kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, July 1, 2012

Ceramah Lagi...

Assalamualaikum....Selamat petang...

Sebenarnya nak masukkan entry ni petang semalam. Tapi dek kerana keadaan tenet yang tak mengizinkan, makanya terpaksalah update hari ni. Punyalah Nani excited nak bercerita semalam tapi apabila dah terbantut ni rasa macam cerita dah basi pulak. Tapi, takpelah kan... Dari minggu lalu lagi dah merancang nak ke bandar sempena minggu gaji ni. Tiba2, ada rakan dari SK minta tolong sampaikan ceramah motivasi untuk pelajar2nya. Dah ada sorang yang minta, tiba2 datang sorang lagi minta buatkan ceramah hari Isnin pagi pula...Kalau setakat minta tolong sampaikan ceramah, Nani memang tak kisah sangat melainkan jika mereka sanggup jemput dan hantar Nani pulang. Huhuh.... Demand betol penceramah ni. 

Mereka ini merupakan pelajar2 dari SK Bukit Garam yang terletak di Pekan Bukit Garam atau lebih dikenali dengan nama Pengkalan. Ini kerana tempat ni berada paling hujung laluan ke Pengkalan dan jalan yang selebihnya merupakan jalan gravel. Jadi, boleh dikatakan tempat ni agak sedikit kekampungan berbanding SK Kota yang pernah Nani bagi ceramah dulu.

Kebanyakan lepasan tahun 6 dari SK ni akan sambung belajar ke SMK Bukit Garam, tempat Nani bertugas. Jadi, berdasarkan pengalaman bersama dengan bekas pelajar dari SKBG ni ada sesuatu yang Nani dapat kenal pasti. Mereka suka dengan guru yang kelihatan cantik dan kemas! Hohoh....Maka dengan itu, beriya betul Nani bangun awal pagi, pakai mekap tebal2. Tapi segan nak snap gambar muke sendiri. Wuhuuu...

Ketika mula2 sampai di sana, mereka baru siap riadah pagi. Ada beberapa orang palajar yang lalu di situ berbisik, "Cantiknya! Siapa itu?" Penceramah yang perasan cantik ni pun senyum sorang2 sambil kembang kempis hidungnya. Huhuh... Mungkin di kawasan sini agak jarang mereka tengok orang yang pakai cantik2 melainkan guru2 di situ. Yalah, nama lagi kawasan kampung. Sebelum memulakan ceramah, gurunya dah cakap awal2 bahawa pelajar di sini nakal2. Huhuh....(mungkin tidak senakal yang di SMK la kot). 

Sesi penyampaian ceramah selama 2 jam diselitkan dengan tayang video dan beberapa keping gambar adik-beradik dan kawan2 Nani yang dah berjaya sebagai sumber inspirasi buat mereka nanti. Pelajar yang memakai tudung kelabu ni menangis di saat tayangan video tamat. Mungkin ada sesuatu yang menyentuh hatinya. Pelajar sekolah ni memang sangat baik dan senang memberi kerjasama sepanjang ceramah berlangsung. Tidak ada seorang pun pelajar yang tidur, bersembang, dan bermain. Masing2 mencatat isi penting yang ditayangkan dan masih duduk dalam barisan. Memang sangat kagum dengan guru2 mereka yang boleh mendidik mereka sehingga ke tahap ini. Sebelum Nani keluar dari dewan, semua pelajar bangun, bersalam dengan Nani. Wah! Rasa macam artis pulak. Huhuh...

Tanda penghargaan daripada pihak sekolah. Sekeping sijil dengan tandatangan guru besarnya.

Tidak lupa juga hadiah hamper bagak macam hadiah cabutan bertuah pulak.

Isi kandungan dalam hamper.....Memang banyak! Hadoi....Jenuh nak perabihkan tu...Oren sunkist tu macam nak kena korbankan jadi BLENDED ORANGE KEK je ni...

Rasanya sepanjang dalam masa 2 tahun menyampaikan ceramah di sekolah rendah ni, kali inilah yang terbaik pernah Nani buat. Tak tahulah kenapa tapi ada rasa kepuasan di situ. Kami sebagai ahli Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Kinabatangan memang ditugaskan untuk membantu guru2 sekolah rendah yang memerlukan khidmat tanpa meletakkan syarat. Sekali lagi rasa bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk mengisi slot dengan ilmu yang tidak seberapa ini. Esok masih ada lagi satu ceramah untuk SK Jaya Baru pula. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar...

6 comments:

Amie said...

Banyaknya isi hamper... meh Kak Amie tolong perabehkan, kan ke Nani tengah diet he he hehh...
Rasanya memang bertambah cantiklah Nani dengan make-up, ditambah dengan badan dah slim ye... minggu depan Kak Amie pula bagi cerah SPM di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, nak make-up2 jugalah hi hi hihiiii

Unknown said...

tahniah cikgu nani, rajin betul dia....mesti ramai yg syg..

Mieza said...

Nani..tahniah akak ucapkan kerana sgt rajin dan berdedikasi mendidik anak bangsa..akak pun tk jamin leh mendidik budak2 kecik..tu yg pilih ngajar di IPT..akak sentisa kagum dgn cikgu sekolah especially cikgu sek rendah sebab susah nk ngajar budak kecil..semoga allah membalas semua jasa cikgu...dan cikgu yg mengajar akak dari sek rendah hingga tamat tingkatan 5..
hamper tu byk sungguh isinya..nak sebiji oren tu nani...masam2 manis sedap!

FnF Simple Life said...

Congrats nani atas kejayaan menyampaikan ceraman motivasi dengan baik...masa nani kat Nihon dulu mesti semua senang ingat nama nani kan...sbb Nani tu dalam bahasa jepun apa... nani kore...maksudnya what is this...apa tuuu... ;)

Mama Ann said...

Tahniah nani...Bukan senang nak jadi penceramah..Nampak budak2 tu pun happy..I'm proud of you..

eppoe said...

KAHKAHKAHKAH!
Ribena pon ado!