kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, July 17, 2012

Tolonglah Remove..Sakit Mato Den! (dengan tutorial)

Assalamualaikum....Salam bahagia...

Malam ni Nani nak buat luahan perasaan sikit. Sebelum ni rasanya macam boleh bertahan lagi tapi kali ni macam dah tak boleh nak tahan2 lagi dah. Nani memang suka BW ke blog kawan2. Tapi, seboleh-bolehnya tolonglah permudahkan ruangan blog anda supaya lebih mesra pengguna. Ada sesetengah di antara kita berkecil hati sekiranya kawan2 tidak meninggalkan jejak di blognya. Pada masa yang sama, kita tidak sedar bahawa ruangan blog kita agak menyukarkan orang lain untuk meninggalkan komen. Kalau yang muda remaja, bermata cerah macam Nani ni Alhamdulillah tidak ada masalah. Tapi, untuk orang yang agak berumur, mungkin susah sikit nak hadap WORD VERIFICATION yang bertulisan ntah hape2 seperti di bawah ini.....
Kalau dulu, huruf2nya masih lagi jelas kelihatan. Sekarang tulisan bersambung2 siap dengan nombor pulak. Dia minta kita buat tu semata2 untuk membuktikan bahawa kita bukan robot! Adeh! Nonsense! Jadinya, untuk memudahkan semua orang, di sini Nani sertakan sedikit tutorial MACAM MANA UNTUK MENUKAR SETTING WORD VERIFICATION bagi pengguna blogger.com...Insyaallah....

Mula2, kita tekan bahagian SETTINGS seperti gambar di atas.

Akan keluar page yang begini. Pastikan anda berada di track yang betul. Huhuh...


Apabila sudah tekan SETTINGS, klik pada COMMENTS seperti di atas.
Anda terus scroll ke bawah sehinggalah jumpa tulisan SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENTS? Ada 2 pilihan iaitu YES @ NO. Jadi, klik sahaja pada tulisan NO. Jangan lupa KLIK lagi pada kotak SAVE SETTINGS di bahagian bawahnya untuk simpan semua perubahan yang kita buat tu.

Jika anda telah mengikut langkah2 tersebut, insyaallah comment box blog anda sudah tidak ada lagi word verification...Dah takde alasan nak cakap TAK RETI NAK BUAT, hokay!

Apabila mengajar orang lain ubah setting word verification, Nani terkenang pada seorang kakak blogger kita iaitu Kak Rosaliza yang pernah ajar Nani macam mana untuk menukar setting comments box kepada bentuk pop-up windows supaya orang lain mudah untuk meninggalkan komen di blog kita juga. POP-UP WINDOWS ini adalah comment box yang berasingan dengan entry blog. Jadi, apabila kita tekan POST A COMMENT untuk entry kawan2 lain, akan keluar box lain. Jadi, dari situ kita taip komen yang mahu ditulis. Ini lebih memudahkan orang lain untuk meninggalkan komen sambil membaca 2-3 entry pada masa yang sama.

Untuk menukar comment box kepada bentuk pop-up windows, anda masih lagi boleh terus masuk bahagian SETTINGS - COMMENTS seperti cara2 di atas. Kemudian, cari COMMENT FORM PLACEMENT, klik pada button POP-UP WINDOWS. Jangan lupa untuk tekan SAVE SETTINGS di bahagian bawah sekali setelah siap kesemuanya.

Sangat mudah bukan? Nani sangat2 berterima kasih kepada Kak Rosaliza kerana mengajar sesuatu yang baru kepada Nani lebih setahun yang lalu dan membuka pintu hati Nani pada hari ini untuk mengajar kawan2 lain juga. Orang kata, tak semestinya CIKGU sahaja yang mendapat pahala menurunkan ilmu. Kita sebagai blogger pun boleh, bukan??? 

Semoga segala yang baik itu dapat dimanfaatkan bersama-sama....

p/s : Dah baca sampai habis kan? Apa kata masing2 semak semula setting pada word verification blog masing2... Nani ajar setakat termampu je. Nak buat ke tak tu terpulang la ye...Sekian...Terima kasih....

21 comments:

tun_telani said...

terbaik! ^^ hehe... akak rasa2nya dh byk kali jugak letak kat status FB kasi hint2 suruh buang verification nih. kdg2 masa hntr komen tu wat 'ps' ckp 2-3 kali send sbb salah taip words. tp xpenah buat n3 khas. hihi..
tp mmg nonsense kat verification skrg, susah gler!

Acik Erna said...

nani..acik pernh 5 kali tak jdi2 tau..tapi dah acik memang suka tinggl komen..sbo je acik mencuba wlaupun sampi 5 kali..di bloga cik atk de kan nani.

kasihredha said...

akak punya ada dok menda nih?
nanti ghoyak neh kalu ado..

sury_masury said...

Dh lama dh remove...uhuuuu

sury_masury said...

Kadang2 i tak kesah sgt pun...mata x rabun sgt ni ok lh kot blh lyn lagi verify tu...:-)

rahel said...

Hem...terbaek la...
Dulu Rahel pernah letak juga benda tu kat kotak komen,tp semenjak Rahel fikir ianya menyusahkan pengunjung maka Rahel pun kasi cabut itu barang..biar senang sikit,tp masalahnya skrg blog Rahel pun dah berat..huhu..tapi kan Rahel pun dah byk kali tekena mcm tu..asik tejumpa benda tu kat mana2 blog...kdg tu susah sangat nak tinggalkan komen..last2 balik dg tangan kosong..hahaha..jadi faham2lah bg yg ada benda tu kat kotak komen...tolong la permudahkan lawatan kami..cerr...

quinnie said...

memang bagus betul entry ni...rasanya ramai yg duk pendam rasa dan pendapat yg sama dgn nani ni...tanbah2 kita yg bz n kejar masa nak bw ni..kena lak WV yg susah giler...sabo je la..kalau line internet slow...lagi la hampeh..dah tulis komen...WV nye tak kuar2 jugak..ate cam ne nak post komen? hehehhe...kalau nak tau kita dulu pun tak tau blog kita ada benda ni...nasib la ada yg bagi tau..sebab tuan punya blog kadang2 tak sedar blog dia ada WV ni...hehehe

kita dulu pun tak guna pop up windows ni...tapi ada org kasi tau guna kotak komen jenis pop ni lagi bagus...bila dah praktikkan kat blog sendiri baru la tau keberkesanannya...:)

Yana Shaiful said...

huhuu..n3 panas nii walaupun kat luar hujan ^^..sblm ni k.yana pun xsedar ada benda WV kat blog k.yana..nsb baik adik Tun gtau..terus dibuang.. rsnya dh xde kot WV kat blog k.yana..klu ada gtau ekkssss..
citer psl pop up windows tringat pulak pd kak Azatiesayang..Kak Atie la yg gtau k.yana psl pop up.. senang keje nk komen mengomen..sayang k.atie^^

Kak Rose said...

Nani, tq soooo much... selama ni x perasan pun yg kak rose pun ys pd wv ni.... adoyaiiiii!!!

dah buang dah pepagi ni. mekasih cikgu!

zila norazila said...

wahhh setuju entry tu nani..akk pun sama suka mgomen tp kdg2 x masuk2 komen kt diaorg..:)

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, akk setuju sangat dgn N3 ni, mmg betul sangat susah sampai 2 3 kali baru boleh komen huhu, tetapi sesetengah org tu dia mmg dh tau WV ni mennyusahkan org utk mengoken tapi dia buat utk keselamatan dari spam, akk kalo tak kerana kunjung balas mmg malas sangat nk ngomen heheh.

Masa tu akk baru kenal ngan nuni bukan nani lagi heheh. TQ nani dengan n3 panas ini,

~~zana@pb~~ said...

akak pun pening kalau ada benda ni, dah la kita ni guna mata empat....terkial2 membaca tulisan tu, kekadang akak tinggal terus, malas nak komen.

Cendana Kasih said...

nyampah kan kalo ada WV ni....tp blog akak mmg takde...

Asyifa Mustaffa said...

mmg patut pn kan...x yah ada bende nie...mmg x "mesra pengguna"...

tambah lgi skrng nie dia ada tambah plak no yg ala2 kabur tu...mmg malas kadang nak komennya....

bayangkan la bila time tenet slow...kita dah syok2 taip komen...pastu bende tu x kuar...mmg menyusahkan !

FnF Simple Life said...

saya bukan robot... saya manusia biasa...hehehe

dZana said...

oh tq my dear... berkongsi ilmu.. akk pun nk buang mende2 ni kt blog akk.. rasa cm dah celik it.. tpi ada byk lagi yg tak tau.. huuu..

lina_pg said...

Terbaik,kak lina kalau blog yg ada verification akan membntutkn niat nk komen.Naik juling nk bc dh la rabun

Hanis MY said...

bagus ada entry ni..ssh nk komen bila ada WV tu uhuhu

ayin~weeweet said...

nen,rindu kau.di mana FB mu huhu

MulutPayau said...

memang susah kalau ada WV ni...nak komen jadi tersangkut...
Ye lah dik, akak dulu pun Kak Rosaliza jugak yg ajar....

Asmara said...

iyer betul. saya beberapa kali jugak komen kat kotak komen blogger tu suruh buang. hehe.. so far diorang aware jugak, kdg diorng pun tak perasan benda ni kan.