kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, April 8, 2011

Last Entry UnTUk MALaM Ni....

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera....

Huhuhuh....entry ketiga utk mlm ni...sebenarnya berhabis post semua entry mlm ni jugak tu sebab x sabar nk cite yg sy dh pandai buat inti kari ayam + kentang! Sedap betol utk dimakan ratah rupenye...Sambil2 duk tunggu masakan kering kt dlm kuali, sempat lg amik 1 sudu utk ratah. Memang best la. Kali ni inti pau ni sy ambil dr resepi karipap lagi....kak besah manakala untuk kulit pau tu diambil drp resepi pau kukus kak rahel. Memang maveles la kedua2 resepi ni. 

INTI PAU


bahan :

  • 1/2 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 sudu besar cili kering kisar (kalau nk pedas, tambah lagi)
  • 4 biji kentang - dipotong dadu
  • 8 ketul scallop ayam keju - dipotong nipis2
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1sb gula
  • 2 sudu besar serbuk kari daging - dicampur dengan sedikit air
  • 1 cawan air
  • 2 sb minyak untuk menumis
cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tanda * yg telah ditumbuk halus sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga garing.
  3. Masukkan lagi serbuk kari yg dicampur dengan 2 sudu besar air.
  4. Setelah tumisan agak kering, boleh masukkan ayam dan kentang.
  5. Tuangkan air, gula dan pecah2kan kiub ayam, kacau rata.
  6. Biarkan seketika sehingga kentang dan ayam empuk.
  7. Setelah agak kering, tutup api, boleh sejukkan.

KULIT PAU


bahan :

  • 2 1/2 cawan tepung pau
  • 1 cawan air suam
  • 6g (1/2 paket) yis kering
  • 2 sb gula
  • 40g (1sb butter)
cara :
  1. Campurkan yis dan gula ke dalam air suam sehingga gula larut.
  2. Gaulkan tepung pau dan mentega sambil dituang air campuran yis sedikit demi sedikit.
  3. Uli sehingga doh x melekar di tangan.
  4. Perapkan doh di dalam bekas yg bertutup tuala basah lebih kurang 1 jam.
  5. Tumbuk2 doh dan bahagikan kepada 10 bahagian.
  6. Masukkan inti, dan perap lagi lebih kurang 1/2 jam.
  7. Kukus dengan api kuat selama 10-12 minit.
note : pau yg dikukus dan telah sejuk boleh disimpan di dalam peti sejuk. esoknya, boleh dipanaskan semula jika nk makan lagi.jumlah doh yg dapat adalah agak kurang berbanding jumlah inti. so inti yg lebih tu boleh buat karipap pulak ye!


hihih...nampak gebu kan?

pau saiz kecik, tp nk letak inti banyak2, mmg la jd mcm tu

ni close up inti (beku sebab baru wat kuar dr peti sejuk)

close up sebiji pau dgn inti. sy suke inti yg basah skit2. enak utk dimakan

mmg gebu walaupun dh sejuk.

last but not least,

SELAMAT MENCUBA!

No comments: