kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, September 27, 2011

Menu Diet ~Tauhu Sumbat (versi bakar)

Assalamualaikum....Selamat sejahtera semua....

Aduh...Terasa penat yang amat hari ni sebab kelas penuh 8 waktu (4 jam). Non-stop pulak tu. Tekak ni dah rasa perit sgt2. Tapi seronok jugak sebab dapat mengajar kelas tambahan untuk matapelajaran prinsip akaun SPM pastu boleh bergelak ketawa dengan budak2 tingkatan 2. Diorg pon enjoy je petang tadi main kejar2 dengan sy. Huhuh. Hari ni ada program di asrama. Jadi, ramai guru yang tak hadir ke sekolah. Makanya terpaksalah sy relief kelas mereka + ada pulak kelas tambahan untuk PA. 

Konon2 nak gi pejabat pos pagi tadi bayar bil n setel semua2, sekali dreber tak dpt amik pulak masa tu. Dah terpinga2 tak tahu nak buat apa. Sambil menunggu masuk zohor tu, perut rasa lapar pulak. Teringat ada beli tauhu di pasar baru ni. Apa lagi, mula la operasi buat tauhu bakar ni. Seperti yang diberitahu sebelum ni la...Kalau dah namanya hujung minggu, memang program diet ke laut punye la..Dah masuk minggu baru ni kene la berusaha balik untuk sambung program diet. Ini pon budak2 tingakatn 5 dah sibuk2 ajak gi jamuan kelas diorg hari jumaat ni...adeh....ke laut lagi la jawabnya...

Sedap rupanya makan tauhu macam ni. Tak pernah pulak sy makan tauhu sumbat yang digoreng tanpa minyak ni. Apabila dilumur dengan sedikit garam, memang kene je rasanya tu. Sedap betol! Saya amik idea ni drp Kak Tun. Tapinya sy xdelah mama-in-law yang nak buatkan kuah rojak petis. Jadinya sy makan dengan kuah kacang yang cik hosmate buat. Mula2 nak buat sambal kicap, tapi macam tak sempat je siap dalam masa 10 minit ni. Nampak ada stok kuah kacang, terus panaskan yang tu je...Sedapppppp bangat!!!

  • 5 keping tauhu -nani buat 3
  • Garam
  • Sengkuang -xde stok
  • Carrot
  • Timun -xde stok
  • Tauge

Cara2:

  • Tauhu dilumur dgn sedikit garam (ni supaya kulit tauhu x melekat di kuali), dan bakar atas non-stick pan sampai perang. nk guna oven pun boleh juga. -nani guna non stick pan
  • Sagat atau hiris halus sengkuang, carrot dan timun. Celur tauge. -nani celur tauge sekali ngan carrot. didihkan air, masuk tauge + carrot, agak2 air nk mendidih balik, terus angkat, toskan.
  • tauhu di potong bentuk segitiga dan belah tengah. sumbat inti. compared to goreng, tauhu yg bakar ni lembut sikit, jd berhati2 hati masa nk sumbat inti ke dalam tauhu.
  • boleh hidang dgn kuah rojak petis atau cili sos. -nani tabur kuah kacang ala2 kuah pecal la konon.
alhamdulillah hasilnya memang tidak mengecewakan...sy makan 3 keping yang 3 segi tu untuk lunch, kemudian selebihnya untuk bekal di sekolah. tapi malam ni rasanya macam kene buat lagi sebab sedapppp sangat tauhu ni...terima kasih ye kak tun sebab bagi idea resepi macam ni. lenkali nak try buat sambal kicap pulak sebab kuah kacang ni sedikit berminyak la...

6 comments:

Cheq Sue said...

cheq sue nih...tak tahu lah, dari muda sampai ke tua x brehi2 makan tauhu... tgk macam sedap, kene try jugak skali dih

nuwairani ismail said...

cheqsue : dulu kite pon x berehi jugop...loni suke doh makan...

Juwita Jamaludin said...

nak juga tauhu sumbat nak tah dulu masa mengandung fathnin ni la yang paling suka tau gi pasar malam selalu beli..:)

ady said...

as-salam
sedapnye tahu sumbat..dah lama tak mkn tahu sumbat..

nuwairani ismail said...

kak ita : patutla kulit fathnin cantik aje. rupenya kak ita makan tauhu sumbat. hihh

nuwairani ismail said...

abg ady : ha...apa lagi...pasi leh la buat tauhu sumbat versi sendiri pulak....mesti lagi sedap tu.