kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Monday, July 2, 2012

Ceramah Di SKJB

Assalamualaikum...Salam sejahtera....

Baru malam ni berkesempatan nak update entry gara2 ada tugasan luar pagi tadi. Hihih....Ada jugak yang terperasan watermark yang Nani baru letak dalam entry sebelum ni. Terima kasih buat Mr. Google sebab susah2 aje siapkan watermark tu. Huhuh...Pasni memang kena rajin2 edit gambar le jawabnya...Seperti yang Nani pernah cakap semalam, pagi ni Nani kena sampaikan ceramah motivasi lagi untuk pelajar sekolah rendah. Kali ni Sekolah Kebangsaan Jaya Baru pula. Sebelum ini guru kaunselingnya pernah jemput berceramah pada bulan 3@4 (dah tak ingat). Tapi masih dalam semester pertama la. Memandangkan Nani ada urusan pada waktu tu makanya terpaksalah ditolak...

Alhamdulillah kali ni diberi peluang dan kesempatan untuk sama2 menyumbang bakti kepada pelajar2 sekolah rendah. Semasa dalam perjalanan, gurunya sudah maklumkan lebih awal bahawa calon2 UPSR tahun ini agak aktif dan agresif. Risau juga kalau budak2 bertanya benda yang pelik2 tu. Huhuh... Apabila sampai di sana, ada pelajar yang senyum2 tengok penceramah. Katanya dia kenal sebab kami pernah menghadiri kursus PRS sama2 di Borneo Paradise tahun lalu. Wah! Kuat betul daya ingatan budak2 ni.

Sesi penyampaian ceramah agak lancar dan budak2 sangat memberi kerjasama. Sungguh tak sangka mereka boleh melontarkan idea dan pandangan yang sangat matang dan menepati jawapan yang kita mahu. Syabas buat guru2 mereka. Macam biasalah Nani buat tayangan video pasal rancangan HAJIMETE NO UTSUKAI yang telah dialih bahasa oleh Mr. Google. Huhuh,...Walaupun agak lucu bahasanya, tapi tersangatlah berkesan di hati pelajar2 tu. Kali pertama sepanjang Nani menyampaikan ceramah di sini Nani boleh tengok budak2 lelaki menangis. Wahhhhh! Harap2 mereka menangis kerana ada kesedaran la.

Terima kasih buat pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan ceramah. Rasanya kalau Nani bertugas di kawasan bandar, memang tak akan pergi ke sekolah2 macam ni untuk bagi ceramah. Tapi disebabkan di sini kawasan kampung dan penerimaan pelajar2nya sangat baik, makanya beranikan diri juga untuk membantu pelajar2 di sini... Harap2 adalah perubahan pelajar2 tu nanti....

12 comments:

eppoe said...

jangakkk die...pink gittew

Cheq Sue said...

hai...kalo kena ke cheq sue xdok nak ceramah2nya... kurang sabar sikit, xde kepandaian berbicara. ewahhhh

kasihredha said...

yg baju pink tu nani ke?
nampak slim...ikhlas :)

Anna Qawina said...

perhh..lawa gitumow cekgu...ni kalo akka ni lagi semangat nak masuk dengar ceramah..nak tgk cekgu lawa..hehe

Pst : canne wat wm tu? buatkan...hehe

Acik Erna said...

assalam nani..tahniah..nani dah berjaya

zila norazila said...

salam syg nani..wahh bestnya bagi ceramah kan..kalau zila bila dh strt berckp mmg x leh brhenti..h ehee:)

sury_masury said...

ayu je cikgu bebju kurung...:-)

Mieza said...

Nani..di sana sekolahnyer berlantai dan dinding kayu ke? akak nampak lantainya dialas tikar getah...itu bilik kuliah ke? Alhamdulillah..walaupun depa tidak ada bilik darjah yg canggih mcm kat semenanjung tapi nampak air muka mereka semua cerdik2 dan bijak2..syabas buat guru2 yg sanggup bekerja keras utk mendidik anak2 ini...sememangnya jasa guru tak akan dilupai...

FnF Simple Life said...

Dapat Nani merasa peluang mengajar dan memberi motivasi buat anak2 bangsa kita yang duduk dikampung jauh dari andar kan...mcm bukan sekolah di Malaysia pun ia jugak...dengan dinding kayu, tikar getah tuu...

Asmara said...

Tahniah Nani, moga apa yg diusahakan dpt membuahkan hasil terutama utk generasi anak2 kita skrg. teruskan usaha sebegini nani. :)

Wani said...

nani... wah dah jadi penceramah jemputan gitu... memang ada bakat untuk bercakap hihi,,seronok tengok budak2 tu ralit dok dengar cikgu bg ceramah... jealous la tengok watermark nani aha!!

quinnie said...

pandainya dia beri motivasi...teringat dulu kalau kat skolah..penceramah kalau best memang segar je mata....hehehe

kita siap google..oo rancangan kanak2 jepun rupanya...:)