daging untuk buat singgang semalam, saya bantai aje 5 helai. Peduli la situ. Dalam masa sejam begitu, empuk dah daging yang direbus. Kiranya menjadi la petua kakak ni. Kakak ni kata, orang yang tinggal di situ dulu tanam pokok salam sebab dia ada mengusahakan perniagaan bakso. Jadi, kalau ada daun ni, senang dia nak rebus bebola daging tu supaya cepat empuk. 

Selain daripada diguna untuk merebus daging, sebenarnya pucuk daun salam kita boleh racik halus kemudian buat kerabu nasi kerabu. Kalau di Kelantan, memang biasa letak ni untuk ulam nasi kerabu. Kalau di tempat lain, mereka pakai daun selom. Itu lain lagi. Dah tak ori nasi kerabu tu. Atuk saya pula suka kutip pucuk daun salam kemudian cicah sambal belacan @ budu, dan dimakan dengan nasi putih bersama ikan goreng. Memang sedap. Itu lah menu sarapan hari2 atuk saya yang di Sg Buloh sana. 

Selain tu, kawan Chinese saya pun pernah masak di rumah kami. Kebetulan ada daging payau (daging rusa). Jadi, saya minta dia yang masakkan. Caranya, dia perap dulu daging yang dipotong nipis2 dengan soda bikarbonate selama 5-10 minit. Kuantiti tu tak banyak sangat. Mungkin secubit macam tu. Kalau banyak, nanti bau pulak. Kemudian, boleh la digoreng macam biasa...Daging tu memang akan lembut. Cubalah mana2 cara di atas. Manalah tahu boleh membantu...

Cuma sekarang saya ni ada masalah sikit. Ada ke petua nak elak daging terselit celah gigi ye? Tak larat pulak setiap kali makan nak kene floss gigi...Adoi.....


23 comments:

Amie said...

Assalam nani,
kak Amie sebenarnya tak kenal daun salam... he hehhh bila Nani keluarkan gambar baru tahu rupanya dengan lebih dekat...tq Nani.

Unknown said...

Mcm biasa nmpk daun ni kat area Kelantan tp tak ambil kesah pun. Rupanya boleh empukkan daging ye? soda tu pun boleh kalau takde daun kan? maklum la...kat bandar susah nak jumpa, bila jumpa...tak kenal pulak...hehe..

EmbunRosaliza said...

Assalam Nani...tengah2 syok akk baca n3 ni, dah nak sampai ke hujung tergelak akk bila petua tak nak dgg terselit celah gigi heheh, itu la masalah mkn dgg kan.

Oo akk pun tak tau daun serai ni boleh melembutkan dgg, selalu tgk org boh akar betik atau daun macang je, yg soda tu pun akk pernah dgr tapi tak pernah cuba.

Tq nani kongsi2 kat sini

ady said...

as-salam
tq 4 the infor....bagus petua macam ni.

Nuwairani said...

kak amie : w'salam....nani pon baru jugak tahu namanya daun salam. sebelum ni duk panggil daun serai kayu je...

kak zana : memang payah nak jumpa pokok ni kecuali kalau kita tanam sendiri..kalau bab merebus baguslah letak ni. kalau nak menggoreng, boleh letak soda.

Nuwairani said...

kak rosaliza : w'salam...nani pulak baru tahu akar betik dgn daun bachang tu. owh..mana2 jela yang boleh...kadang2 susah nak jumpa bahan tu, boleh cuba bahan lain pulak kan..

abg ady : sama2..saje kongsi2 apa yg kita tahu...itu pon tahu drp org jugak

SITI NOARIZAH ARIS said...

Assalam...suka baca entry petua ni...nk tanya dgg yg di perap b/soda tu lepas perap nak basuh balik ke atau terus je di goreng mcm tu...agak2 masak berkuah mcm kari tu leh ke perap dgn b/soda jugak ?

nOOrsha said...

salam aidiladha nuni.. waa sukenya!~ ade tips!! akak biae bubuh sudu garpu je.. hahaha... len kali blhla cube care nuni lak...

ucubakery said...

ada satu lagi petua nak lembutkan daging yg betul2 power punya..

ni hah..baca betul2 ye nani...
1.ambil sudu@garpu
2.sediakan mangkuk, kemudian masukkan sup daging yg telah masak tadi kedlm mangkuk
3.mulakan dgn bacaan bissmillah
4.seterusnya bermulalah operasi mengunyah@menggigit daging sampai lembut dan haruslah ditelan...Insyaallah kenyang perut tu sampai kemalam...hihihi

Yg kt atas ni info meraban, yg kt bawah ni petua yg selalu ucu guna..
1. bubuh sudu@garpu (besi)
2. jgn bubuh halia terlalu awal...campakkan halia masa sup daging tu mendidih 2@3 kali,insyaallah empuklah daging tu (yg ini petua dari tukang masak kenduri/kendara)

Maaf ye nani gurau sikit2 jer...Selamat Aidiladha..

Nuwairani said...

kak CT : nani buat daging goreng je perap dengan soda tu. kalo kari sellau makcik nani letak sudu besi je.

kak sha : tula...bila dh letak ni mcm2 cara rupenye boleh buat.

ucu : sempat lagi bergurau.hihih....sebelum ni pernah jugak tau pasal sudu garfu besi tu... terima kasih ye ucu

Ros said...

Salam Nuwairani ,

Bagus sangat petua ni...selalunya nak merebus daging ni memang makan masa...nanti Kak Ros boleh cuba petua ni pulak..

IXORAROXI said...

ada cara tak nak daging terselit celah gigi, telan terus!ok ok akak gurau je tau!:)
susah gak nak cari daun salam ni, selalu tu akak campak daun nangka atau pucuk betik, cepat juga empuk daging

H.U.S.M.Y.N.A said...

Ye betul...saya selalu guna cara IXORAROXI pakai daun nangka...memang cepat empuk....

rahel said...

Memang betul kedua2 petua di atas tu Nani...Rahel selalu guna daun salam untuk lembutkan daging,klu takde daun salam Rahel letak sikit soda bikarbonat..memang cepat empuk je daging tu..

Nurul said...

Nani,
tips yg bagus ni, k nurul pun jarang masak daging ni.. tapi kat cni, cam x biasa nmpk daun salam... leh guna tips no. 2 tu..

Wani Sukarno said...

nani.. memang satu kepala ni suka dengan daun salam .. hihi.. x tau la pulak daun salam tu blh nak empuk kan daging ..selalu mak ambil daun nangka tapi bukan nak empukkan daging tapi nak empukkan ayam kg tu .. kan keras hihi .. selalu kalo kak wani buat gulai terbeli daging import m.. makkk aiii susoh bebenor daging tu nak empuk,,, maklumlah daging import huhu...

Zalieda Zaliedana said...

Assalam nani,baguih la tips2 nih,leh la try nanti letak soda,daun salam ni,xpernah nmpak lak..Daging korban mmg byk sgt lam peti tuh..Pasni mmg berderet la menu dari daging n tulang yg klr,hihi..

dZana said...

gud info ni.. almaklum tgh byk stok daging..

Nuwairani said...

kak Ros : memang makan masa. kadang2 risau kalau2 gas dah habis dulu.

kak ixora : nani baru tahu pasal daun nangka tu. tapi dah lama tak jumpa pokok nangka.

husmyna : haaa..itulah...baru tahu jugak ni.

kak rahel : nani posting sabah baru tahu pasal soda bikarbonate tu.

Nuwairani said...

kakk nurul : boleh guna nombor 2 tu. tapi jangan banyak la.. takot pahit dan bau soda pulak.

kak wani : yekan...daging import ni banyak urat2 + lemak2nya. memang kene rebus lama baru empuk tu.

kak ct : w'salam....tula...nani pon belom masuk lagi entry daging ni...sibuk sikit. esok2 la baru masuk.

kak dzana : memang sengaja pon masuk entry ni. kebetulan juga baru tahu pasal ni...

Run Away said...

oh mcm ni....mak sy selalu rebus dengan daun apa tah..sy tak tahu...hekhek...nanti leh guna cara ni juga...;d

Nuwairani said...

yana : daun nangka pon ye jugak kot...

norsadira said...

Nak cubalah..asik tak jadi je buat syok sendiri