AKU TAK BODOH…
Assalamualaikum…Salam bahagia…. Hari ni memang BAD DAY sungguh! Macam dah lama tak kena macam ni tiba2 boleh terjadi pulak. Iyalah, kita manusia biasa, memang tidak termampu nak melawan takdirnya… Selalunya kalau Nani ke rumah kawan di Bandar, hari Isnin pagi baru Nani balik Bukit Garam dengan seorang kawan yang memang asal dari Sandakan. Jadi, memandangkan dia ada kemudahan kereta, Nani memang selalu tumpang dia. Selalunya sebelum tidur Nani akan SMS dia untuk remind dia yang Nani akan tumpang dia esok paginya. Tiba-tiba pagi tadi dia cakap dia MC. Kelam kabut Nani bangun, SMS kawan yang seorang lagi untuk tumpang dia balik ke Bukit Garam. Sambil menunggu dia membalas SMS, Nani dengan cepat2 ambil sepasang baju kurung dan bersedia untuk menggosok baju. Dengan tidak sengaja, Nani telah membuat satu lubang sebesar bola golf pada kain yang digosok! Ya Allah! Lagi kelam kabut dibuatnya. Sudahnya baju kurung tu digosok dengan ala kadar je. Dalam hati ni masih lagi berfikir macam mana nak jahit semula kain yang terkoyak….
Malam ni pulak, takde line internet di rumah. Macam biasalah kalau di kawasan MEGALOPOLIS KINABATANGAN ni kalau hujan sikit aje, memang akan mengganggu talian internet dan juga telefon berhari2 lamanya…Sementara menunggu line pulih seperti sedia kala (mungkin akan mengambil masa 3-4 hari) atau paling lama pernah capai 11 hari lamanya, jadi Nani mengambil kesempatan ini untuk menulis entry menggunakan Microsoft Word dulu. Kalau internet dah ok, Nani akan copy n paste masukkan ke bahagian draft di blogger.com. Jadi, entry yang anda sedang baca ini merupakan entry yang tertunggak la ye.
Dalam marah, geram dan sakit hati dengan internet yang tak berapa nak OK ini, Nani cuba untuk mencari sesuatu yang berfaedah untuk dikongsikan dengan kawan2. Selalunya Nani simpan movie @ drama dalam laptop ni untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti yang boleh Nani buat sementara tiada line internet. Kali ni Nani menonton movie Melayu yang bertajuk AKU TAK BODOH! Orang lain dah berzaman tengok cerita ni tapi Nani baru nak tengok. Ya lah, kalau tak tunggu orang download memang tak dapat la. Di Sandakan mana ada GSC @ TGV. Sebagai seorang guru, Nani memang sangat2 menyarankan rakan2 guru untuk tengok movie ini. Begitu juga bagi mereka yang sudah berpangkat ibu@bapa kepada anak2. Memang banyak sangat pengajaran yang Nani dapat daripada cerita ni. Percaya atau tidak, Nani boleh ketawa terbahak2, dan ada masanya menitiskan air mata sepanjang menonton movie ni. Sangat2 berbaloi menghabiskan masa 1 ½ jam untuk movie ni.
Menonton movie ni mengingatkan Nani kepada Ayah di kampung sana. Seorang Ayah memang jarang menunjukkan rasa kasih dan sayangnya pada anak2. Tapi, pada masa yang sama sebenarnya setiap tindakan yang diambil menunjukkan betapa dia menyayangi kita. Beliau memang seorang yang tegas, dan percaya bahawa KETEGASAN MEMBAWA KEJAYAAN (sepertimana pepatah cina yang selalu disebut2 oleh pengetua sekolah kami). Keluarga kami bukan orang yang senang. Nani masih ingat, sewaktu Nani kecik2 dulu jarang sekali kami dapat keluar bersama2 dengan emak dan ayah untuk membeli barang2 persiapan raya. Pernah dulu ayah membawa kami (Nani, Nurul & Peja) ke pasar malam menaiki motor buruk Ayah untuk mencari kasut raya. Kami memang sangat2 memahami keadaan kewangan keluarga yang tidak seberapa. Kami akan memilihh kasut yang murah2 je sebab kesian tengok Ayah. Apabila pulang ke rumah, Peja cakap “Sebenarnya aku bukan nak kasut ni”. Sebagai seorang kakak, memang sangatlah faham kenapa dia cakap macam tu. Yang sebenarnya dia takut nak minta kasut yang mahal. Takut dimarah Ayah. Jadi, apa yang diberi oleh Ayah atau Emak, memang kami menerima seadanya. Paling Nani tak boleh lupa, sewaktu Nani darjah enam, Emak belikan beg sekolah baru untuk Nani bentuk petak segiempat sama dan ada gambar POWER RANGERS. Dalam usia meningkat remaja pada masa itu mungkin agak tidak sesuai kalau menggunakan beg yang ada gambar kartun2. Tapi, Nani tahu Emak cuba berikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dengan beg sekolah POWER RANGERS itu Nani galas ke sekolah setiap hari walaupun ada kawan2 mengejek sebab beg tu besar sangat dan agak childish. Walaupun agak malu, tapi ada aku kisah? Datang ke sekolah untuk belajar, bukan untuk bergaya bagai. Alhamdulillah, dengan izin Allah Nani dapat keputusan 5A untuk UPSR. Apa orang cakap2 tu memang dah tak rasa apa dah. Dengan beg itu juga Nani pakai untuk mengisi buku2 di sekolah menengah. Walaupun belajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), masih juga Nani guna beg tu sampailah rosak. Apa yang kita pakai buruk atau baru, cantik atau hodoh sebenarnya bukan penghalang untuk kita mengejar cita2 dan mendapat kejayaan. Dah kerja macam ni, nak beli handbag COACH pun dah takde masalah. Oppps!
Kenapa Nani bercerita tentang beg sekolah? Sebab jalan kisah Nani dengan kisah budak yang bernama Sudin dalam movie ni agak lebih kurang sama. Bezanya, Nani adalah seorang budak yang baik la kot. Takde nak ikut gangster atau bohsia bohjan macam budak2 lain pada masa tu la. Huhuh… Apa pun, selamat menonton la ye!
p/s : punyalah Nani terfikir2 sebelum tidur semalam movie dalam bahasa melayu apa. bangun pagi ni baru teringat MOVIE=FILEM. huhuh....Sabor jela
11 comments:
salam nani..acik pun baru terkena..nasib baik dibahagian atas kain..jahit je la..tak nampak..sebab dibahagian lipatan kain..
Assallamualaikum Nani..
Iron dah makan kain ye.. Sabar je lah..
Nani, kak Naz masa kecik2 dulu pun cam nani gak. Bukan mudah nak dapat barang dari kedai2.. Kasut raya pun seingat kak naz cuma sekali jer mak belikan sewaktu sekolah rendah. Time akak sekolah dulu, mak pernah belikan beg sekolah bentuk petak gak masa akak darjah 2. Nani tau sampai bila akak guna beg tu. Sampai sekolah menengah nani.. Beg tu mmg tahan lama. Teksturnya daripada kain yg tebal. Akak pula bukan jenis yg cerewet dgn apa yg mak atau ayah belikan. Apa yg dapat, itu yg akan akak pakai sampai dah tak boleh guna lagi.. Tapi itu semualah yg mengajar kita supaya lebih menghargai apa yg ada kan..
ye..ini lah dormmate aku masa form 1 yg rajin basuh kain..;p
kejut aku baca tajuk..ingatkan pasal gapo..n'way, aku pn xpernah tengok citer aku tak bodoh ni..mu cu try tengok cite hoore hoore. best jugok cite tu
Tak pernah tgk lagi citer tu..citer hore2 tu selalu tgk sebab terpaksa sebab anak duk ulang tyg jer.hehe
mmg sakit jiwa raga kalo tenet buat hal..huhu
ni la kalau kauselor dah bercakap...berhabuk abessss.... nak gelak ada, nak geram ada ngan cite nani ni. yang paling tak tahan tu MEGALOPOLIS KINABATANGAN beb... hiiiii
Wah..memang terbaek la ko punya kisah ni cik nani...tapi kan akak belum nampak movie "aku tak bodoh" tu...ehehe...
selamat berpuasa nani... singgah2 jap.. entry pun bleum update .... semput sikit masa time posa ni ...ni first time kak wani dengar sal movie ni... lama dah x layan movie...sedih dengar cite nani ... mengingatkan zaman memori budak2 dulu lak...
salam nani..
rasanya akk pun pernah tgok cite tue..sbb ank rajin bukak..kita masa kecik2 amat2 mghargai pmberian ibu bapa kita kan..sama lh dgn akk..terima jew apa yg ayah kasi:)
Assalam nani, ingatkan kenapa tadi aku tak bodoh hehe.
Akk pernah terkena sekali, masa tu gosok baju raya, nasib baik anak yg kecik masa tu 3 tahun, habis belubang satu lengan heheh....
Akk tak pernah tgk citer tu nani. Memang betul anak2 zaman la ni semua nak pilih sendiri dan ikut citarasa masing2 tak kira poket bapa mereka huhu
tak pernah tengok lagi citer ni...bila baca kisah nuni ni..saya dulu pun org kg...susah juga...tapi zaman sekarang susah nak carik org yg susah cam kita dulu...:)
Post a Comment