kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Monday, April 11, 2011

Homemade Pretz Perisa Keju & Ayam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...
Sebenarnya resepi ni dah lama sy buat. Dah selamat pon semuanya. Tapi terlupa pulak nk kasi masuk entry ni. Tuan punya resepi ni ialah Kak Yani from MyR. Maaf sgt2 sbb xtau blog Kak Yani yg mana satu. Kalau dlm MyR ni, Kak Yani merupakan pelopor bg laman tersebut dan telah menyumbangkan lebih 200 resepi. Dia menetap di negara matahari terbit kerana mengikut suami yg menyambung PhD (ataupun suami keje sana.x pasti sgt). Resepi2 beliau mmg dr pelbagai jenis masakan, drp western, malay, chinese dan x lupe juga resepi masakan Jepun. Bagi sy, Kak Yani mmg mengagumkan. Jadi, kali ni sy cube utk berkongsi resepi Homemade Pretz oleh Kak Yani.

HOMEMADE PRETZ
bahan :
200 g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk gula
100 ml air
2 sb butter cair
3 sb keju parmesan (sy guna keju cheddar)
2 sk serbuk pati ayam @ bilis (sy guna kiub ayam knorr)


cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Canai doh setebal 1 cm.
  3. Potong secara memanjang sehingga habis.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah selama 20-25 minit.
note : seboleh-bolehnya x payah letak garam sebab keju dan pati ayam tu dah cukup masin. resepi sangat mudah, boleh cuba sendiri ye!



No comments: