kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, July 19, 2012

Kek Lumut DJ Mabeles!!!

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Dah lama Nani simpan resepi kek lumut ni dari blog kak dayang. Bahan2 pun dah lama beli tapi baru berkesempatan nak buat minggu ni. Sebelum ni Nani pernah makan kek lumut yang kawan buat. Tapi, keknya agak basah sebab air kukusan menitik masuk ke dalam kek. Jadinya, Nani tak pernah tahu macam mana rasa kek lumut yang menjadi dan sedap. Dek kerana teringin sangat nak makan, jadi Nani gagahkan juga buat ni hujung minggu baru2 ni.

Mula2 tengok resepi rasa risau juga sebab tiada ditulis baking powder. Jadi, takut pulak kalau kek bantat atau padat. Apabila dah siap, ternyata kek tidaklah keras dan tersangatlah sedap walaupun tidak dimasukkan baking powder. Nak describe tekstur keknya macam mana ya? Waktu mula2 keluar dari kukusan, kek agak lembut dan susah sikit untuk dipotong. Setelah kek dibiarkan sejuk pada suhu bilik dan tiada wap panas lagi keluar, Nani terus simpan dalam peti sejuk bahagian bawah. Esoknya baru potong. Dah sejuk macam tu baru cantik potongan kek. Memang moist dan manisnya sedang2 saja. Aroma daripada butter anchor tu memang wangi betul.

Kalau ada yang bertanya, memang Nani boleh recommend kek ni la. Sedap sangat tau! Sebelum tu terima kasih kepada Kak Dayang kerana berkongsi resepi dan Kak Ita kerana menambahkan lagi semangatku nak buat kek kukus sarawak ni. Jum semak resepinya.

KEK LUMUT
Resepi : Dayang Jack @DapurKuSaYang
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega -nani guna unsalted butter brand ANCHOR (225gram)
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe) -nani guna pandan paste brand nur
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla -nani lupa letak


Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. -nani pukul guna hand whisk je dari awal sampai akhir.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil. -nani guna bekas plastik yang tahan panas dan sedia ada penutupnya (kes takde aluminium foil)
  8. Kukuskan selama 2 1/2 jam. (tambah air panas jika hampir kering).
Kek yang Nani buat tidaklah secantik 2 orang sifu itu. Banyak pulak lubang2nya. Mungkin lain kali kena hentak2 sikit acuan baru dikukus keknya. Tekstur kek yang lembut, moist, memang sedap! Kalau nak potong kek, kena pastikan kek disejukkan terlebih dahulu sebab kek yang disejukkan akan menjadi keras sikit dan senang untuk dipotong. Sekiranya dibiarkan pada suhu bilik pula, kek akan jadi lembut. 

Nani suka kek yang dipotong kecil2 macam ni sebab nanti senang nak makan. Tapi, kalau dah asik ngap masuk mulut tu, tak sedar la pulak berapa banyak keping dah masuk perut ni.

12 comments:

Nazayiena said...

Sedapnya kek lumut,lama dah x mkn kek nie.

tun_telani said...

dh lama pulak rasanya x mengekek. tunggu dekat2 raya dulu baru nk marathon. hihi

zila norazila said...

x pernah lg akk cuba wt kek nie..salin resepi dh lama.masihh keep jew he hehe sedapnya nani..:)cantik jew ijau tue

ady said...

as-salam Nani
cantik warna kek lumut tu.. suka dgn warna hijau..

btw:Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan..

AZLITA AZIZ said...

Assalamualaikum Wani

Waa.. cantik lah warna hijaunya tu..wani, memang nampak sangat ke lembapan kek tu.. terasa-rasa pulak kat anak tekak akak ni..

Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia dari akak

Wani said...

nani .. dah lama dah kak wani x keluar kukusan hihi,,, malas la nak wat kuar ... dah lam tol tinggal sal kek kukus ni...nampak sedap n moist je kek ni ... selamat berpuasa buat nani yang jauh di perantauan .. agak2 sahur apa ya ;p

Zaliedana said...

Assalam nani...kek nih mmg dah lama msk list n insyaallah akn dibuat raya nnti..nmpak pon sgt2 moist..kak ct suka kek jnis moist gini..

Selamat mnyambut ramadhan al mubarak ya nani..mohon maaf segala slh n slp akak ya..

Amie said...

Alamak! Bahaya ni kalau Nani dah kata sedap sangat... mesti sedap ni! Tak sabar nak cuba tapi tak tau bila pulak...
Selamat menhyambut Ramadhan al-Mubarak Nani. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat Nani.

Cheq Sue said...

cheq sue pun nk try jugak kek ni, tapi dok bizi je manjang dan tengok ajer

Acik Erna said...

salam nani..acik pernah sekali but kek cara kukus.rasa macm tak menjadi je he he..tu yang kalau resepi kta kukus..tak berani nak cuba

MulutPayau said...

comel jer warna hijau tu....

Selamat berpuasa utk nani....

quinnie said...

teringin nak rasa kek lumut ni...tapi pakai horlick la pulak...

dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak buat nani ...:)