Wah! Rasa macam kembali bernyawa apabila dapat online semula. Sebenarnya agak sibuk semenjak kebelakangan ni. Tapi, tak nak cerita pasal sibuk dulu. Ada kisah sikit di sebalik tajuk itu. Sebenarnya Nani boleh je online sejak semalam sampai pagi tadi. Memang selalunya kalau Nani ada di rumah, laptop dan tenet akan sentiasa on. Kalau nak keluar rumah, pergi kerja baru offline. Kemudian, jam 7.15 am Nani keluar rumah dan off laptop sekali. Dah balik rumah kira2 jam 11 am terus cepat2 nak online. Sekali, tak dapat.... Tak tahulah kenapa.
Seperti kebiasaan, Nani akan call 100 untuk dapatkan khidmat technician tmpoint secara online. Technician tu pulak cakap macam teragak2 je. Mulalah kita ni naik hangin. Ngam pulak kelmarin ada dapat panggilan dari tmpoint kata Nani tak bayar bil. Punyalah bengang. Gaji masuk 25hb. 27hb Nani bayar online. 29hb dia call bagitahu ada bil tertunggak. Bayangkanlah dalam masa beberapa hari selepas gaji tu memandai pulak dia remind kita suruh bayar bil. Dah le tarikh bil 4hb, tp memandangkan lokasi di Kinabatgan ni tersangatlah 'maju', makanya bil sampai ke tangan kita 20hb. Lambat gilos! Masa tu memang rasa nak mengamuk je...
Ok, berbalik kepada cerita technician tu, Nani siap marah2 dia lagi sebab tak pandai nak ajar. Punyalah gerammmmmm! Tapi disebabkan itu rakaman, makanya dia terpaksa melayan kita dengan baik. Huhuh... Dia cakap akan ada technician yang jaga kawasan datang rumah, repair line tenet tu dalam masa 24 jam! Huh! Tersangatlah lama bagi Nani yang takde TV di rumah, takde kawan, takde tempat hiburan dan tinggal sorg2! Terus, dia jawab memang prosedur macam tu. Report akan dibuat dalam masa 24jam. Adoiiiiii! Kalau bab bayar bil pandai pulak korang ni tepon2 orang, remind suruh bayar walaupun bulan yang lama belum berganjak . Walhal dia tak cek betol2 pun akaun kita ni dah bayar ke belom. Hampeh punye servis.
Dah malas dengan technician yang ini, Nani call semula 100 untuk cari technician lain pulak. Kali ni pompuan yang jawab. Dia pun ada ajar few steps yang lain, tapi masih tak jalan jugak. Tapi cara cakapnya bagus n konfiden tak seperti yang pertama. Then, dia proceed report yang Nani buat sebelum tu. Lebih kurang sejam kemudian ada technician lain yang call Nani pulak. Wah! Hebat betul rasa, siap dorg lagi call kita. Pun masih tak ok jugak tenet. Makanya Nani pasrah jela. Selalunya kalau tenet tak ok ni memang Nani boleh buat kerja2 lain macam menyapu sampah di luar rumah, mengemas, menggosok baju. Setel semua benda.
Lepas isyak tadi terus Nani cuba lagi, memang tak dapat. Last sekali lepak2 rumah kawan jap. Kira2 jam 10.30 pm tu Nani try buat sendiri. Eh?? Dapat pulak online! wohhhhoooohhh! Saya lebih hebat daripada technician2 tadi. Dah dapat online ni rasa kembali bernyawa...Terus semua benda yang nak dibuat rasa seronok aje. Pasni ada technician tmpoint yang tak de keje le kot.. Huhuh...
4 comments:
kadang2 ada hikmah nya juga internet ada problem....dapt menyapu..iron baju dan sebagainya kan :)
gerammmm je kan
susah juga klu xde line internet nie yea,pas tu tv xde dan nak borak2 xde kwn2plak,huhuhu sabar je le.......
asslam nani..dah erjaya..seronok bergnd kan..tamah2 lagi kerja pun dah siap
Bertenang....
Post a Comment