kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, October 16, 2011

Kesibukan Yang Melanda ~Lawatan SMK Batu Sapi

Assalamualaikum...Selamat sejahtera...

Apa khabar semua ya? Seriously, rasa lama betol tidak mengadap lappy ini untuk berblogging. Kesibukan yang melanda menyebabkan rasa sedikit tertekan + cuaca yang tidak menentu, makanya berlakulah kemerosotan kesihatan. Entry terakhir yang saya post adalah pada hari Rabu baru2 ni. Itu pon sebab wordless, jadinya tak perlu nak berkata apa2...Segala komen kawan2 pon saya tak sempat nak reply...Sepanjang saya tiada entry baru pon, tetap juga ada pengunjung blog yang bertandang ke sini. Terus memberi satu semangat kepada saya untuk update entry pada malam ni juga walaupun sedikit kepenatan kerana baru pulang dari kursus Biro Tatanegara jam 6.30 petang tadi. 

Memandangkan hari Khamis baru ni ada lawatan dari SMK Batu Sapi, Sandakan ke sekolah kami. Saya bersama beberapa orang guru lain stay di sekolah sehingga jam 11.15 malam. Mujurlah ada beberapa orang pelajar asrama yang datang membantu kami berkemas segala apa yang patut. Tujuan lawatan dari SMK Batu Sapi tu adalah untuk membuat satu penanda arasan dalam aspek pengurusan unit bimbingan & kaunseling, bilik2 MPV, pengurusan aset & stor serta unit asrama. Mereka datang untuk berkongsi ilmu dan membawa balik ilmu yang ada untuk dipraktikkan di tempat mereka. Bukan juga saya kata sekolah kami ini adalah yang terbaik, tetapi kami cuba lakukan yang terbaik untuk membantu mereka di samping kami pon dapat juga belajar sedikit sebanyak daripada mereka tentang apa yang kami tiada di sini...

KENAPA TERASA BEGITU BERMOTIVASI BETOL MALAM NI BUAT ENTRY YANG SKEMA NI YE??? (iklan jap)

Seperti dalam kebanyakan majlis, sayalah yang selalu menjadi juruacara sepanjang majlis berlangsung. Boleh dikatakan hampir setiap wakil unit dari SMK Batu Sapi berpuas hati dengan apa yang kami persembahkan untuk mereka..Bukan main lebar lagi senyuman tuan pengetua kami apabila mendapat pujian berbakul2 daripada guru2 SMK Batu Sapi. Kami menganggap itu semua adalah satu semangat dan motivasi kepada kami untuk terus maju pada masa2 akan datang. Terasa berbaloi segala usaha dan persediaan di saat2 akhir untuk menjayakan program ni. Sempat juga saya menyediakan satu pamplet unit kami untuk diberi kepada tetamu yang datang berkunjung ke bilik kaunseling kami yang tidak seberapa itu. 

Segan juga sebenarnya saya mempamerkan address blog peribadi ini pada pamplet unit bimbingan & kaunseling. Tapi apakan daya, ini sahaja yang termampu dilakukan. Selepas ni kena lebih banyak masukkan entry berbentuk ilmiah la nampaknya...Huhuh....Dah penat bercerita, layan jela gambar2 ni...

sempat menguli donut ball untuk diberi kepada pelajar2 yang membantu..

mereka berehat seketika menikmati donut ball

pelajar yang bertugas untuk mengecat tangga. mereka buat kerja sampai jam 3 pagi tau!

majlis dibuat di pusat sumber je

geng2 kerani yang khusyuk dengar ucapan pengetua

cenderakenangan daripada pihak SMK Batu Sapi

sebahagian guru2 dari SMK Batu Sapi

Pengetua berucap dengan penuh semangat, memperkenalkan sekolah kami kepada guru2 SMK Batu Sapi

sebahagian guru2 kami yang berada di dalam majlis

kami bergambar di dalam bilik kaunseling

khusyuk menyedut segala fail2 yang berkaitan. heheh

Eh? dah habis ek? huhuh...nak tidur dulu...dah tak larat sgt...badan rasa lemah2 je...esok kite bw ke tempat kawan2 ye...(itu pon kalo larat) 

16 comments:

Kak Sam said...

Selamat beradu. Esok banguna terus berusaha yea

rahel said...

Selamat malam Nuni...mimpi yang indah..

Along Maklong said...

hari2 dok tertanya2.. kemana gerangan si nani ni.. rupanya tengah bz.. ok selamat beristirehat ye..

sekadar satu coretan said...

Slmt mlm...mimpi yg indah2...

kasihredha said...

sibuknya nani..
masih muda, misti work hard..
chayokkk

EmbunRosaliza said...

bz rupanya, ptt la swenyap sunyi je.

wahida said...

gud job!! selalu jadi MC yer..hebatnya...

Nuwairani said...

kak sam & kak rahel : terima kasih...alhamdulillah rasa sedikit ok dah bangun pagi ni...tapi masih selesema lagi...harap2 esok lusa ok la tu..

mak long : huhuh...tula, kalau dah bz sangat memang badan rasa nak rehat2 aje...tak larat nak ngadap mende2 ni sume

kak ain : terima kasih...

kak kasih : disebabkan masih muda la banyak keje yg kene buat...

kak rosaliza : nak post entry pon tak sempat. sebab rasa macam masa yg ada ni bagus rehat2 je dulu...sekarang baru boleh ngadap mende2 ni semua

kak ida : biase2 je..buat setakat yang termampu je...

Mieza said...

Cikgu..kalau kalau jamu sy makan donut ball mcm ni hari2 pun saya sanggup tolong cat sekolah cikgu! hehehe

tun_telani said...

morningggg!!! eh, dh nk tengahari rupanya. arini mendungg je, xsedar dh tengahri. akak pun br semalam update since rabu. musim demam. huhu..
fuuhh.. siap cat tangga tuuu.. mmg dasat la. hihi... tp bila pkir2 mesti seronok kan, wat kerja beramai2.
ps: x aktif lagi ke FB.. meh laa wat FB baru. hihi..

Hanis MY said...

seronok pulak baca, rindu sekolah, dulu pernah praktikal sekejap je, masa sekolah menengah suka lepak bilik kaunseling walaupun bukan pergi mengadu saje borak2 dengan kawan time cikgu kaunseling takde hehe...

Amie said...

Nani memang ada bakat sebagai pengacara tau... mesti ada kelebihan pada diri Nani, apa orang kata sekilas ikan di laut sudah tahu jantan betinanya... he hehehh

moga terus sukses dalam profesion keguruan yang semakin mencabar....

MulutPayau said...

selamat beristirehat yer dik...

Nuwairani said...

kak mieza : memang itu je yang termampu dibuat...heheh

kak tun : macam tak sempat nak wat mende lain lagi lah...insyaallah nanti2lah baru aktif semula FB tu..

hanis : hihih...ingatkan lepak kat bilik kaunseling tu sebab nak bersesi..sekali bersembang dengan kawan rupenya..heheh

kak amie : k.amie ni bercakap mcm pernah dengar je suara nani jadi MC. huhuh...insyaallah akan terus berkhidmat untuk anak bangsa dan negara...

kak MP : terima kasih banyak2 ye kak...

Run Away said...

tengok donat time2 gini teringin ar...nunite...;d

Nuwairani said...

nunite :)