kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, July 27, 2012

Apabila Kinabatangan Takdok Air....

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Hari ni sedikit stres sebab air takdok kat sini...Selalu macam tu kalau ada projek membetulkan paip di kawasan sini. Masalahnya bukan paip kawasan rumah kami pun. Tapi tak tahulah kawasan mana. Kalau ada paip pecah ke, mesti satu Pekan Kinabatangan takde air tau. Hebat kan? Dalam bulan puasa macam ni ok lagi kot sebab siang hari tak perlu masak. Waktu berbuka nanti boleh beli aje di bazaar (walaupun belum tentu kena dengan selera tekak kite). Tapi yang menjadi masalahnya ialah apabila tiba masa nak mandi, nak solat, nak weewee, nak poopoo...Adeh! Semalam pun minum air kosong siap catu2 lagi sebab takut takde air. Nani ada simpan juga air dalam botol kecil2 senang nak guna untuk wudhu' nanti.

Masalah takde air ni pun selalunya ambil masa 2-3 hari jugak. Kami pun tak sedar bila masa air mula takde sebab ada tangki spare. Sekali, tengok air menitik2 je menandakan air tangki pun dah habis. MasyaAllah... Kelam kabut la menyimpan air yang menitik2 tu. Masa ni la baru tersedar betapa pentingnya nikmat air itu...Harap2 tak lama la masalah ketiadaan air ni. 

12 comments:

Ucu Faridah said...

salam nani....

ucu pulak pagi tadi jem giler kt meru..ingatkan ada accident...rupenye syabas tengah betulkan paip air kt tengah jalan...nasibaik x geram ...(masih dlm keimanan lagi)..hahahaha...

Qhaifa Nur said...

1 hr x de air ok lagi...
2 3 hr memang pening dibuatnya......
biar tak ada api dari x ada air......

Kak Izan said...

alahai.. siannyer... tu la kan kita nie kena beringat2 selalu.. :)

FnF Simple Life said...

Ujian nya lah bila tak de air kan... byk urusan terganggu...takde letrik pun sama gak...hmmm... sabar je laaa banyak2. Kat jepun ni so far tak penah ada masalah terputus bekalan air atau letrik kecuali masa tsunami dan gempa bumi besar tahun lepas. itu pun dia announce siap2 kat TV tmpt2 yg terlibat

tun_telani said...

mmg sgt2 stress bila xde air.. semua sumber air dr tangki ke kt umah nani? kalau umah akak ni, sinki kat dapur straight dr main paip, jd kalau air start slow kt sinki tu, tau la ada prob air. so guna air jimat2 je dan x basuh kain. kalau kat bathrooms baru air dr tangki.

~~zana@pb~~ said...

Selalu mcm tu ye? Kesiannya......takde air ni mmg stress jadinya. Kena pulak org mcm akk ni, kjp2 kedapur, kjp2 ke bilik air.

Yana Shaiful said...

mmg tensen klu xde air..1 ari pun xtahan..ini kan pulak 2 3 ari..menyusahkan tul..nak bt keje umah pun males klu xde air

WawaYuni said...

Mmg stress..xsuka klo xdok air tp ak rsa kta ni immune dh xdok air sjk skolah lg..sbar je la..moga mu cpt2 pindah dr kinabatangan tu..

zila norazila said...

akk paling x suka klu x der air..klu litrik x der x per jgn air x der..mmg myusahkan rasanya..lg2 klu ada ank kecik..kesiankan..

Mieza said...

Alahai siannya nani tak der air..memang stress...nak wee wee tak per lagi nak nak melabur yang besar tu rasa tk puas kalau air tak der...akak pernah gi kerja 1 hari tak mandi..punch in pukul 8..bawa tuala dan baju..masuk toilet opis dan mandi hahahaha

MulutPayau said...

memang tensen kalau tak de air....tempat akak pun sllu trjadi.....

Asmara said...

uwaa.. biar takde letrik dari takde air. hihi..