kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, April 12, 2012

Kuih Ketayap Pandan

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Sarapan ape ye kawan? Nani ni rasa macam baru nak panas enjin balik je berblogging. Rasa banyak betul story belum masuk sini sejak akhir2 ni. Kalo dulu asik kurang idea aje. Sekarang ni macam tak cukup masa nak bercerita. Tiba2 kita dikejutkan dengan berita pasal gempa bumi yang berlaku di Acheh petang semalam. Marilah doakan moga2 keluarga, sanak saudara, rakan seagama di sana selamat daripada bencana alam itu.

Berbalik kepada sarapan pagi, sebenarnya kuih ni Nani dah buat hari Ahad lagi. Itulah, gara-gara tengok drama TV3 bertajuk NURIN NAJWA tu. Kalau siapa2 ada tengok la cerita tu, mak lelaki (watak utama) tu jual kuih ketayap. Sambil2 tengok drama tu dengan selambanya Nani cakap, "Kan ada kelapa parut lebih, kita boleh buat kuih ni esok". Hish! Cabul betul mulut aku ni ha... Esok betul2 member ni ajak buat kuih ni... Cumanya, inti ketayap ni warna cerah sikit sebab masa tu ingatkan gula melaka dah habis, rupanya tersorok di dalam peti ais. Takpelah, next time buat lagi.

Untuk resepi ni Nani guna resepi Mamakastam dari Myresipi dan Princess Haryati. Cumanya, ada sedikit olahan Nani buat untuk sesuaikan dengan keadaan kami yang tidak cukup bahan ni. Minta halalkan ye Mama & Princess Haryati...Terima kasih atas sumbangan resepi yang best ini!

Olahan : Nuwairani 

bahan :
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan -disimpul
sedikit garam -nani tambah
1 sudu besar air -nani tambah
1 sudu kecil tepung jagung -nani tambah

Cara :
  1. Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan (termasuk bahan2 yang Nani tambah sendiri tu). 
  2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
olahan : Nuwairani

Bahan-bahan ( 22 btg )

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perwarna hijau -nani tak letak
4 cawan air
5 helai pandan -nani tambah
1/2 cawan susu cair -nani tambah
1/2 cawan minyak masak*
3 helai daun pandan*

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis. (nani blend 2 cawan air dengan 5 helai daun pandan, tapis airnya kemudian baru dicampur dengan 2 cawan air lagi dan semua bahan lain kecuali yang bertanda *)
  2. Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian diikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali. (nani guna non stick pan, tapi masih juga sapu sedikit minyak dengan menggunakan cara di atas)
  3. Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan ke dalam kuali tadi dan goyang2kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.
  4. Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
  5. Dah siap..makan..makan..
warna agak kurang menarik sebab tiada pewarna hijau di sini... Tapi apabila blend daun pandan tu, terasa wangi betul kuih ni... Resepi ini diharap boleh menjadi rujukan untuk adik2 Nani yang berada di Sandakan sana. Miss you girls!

26 comments:

ijayuji said...

Salam nani! akak dtg pagi2 nii :D akak tak tengok citer tu lah nani mana ada siaran tu kat sini ehehe...mak akak panggil kuih dadar atau biasa dgr kat kwsn2 sana panggil kuih dadar, atau org jawa ajer yg gelar kuih dadar?? ehehe.. yg pasti kuih yg sama :D

Sheila Shafeareen said...

As'salam hem salah satu kuih yg dah lama akk x buat..hem buat kena lebih intinya..sbb inti kelapa ni boleh buat bebagai jenis kuihkan....sdp buat utk minum2 petang...

Rohah said...

Salam Nuwairani,
Memang enak bersarapan kuih2 org lama ni kan..rajin buat ketayap..

Acik Erna said...

assalam nani..cantik gulungan kuih nani tu..

Mama Ann said...

Cantik nya ketayap Nani..Mama punya pun tak secantik nani buat...haish..tk bleh jadi ni....malu mama kalan macam ni..

quinnie said...

kita pun nak buat kuih ni jugak nuni..hehehhe...tapi tungguuuu dulu...hehehhe

ady said...

as-salam Nuwairani Ira
cantiknye kuih ketayap Nuwairani ni..Ady belum pernah buat kuih ni..bukan apa takut anak2 tak suka mkn..

Wani said...

SALAM NANI..amboi ni mesti pengaruh dari tengok cerita nurin najwa tu kan ki3.. comel la nani buat dadar tu .. x pernah wat lagi kuih ni .. nampak senang .. nape terasa malas sangat nak buat kuih ni hi3

rahel said...

Kuih kesukaan gue..pasti makan banyak klu jumpa kuih ketayap..

Yatie said...

kalau perisa pandan mcm ni mmng harum je..tak perasan dah berketoi2 masuk mulut...he3...

Along Maklong said...

makcik mmng tgh trliur kuih ketayap..
tapi gula merah tak ada.. bila tngok gula merah
kat sini macam tak best je.. kenalah tunggu kakak
maira poskan gula merah baru boleh buat..
jamu mata kuih ketayap nani pun jadilah dulu..
yg bestnya guna daun pandan asli.. mesti harum
baunya kan..

Asmara said...

crepe bak kata omputih, kita melayu mkn dgn kelapa lg sedap kan. hehe..

Nuwairani Ira said...

betul la tu kak kuih dadar...setengah org panggil dadar gulung...sama je spesiesnya tu. masa kecik2 dulu tak tahu nama kuih ni. selalu ckp dgn mak, nak kuih hijau ada intu kelapa bergulung tu. heheh

Nuwairani Ira said...

betol la kak...tiba2 rasa nak makan kuih pau inti kelapa pulak...next time nak buat lah...

Nuwairani Ira said...

rajin tak rajin...kalo x buat, memang kempunan la jawabnya.

Nuwairani Ira said...

yeke acik? pestaim buat ni...heheh

Nuwairani Ira said...

ala..biase2 jela...(malu2 kucing kene puji ni) ahhah

Nuwairani Ira said...

huhuh....mcm sampai je aura kuih ni dekat kak Q. heheh

Nuwairani Ira said...

tu la kan...kalo xde org makan, rasa mcm tak berbaloi nak buat ni...

Nuwairani Ira said...

agak senang jugak la buat kuih ni...bagus try dulu baru tahuu senang ke tidak...ehheh

Nuwairani Ira said...

bagusla kalau dapat jumpa...kalau tak jumpa, kena buat sendiri...heheh

Nuwairani Ira said...

itulah kak...ini pon siap buat gedebab2...makan 2 bijik dah kenyang...

Nuwairani Ira said...

memang betol pon gula merah kat sana tak best...pelik pulak rasanya tu... nak yg tempatan jugak baru best

Nuwairani Ira said...

owh...ini ke crepe? hahah...baru tahu...punyelah duk tengok2 resepi crepe...

zila 4ever said...

salam nani..
esok plan nk buat kuih nie..dh lama x buat..:)

Nuwairani Ismail said...

salam zila...ha...try la buat kuih ni...senang je..nani pon 1st time buat jadi ni..