kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Monday, October 17, 2011

Kem Bina Negara Kundasang

Assalamualaikum...Selamat petang....

Adussss....Demam makin teruk pulak. Nak kata tak makan ubat, memang dah makan pon. Cumanya tak ikut masa sangat. Yela, keje tak henti2. Lepas tu kursus pulak. Sebelum pergi kursus hari tu memang dah nampak tanda2 nak demam. Tapi apabila dah berkursus tu, pandai pulak dia ok sendiri. Bersin pon tidak sepanjang berkursus. Tapi, sejak2 balik dari kursus ni makin teruk demamnya. Ingat nak amik MC hari ni. Tapi awal2 lagiak, boss call bagitau ada meeting tengah hari nanti. Mau atau tidak terpaksa jugalah hadir ke sekolah hari ni. Memang tak boleh nak buat kerja2 sangatlah sebab badan dah sakit2. Hidung pon asik berair je... Agaknya sebab perubahan iklim yang mendadak menyebabkan demam makin teruk ni.


Kisahnya, saya berkursus di Kem Bina Negara, Kundasang hari Jumaat, Sabtu & Ahad baru2 ni. Kundasang ni kategori tempat sejuk la kalau di Sabah. Nak kata sejuk macam di London tu taklah...Tapi adalah lebih2 kurang dengan cuaca di Cameron Highland. Cumanya, kalau saya bangun pagi Subuh2 tu takde pulak keluar asap ikut mulut kalau bercakap. Orang2 di sana bagitau, dah 2 minggu Kundasang ni kemarau. Itu pon tetap juga saya rasa sejuk (sejuklah berbanding Kinabatangan yang macam padang jarak padang terkukur ni). Tidur malam pun kene tutup kipas. Air cond tu lagilah tak wujud kat sini. Kalau mandi pulak, kene ada heater. Tapi sebab dah ramai sangat peserta kursus kan, jadinya air shower selalu habis. Terpaksalah mandi air sejuk dari toilet. Bayangkan jela air sejuk macam dalam peti ais kita tu wat siram badan pagi2...Hadoi.... Menggigil2 la jawabnya...


Kursus ni disertai oleh Persatuan Ibubapa & Guru peringkat daerah Kinabatangan. Target dalam 150 orang. Tapi yang hadir tu adalah lebih kurang 95 orang. Objektifnya lebih kepada pemantapan pengurusan PIBG di sekolah2. Banyak jugalah input yang kami dapat sepanjang berada di sini. Penceramah & fasilitatornya pula bukan calang2 orang. Semuanya dari kalangan orang yang berpengalaman dan banyak ilmu. Suka pulak saya ikut kursus ni. Selalunya kalau kita ikut BTN, mesti banyak dia selitkan isu2 politik, menceritakan apa sumbangan parti ini, menfitnah parti itu, mengata orang itu dan ini dan akhirnya kita akan buat kesimpulan sendiri, "Marilah kita pakat2 undi KERAjaan". Huhuh...Tapi dalam kursus kali ini langsung dia tidak sentuh isu yang begitu. Alhamdulillah, memang menepati ciri2 kursus yang saya mahu.


Pada malam terakhir, kami ada aktiviti kembara malam. Masyaallah.... Seram betol la.. Kalau setakat bagi tasks, barang2 amanah, ada checkpoint kene buat macam2 tu tak kisah sangat. Ini, bila sampai satu checkpoint tu dia suruh kami berjalan sorang2 naik tangga 200 dalam hutan, gelap gelita, tak boleh pakai HP. Adoi, nak menangis dibuatnya. Dahlah sebelum mula berjalan tu dia cakap tempat ni "KERAS". Hish.... Yang lucunya, sempat juga saya bagi idea kepada kawan2 lain agar berkumpul di atas tangga kemudian kita jalan sama2. Bermula dengan sayalah naik tangga tu. Sengaja jalan lambat2 sampailah mereka tidak nampak saya. Seminit kemudian baru terjumpa ahli kumpulan kami yang lain. Hihihi...siap ada password lagi tu. Dah jalan sama2 tiba2 ada pulak 2 ekor hantu menerjah kami di tengah2 hutan. Apa lagi, menjerit la kami!. Haih....ada2 aje diorang ni nak kenekan kitorg. Dahlah peserta tu bapak2 orang, mak2 orang, nenek ngan atok orang pon ada. Pendek kata, tua2 la semuanya... Syukur juga lah semuanya selamat sampai ke destinasi.


Pengalaman kembara malam tu memang satu pengalaman yang berhargalah pada saya. Rasa seperti bersyukur sangat dikurniakan pancaindera mata, telinga, kaki yang boleh berjalan, semangat setiakawan, semangat berkumpulan, sifat kepimpinan, serta nilai cintakan negara. Kalau ada lagi, memang saya nak join lagi tu. Rasa tak puas 3 hari 2 malam di sana. Kalau sesiapa yang berada di sekitar Sabah, memang direkemen la Kem Bina Negara Kundasang sebab tempatnya teramatlah cantik, bersih dan nyaman. Kem ni juga merupakan kem paling cantik di Malaysia. Padang kawadnya mengadap Gunung Kinabalu. Serius! Tak puas saya tengok gunung tu hari2...Sangat indah pemandangannya...

Macam Gunung Fuji pon ada tu...Tak dapat bergambar di sana, bergambar dengan background Gunung Kinabalu pon jadilah....

28 comments:

kasihredha said...

gunung kinabalu pong comey jugok...
comey nya pemandange :)

nuwairani ismail said...

meme comey pom....
heheh

tun_telani said...

waaaaaaaaaaaa~~~~~~~~ bestnyerrr!!!!!!! suka! suka!! akak suka gi kem.. btn tu x besh laa, tiap2 ari kene 'brainwash'. huhu.. mmg sejuk sgt kundasang nih. kak tun penah tido semalam, saja gi jalan2 ngan family, nk gi gunung tido dulu semalam. menggigil2 pagi tu.

takutnyer jalan sorang2. kalau akak laa, kompom dah nangis sorang2. haha.. mmg penakut. tiap2 kali gi night walk mesti nk duk tengah2, kemah keming pegang tangan kawan. hihi.. windunyer nk kem cam gini..

MulutPayau said...

seronoknya dapat kursus mcm tu..dah lama akak tak berkrsus...

p/s...rajin2 makan ubat tau..nnti demam tu melarat....

nuwairani ismail said...

kak tun : samalah dengan kite...suke sgt ikut kem mcm ni. ingatkan dah tua2 ni xdela kene join kem mcm ni...sekali ada peluang, apa lagi...memang cepat2 join...

kalau night walk yg mcm ni kire ok lagi lag...pernah dulu ikut kem btn di kem singkir perak, kene owling...duk sorg2 dalam hutan tu. lama jugak lah...adoi....seram sejuk kite dibuatnya...

nuwairani ismail said...

kak MP : terima kasih kerana memperingatkan...kite memang makan ubat...tapi belom sembuh juga ni...kene banyak bersabar la kot..orang kata penyakit ni menghapus dosa2 kecil...

Acik Erna said...

assalam nani..cantiknya pemandangan dengan cuaca yang sejuk lagi.
acik harap nani dah sihat ye..jangan lupa makan ubat.

quinnie said...

sian dia..sakit ye..moga cepat sihat...cuaca kat ipoh pun tak menentu sekarang ni...bila panas tu memang betul2 panas..hujan turun sekejap je....

cik cek said...

Nani....

Cantiknyaaaa....ntah bila nak sampai ke sana....tgk2 gambo je jadila...

p/s...demam dah berkurang ke...take care...jgn lupa makan ubat...

rahel said...

memang cantik pemandangannya...siok juga jadi penduduk Sabah..sesekali mendaki gunung kinabalu...semoga cepat baek ye dik.

Juwita Jamaludin said...

nani cantiknya gunung ni.. seronok ye ada pengalaman duduk dinegeri orang boleh explore banyak tempat... bila la nak sampai sini plak

Pen Biru said...

sempoila tempat ni..cantik gila tu..

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, kalo akk tak mandi dh ngan air sejuuk mcm ais tu , mengigil akk, madi ngan air panas msa g cameron pun terketar2 hehehe.

cantiknya kundasang, sejuk mata memandang, tenang fikiran. rajin2 mkn ubat ya nani

nuwairani ismail said...

acik erna : w'salam...insyaallah..harap2 hari ni sembuh la..

kak Q : tula..kat sini pon sama...kadang ujan, kadang kemarau.

kak cek : meh la datang cni...hihih

nuwairani ismail said...

kak rahel : sy tak pernah lagi naik gunung tu...teringin juga naik sekali..

kak juwita : akak lagi best...dah explore negara orang lagi...

pen biru : tula pasal...x puas duk sekejap je

kak rosaliza : kalo xde aktiviti, memang x mandi dah...tapi ni sebab ada program. tak mandi kang, berbau la pulak.

Ucu Faridah said...

bila lah ucu dpt ke kudasang...

Wattie said...

Assalamualaimum Nani,
Bestnya kalau akak dapat pergi sana, sambil timba ilmu dapat lak jalan2 makan angin, nampak menarik pemandangan kat sana. Suka baca n3 Nani sepanjang kem tu.....lucu ada, seram pun ada

ainnoraini said...

pernah sampai sekali jer kat sane..sejukkan kawasan kat situ...

ziraziz said...

ms akak g BTN dulu mmg xbes.. :P

mcm bes je kt kundasang...bilala nk jejak kaki kt sne...

nuwairani ismail said...

ucu : standby tiket flight je...konfem boleh sampai sini..

kak wattie : jalan2 makan angin memang best la....yg jadi tak best tu sebab kene keje...hihih

kak ain ; sekarang dah tak sejuk mcm dulu...banyak pokok2 kene tebang. kawasan bukit diratakan...

kak zira : seronok tu sebab jadual x pack sgt. yela, yg berkursus semua nenek2 orang, mak2 orang...jadinya dia buat x strict sgt la.

impian dulena said...

seronoknya beriadah cam tuh kan.. tapi bab aktiviti malam tuh , mmg menakutkanlah hehe.. lagi2 cam akak nie yg mmg penakut...

apa-apa pun semoga cempat sembuh dr deman... :D...

nuwairani ismail said...

alhamdulillah sihat sudah kak...

memang seronok ikut program @ kursus mcm ni...cumanya, diorg suke nk takot2kan kite dgn cerita macam2 tu...hadoi...

Run Away said...

best nyer....tapi belum berpeluang nak g mcm ni....;d

nuwairani ismail said...

run away : air asia kan ada....hihih...booking tiket awal2...boleh la datang sini...

||ina dinzly|| said...

wahhh!!menarik jah tempat ni. dan sungguh nyaman =)

nuwairani ismail said...

ina : nyaman yg amat la..sampaikan nak mandi pon tak sanggup...sejukkkk

Syima Emi said...

subhanallah nani. cantiknyo gunung kinabalu... mmg cantik gilaaa...

nuwairani ismail said...

memang cantik, syiema...kalau ada peluang, pegi la sana...