kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Wednesday, September 28, 2011

Cerita 3 Dalam 1

Assalamualaikum.....Selamat sejahtera...

alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk beribadat sehingga saat ini...(ayat macam bagus pulak malam ni). Hihih...Saje buat intro baeeeeekkkk punya sebab ada berita gembira dan berita tak berapa nak gembira hari ni...Selalunya sy rajin betol nak update entry dalam 2-3 entry sehari. Tapi sejak kebelakangan ini, blogger.com telah mematahkan semangat sy nak menulis. Ada ke patut 3 entry yang di'publish' pada masa yang berlainan, jauh lagi beza masanya tu, tiba2 keluar di bloglist 3 serentak. Entry pertama tu nak dekat 24 jam baru di'publish' di bloglist. Tak ke sakit hati kalau kene macam tu. Pendek kata kalau buat roti tu, agaknya dah berkulat dulu roti baru orang boleh tengok resepinya...Hishhh...geram betol kan? terus hilang mood nak menulis.

Jadinya, sy gabungkan terus 3 cerita dalam 1 entry ni ha...Kalau agak2 rasa macam menyampah ke, serabut ke, bosan ke, tok sah la baca sampai habis ye sebab ini cerita benar yang lahir dari hati dan naluri sy... chewahhhh! (suke hati sy la kan nak tulis apa pon sebab ni blog sy) Hikhik....Sepanjang hari ni dah 3 orang duk tanya2 sy mana perginya akaun FB sy..Huhuh...Belom lagi campur semalam, kelmarin, kelmarin dulu, minggu lalu...Huhuh...Sy ada alasan kukuh untuk sy deactivate akaun FB buat sementara waktu ini. Mungkin bila dh nak buat jemputan la kot baru activate semula. Apabila tiada akaun FB, rasa diri bahagia betul hidup tanpa gangguan ni. Jadi, di blog inilah sy mencurahkan segala2nya....Chewah!

Cerita pertama bermula di sini......Hari ni kami kena menghadiri 1 seminar kerjaya anjuran Yayasan Sabah dengan SMK Bukit Garam 2. Seriously, sy teramatlah malas nak bangun awal ke sini. Dah lambat2 ke sekolah, sekali kene tinggal dengan kaunselor sorang lagi pulak. Duk melangut kat sekolah kejap, pastu barulah kaunselor tu datang semula ambil sy. Huhuh...Seb baik dia baik hati datang amik sy. Dah sampai sana, macam2 aktiviti & pameran yang dibuat. Salah satu daripadanya adalah fruit craving. Aduhhhhhhhh..... Sungguh terpegun tengok chef dari Asian Tourism International College (ATI) buat...Ralit pulak sy di situ. Sebiji buah tu dia boleh siapkan dalam masa 15 minit je tau! Rasa macam nak menuntut ilmu dengannya sekejap. 


Sambil2 tengok fruit craving tu adalah beberapa ceramah oleh wakil2 IPTS/IPTA yang datang. Rata2nya promote tempat masing2 la. Hmmm.... Di sebelah petangnya pula ada sesi forum soal jawab tentang tajaan/pinjaman pengajian oleh MARA, Yayasan Sabah dan Biasiswa Negeri Sabah. 2,3 hari sebelum ni tuan rumah ada menelefon sy supaya jadi pengerusi forum. Jadi, sy pon on jela. Takdelah nak fikir pape. Sebelum ni memang dah biasa jadi MC pon. Kalau bab mengatur ayat, bercakap di depan, kira boleh2 la sikit. tapi kalau dalam bentuk forum, kita kene beraksi dengan lebih santai. Hadoi, kene pulak dengan orang2 besar ni kan, segan jugak nak bergurau senda. Tapi, alhamdulillah majlis berjalan lancar juga. Tiba2 di penghujung majlis, sy dihulurkan dengan sampul surat ini....


Adooi...tak disangka2 jugak la dapat saguhati jadi pengerusi forum. 1st time seumur hidup jadi pengerusi forum, terus dapat saguhati ni...Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur kerana memilih sy walaupun takdelah bagus sangat bercakap...Hihih....(dengan harapan tahun depan, pilih la sy lagi!)......
Majlis seminar habis lebih kurang jam 2.30, kami makan2 sekejap (hancus program diet) kemudian sy terus ke sekolah memandangkan hari ni ada majlis akikah di sekolah. Sembelih 2 ekor lembu pulak tu. Punyalah sy excited nak makan hati, limpa, paru goreng, sekali sampai sana semuanya dah habes.....Frust tertonggeng2....Bukan senang tau nak dapat makan part2 macam tu yang fresh from the farm ni...Hihih....Yang ada pon kari daging dengan nasik putih je...Sy sedekahkan je nasi tu untuk pelajar yang belom makan (konon2 nak diet). Dah jenguk2 orang buat keje ni, rupenye diorang tengah sibuk2 buat sup gear box. Aduhhhhh! Dah memang rezeki sy. Kebetulan petang tadi dah tak ramai guru yang stay. Tinggal mereka yang buat keje je. Apa lagi, sy pon "menyepa" la sekali. dapatlah makan ini....



Konon nak diet, habih jugak 1 bowl sup gear box ni...aduh....sedapnya....(biaselah, majoriti chef2 hari ni asal dr Kelantan). Kene dengan selera kita la...Tengah syok berpoya2 di surau dengan kawan2 lain, tiba2 dapat panggilan bos suruh ke biliknya...Adeh!!!! (dalam hati, konfem ade keje ni) Tamat cerita kedua....Hihih.. Cerita ketiga...Esok kami ada jamuan raya sidang petang. Main menu adalah laksa johor, kemudian menu sampingan, fruit cocktail, pasta carbonara, mushroom soup, kek lumut, manisan (dessert kaum India). Masalah problem is, kalau la sy ni xde, memang tak jalan la majlis ni...Hish...Dari dulu sampai sekarang macam ni...Cemanelah boss tak cari sy....Pendek kata, kalau sy takde, tak jalan la majlis (ayat bajet je ek! sila jangan muntah dengan statement ni) hihih....Boss suruh atur menu. Bila kita dah atur, dia nak jugak makan nasik..Adeh......Terpaksalah mintak orang lain masak nasik n sedikit lauk...Nak pakai bilik ERT pulak kene buat surat lagik! Sape yang nak kene buat??? Nuwairani jugak....Huhuh....Tak kesah la cemane pon, jangan pulak suruh sy masak lauk sebab sy dah kene masak ni.....


Hish...risau pulak nak masak banyak2 ni. Tak tahulah apa jadik kalau sy yang masak carbonara ni...Jenuh duk sekodeng2 resepi dr MyR. Rasanya ada 2 resepi yang kene dengan citarasa ni...Insyaallah...kita tengok esok macam mana rupenye ye... Banyak nak rebus spageti ni...tak tahulah sempat ke tidak esok. jam 11 dah jamuan...(berdoa dalam hati agar semua yg makan carbonara sy nanti kata tak sedap. nanti diorg tak suruh lagi sy masak mende pelik2 ni)

Habis ketiga2 cerita...macam diari pulak rasanya...Huhuh....satu lagi berita gembira, sy baru dapat SMS daripada travel agent. Katanya, tiket balik hujung tahun sy dah setel! Hihih...Merasalah naik MAS lagi hujung tahun ni...Yahooooo!

17 comments:

Cheq Sue said...

perghhh.... orang penting nih...

tun_telani said...

wahh.. ada org dpt duit laa.. hihi.. wat je akaun FB baruu.. FB mkn havoc skrg ni, mcm2 cerita. hihi... rasa mcm blog pulak yg kurang aktif sbb semua duk cerita2 dlm FB. hihi..
ps: selamat memasak spagetti ^^

Yana Shaiful said...

Dh siap msk spagetti krg jgn lupa pos ke penang ek..dh terbayang dlm otak nii kesedapan spagetti carbonara nani hehe..

p/s: k.yana telan air liur tgk sup gear box tu..dh lama sgt xmkn :=)

kasihredha said...

wah bahan2 dah ready
bila dah masak...pos sini sikit ye

ziraziz said...

akak pn dh brape kali deactivate acc fb...active blk sbb kwn rapat asyik tanya je...

u can do it nani...nani kn suka msk2...hehhe....

kalau akak la, pyh cket nk berckp dpn org..tp kaunselor mst kne pndai 'bercakap' kn...

nuwairani ismail said...

kak tun : huhuh...patutlah senyap sunyi je blog masing2 skrg...

kak yana : pasni masak la spageti carbonara pulak :)

nuwairani ismail said...

kak kasih : bukan pe, takot pos kang, ulat yg keluar dulu...hihih

kak zira : hihih...terkenang kak zira yg comel zaman dulu2...

Along Maklong said...

wow..!! panjangnya cerita..
makcik baca sampai habis.. sebab suka..
cerita pendek kadang2 tak lengkap dan membuatkan hati makcik ni tertanya2 yang kadang2 sampai sudah tak terjawap.. :)

Ida,Japan said...

tak sempat nk singgah sini tadi siang....blog dh ok ke nani...ari tu blog k'ida pun demam gak....design abih berterabur,last2 tukat templete baru...wahhhh dia nk msk pasta carbonara, sekali sekala sedap pekena pasta nihh...k'ida pernah try resepi dr blog k'ummi ....sedapp

Zaliedana said...

Amboi nani,panjangnyer cite,tapi semua kak ct baca,sampai abis tau..Amboi sedapnyer gear box..Bestlah kak da org tuh dpt wet seratus,hehe..Eh da ka plak mnta doa bagi xsedap,org mnta bagi sedap..Selamat memasak spagheti ya..

EmbunRosaliza said...

Assalam nani cerita 3in1, bizi betul cikgu nani ni, alhamdulillah rezeki tu, bestla nani boleh di bawa ketepi n ketengan untung, msk pun pandai, ckp pun berani .

balik kg oooo blk kg itu yg tambah semangat lg tu hehe

Pen Biru said...

salam ziarah..i follow la ye.

nuwairani ismail said...

maklong : kadang2 suke jugak baca cerita org ni...sebab apa yg org alami kadang2 tak sama mcm kite. sekurang2nya rasa bersyukur dengan apa yg ada...

kak ida : nani dh tengok resepi kak ummi. tp bahan tak cukup la...kene buat simple2 je.

nuwairani ismail said...

kak ct : bukan pe...pasni diorg suruh masak lagi...hadoi...penatnya nak masak banyak2.

kak rosa : otak ni dah duk dalam kapal terbang pon...adoi...tak sabarnya nak pulang ke tanah air...

nuwairani ismail said...

pen biru...i pon follow jugak...terima kasih ye...

Juwita Jamaludin said...

bagus nani dapat kena jadi Mc terus tak banyak cakap.. ikut je .. bagus patut bos sayang hihihih

nuwairani ismail said...

berdebar jugak kak ita bile kene mcm tu...hihih