kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, October 30, 2011

Bahrin Brothers & Takraw Tournament

Assalamualaikum....Selamat petang...

Kebetulan pulak semalam ada jamuan kelas cik hosmate. Jadi, saya join la sekali. Beliau masak lontong. Saya pulak buat kek gula hangus. Malas nak tayang resepi sama ulang2 kali kan...Boleh tengok resepi di SINI ye. Entry kali ni tak nak cerita pasal makanan sebab ada mende lain yg saya nak tayang...Sebenarnya nak jugak snap gambar2 makanan yang depa bawak masa jamuan tu. Tapi segan.....Budak2 tu pulak budak2 pagi. Saya kureng2 sikit kalau budak pagi ni. Sebab jarang berjumpa kan...Tak rapat sangat...

Dah habis jamuan tu saya beredar ke bilik guru...Sekali, ada takraw tournament rupenya. Tapi untuk budak2 kelab sepak takraw jela. Sebelum ni saya langsung tak pernah nak amik port kalau pasal sukan takraw ni. Tapi, bila tengok budak2 ni main, rasa seronok pulak. Hebat rupanya budak2 Bukit Garam ni main. 

Antara aksi2 di akhir pertandingan penentu tempat ketiga dan keempat...

Dah tak ingat sape yg jadi juara penentu tempat ketiga dan keempat ni...Tak ambil port sangat masa ni

Kalau badminton ada jaguh anak2 Sidek, ini anak2 Bahrin pulak beraksi... Gandingan mereka bertiga memang sesuai betol. Dari kiri : Afif, Fikryi, Hafiy...Pernah bertanding sehingga ke peringkat Bahagian Sandakan. Dengar2 cerita, bapanya pon memang jaguh jugak.

Game FINAL pon bermula...sorry...gambar tak berapa nak sharp sikit sebab movement tu memang cepat.

Sejujurnya saya tidak pernah tahu peraturan game ni. Macam mana pemarkahan diberi dan sebagainya... Tapi saya sangat2 enjoy tengok diorang main...

Afif baru nak warm up...Awal2 main asik angkut je di net.

Fikryi buat servis dengan penuh gaya...(alamak! macam mengulas sukan pulak).
Fikryi tu baru form 2 tau. Dia ni kire macam atlet harapan sekolah kalau acara balapan. Setakat 100m, 400m, lari berpagar, memang dialah juara di Kinabatangan...

 i love this one!!! sangat2 seronok dapat snap gambar mereka berdua ni...Kalah kamera DSLR (ayat memujuk hati). Hujan dah mula turun. Selalunya gelanggang agak licin. Tapi diorang teruskan juga bermain. Masih berani buat aksi2 macam ni..Cikgunya pulak gerun tengok...dan...pemenangnya semestinya Bahrin Brothers...

Saturday, October 29, 2011

Saje Suke2.....

Nak jiwang2 jap...
This is 1 of my feveret song since 1998, saya masih form 1 masa tu. 
Saya bukan jenis orang yang suke dengan lagu sebab orangnya hensem ke hape...
Kalau dah lagu tu kan, tak kesah la muke org tu mcm mana kan...
Suke sangat2 dengan setiap bait lagunya tu...Macam kene betol! aduh!
Tak caya dengar la sendiri...
oooppps! btw, saya tujukan lagu ni untuk........
u know who u r.....

Friday, October 28, 2011

Baked Macaroni

Assalamualaikum....Selamat sejahtera.....

Dah hari Jumaat rupenye...Rasa macam baru je cuti. Esok cuti lagi....Lagi seminggu lebih nak raya haji...Kali ni masuk kali kedua lah saya beraya kat sini. Tapi ingat tahun ni nak buat korban. Rasa macam tak lengkap je beraya kalau tak tengok orang sembelih lembu. Serius! Di kampung kami memang setiap tahun buat korban. Tak pernah miss tengok orang sembelih, melapah lembu...Paling suke kalau dah sampai part perut2nya tu...hihih... Kita tutup jap cerita pasal lembu...

Semalam saya ternampak ada baked macaroni di blog adik manis kita, nonierahman...Hadoi...cukup terliur... Sebenarnya telur di rumah tak berapa nak cukup sebab konon2 nak buat kek esok. Tapi dah lapar + tak tahan sangat, jadi, teruskan aje buat menu ni. Senang dan sedap...for those yang suke keju, susu, pasta, daging la kot sebab tu antara bahan2 utama yang menyedapkan lagi masakan ni. Jadikan, izinkan saya mempamerkan resepi adik nonie di sini ye...


RESEPI : baked macaroni

bahan-bahan
  • 300g makaroni di rebus
  • 500g daging cincang 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan susu segar
  • 1sudu teh lada sulah
  • 1 sudu besar mix herbs -nani guna oregano & parsley
  • 1 kiub pati ayam
  • 4 biji telur
  • mix vege-nonie guna capsicum merah dan kuning. -nani guna button mushrooms
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • sosej -nani tak bubuh
  • 1 sudu besar cili kering kisar -nani tambah
  • 2 keping keju kraft singles -nani tambah
cara-cara
  1. panaskan minyak,tumis bawang merah dan bawang putih yg telah dikisar.
  2. masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak,
  3. masukkan lada sulah, serbuk kari, mix herbs dan susu.
  4. masukkan mix vege, kuib ayam dan makaroni, gaul rata
  5. tambah garam jika kurang masin.
  6. tutup api.masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau.
  7. masukkan macaroni ke dalam loyang dan taburkan keju.
  8. bakar selama 30 minit dengan suhu 170 darjah.
very the moist, sedap dimakan dengan sos cili...umpphhh! ini la dinner, breakfast, lunch saya hari ni...pasni sebulan dah tak makan macaroni. hahah..

Thursday, October 27, 2011

Glemer Ke Orang Makan Spageti???

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....Memandangkan lagi 3 minggu nak balik bercuti kan, jadinya tengah berusaha keras menghabiskan makanan basah yang ada. Bukak fridge semalam tengok ada lagi sikit daging hancur. Kene fikir jugak nak kosongkan peti sebab nak isi daging korban pulak nanti. Kebetulan pasta pon ada lagi separuh paket, kuah bolognaise pon ada, mushroom ada, kire on jela.Tapi, hari ni bukan nak tayang resepi ye....Tapi ada cerita sikit di sebalik spageti ni.

Masa saya belajar dulu pernah kami bercerita tentang betapa kami suka makan spageti. Saya dan seorang kawan lagi la. Kemudian, datang pulak seorang hamba Allah ni cakap, "Aku tak paham betol la dengan orang yang suke makan spageti ni. Suke sebab rasa sedap ke atau sebab nak glemer?" Terus saya terdiam seketika. Kemudian terfikir balik, glemerkah orang yang makan spageti ni? tak penah ada pulak orang makan spageti sampai masuk majalah ke, masuk TV ke...Tapi tula kan, pada pendapat saya lah...Kalau tak suke dengan makanan kegemaran orang lain pon tak perlulah nak kondem orang sampai macam tu sekali. Ko tak suke ko diam2 jela. Kalau cakap tak suke pon tak kesah lagi. Ini macam nak kutuk2 orang pe hal pulak kan? 

Ecece....pestaim letak mende tulisan gitu atas gambar. Testing...testing...heheh....Jadinya, tu jela nak cerita... Saya ni pon ada jugak beberapa makanan yang tak masuk di tekak saya. Tapi saya takdelah nak kutuk2 rezeki macam tu. Sape2 yang suke makan ulam ke, budu ke, takdelah pulak kita nak kutuk dia ni kampung ke apa kan...(saya pon makan mende2 tu, feveret lagi!!). Tapi maksudnya lebih kurang cenggitu la...Apa yang kita suke, kita makan. Apa yang tak suke, duk diam2....Sekian cerita spageti....

Sekarang kita masuk cerita tart nenas pulak. Ini pon kisah pasal orang mengutuk makanan feveret saya jugak. Haihhh...Pantang betol den! Dulu2 masa belajar jugak la ni...Abg saya hantar tart nenas untuk saya kiriman daripada mak. Mak memang tahu saya suka makan tart nenas. Tapi masa tu dia bukan buat sendiri. Dia beli je yang jenama LENO tu. Takdelah sesedap yang mak kita buat kan, tapi kire sedap jugak la sebab masa tu tengah takde duit. Bersyukur jela dengan apa yang orang bagi kan....Kemudian, boleh pulak kawan saya tu cakap, "Ko makan ke tart nenas? Eeeeiiii, aku tak suke tart nenas. tak sedap, manis sangat!" Hello!! ada aku kesah ke ko suke ke tidak??? Tapi tu hanya terkeluar dalam hati jela. Di mulut tak berani nak cakap. Kang tak pasal2 putus kawan pulak kan..

Tapi memang begitulah peél saya dari dulu. Kalau orang kutuk saya ke, mengata apa2 ke kan, memang saya diam aje. Malas nak cari pasal dengan orang. Nak dijadikan cerita, satu hari tu saya tidur. Kemudian, dah terjaga malas pulak nak bangun. Tiba2 nampak kawan tu pegi ke meja saya, ambil tart tu penuh tangan. Oooo...Mencurik ye! Tapi saya diamkan aje. Malas nak besar2 cerita. Hamboi2...dulu kemain lagi ko kutuk2 tart aku, pastu ko curik tart tu time aku tidur...banyak cantek!!! Lucu pon ada. Kalau nak, cakap jela nak. Tak perlu nak kutuk2...Haiyyyaa...ini macam orang pon ada ka???

Huhuh....Saje2 cerita kisah2 dulu...Ntah ke mana la kawan2 tu sume...Harap2 sehat la ye...Kalau terbaca entry ni buat2 tak tahu jela ye...Hihih....Pengajaran buat yang lain2...Lenkali kalau bercakap tu hati2 sikit. Jangan nak ikut sedap rasa je nak sakitkan hati orang...Saya ni pemurah orangnya...Tak perlu kutuk2, cakap je nak konfem saya bagi punya...Hihih....PEACE... NO WAR!

Wednesday, October 26, 2011

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera...

Bosan betol cuti hari ni. Ingatkan nak pergi bandar, tapi takde orang nak bawak la pulak. Pastu melepak kat rumah jela. Lepas asar tadi ajak Cik Na datang buat kuih cara. Sebenarnya kalau orang tanya pasal sukatan kuih cara ni saya tak reti nak cakap sebab mak ajar, main agak2 aje. Katanya kecairan adunan lebih kurang macam roti jala. Kalau orang yang tak pernah buat roti jala tu lagi lah tak tahu macam mana kepekatannya kan? Jadinya, tadi saya try la sukat2 bahan2 yang digunakan. Mak kata, kalau cukup rasa lemaknya, adunan memang tak melekat pada acuan. Tapi sebab malas nak panjang cerita, saya sapu jugak minyak pada acuan tu. Untuk bakar kali pertama dan kedua memang kene letak minyak ye. Kalau tak letak nanti melekat. Lagi satu kalau guna santan ori memang xde masalah melekat pada acuan. Tapi kalau guna santan kotak, selalunya melekat. Jadi, gunalah santan ori. heheh

KUIH CARA MANIS
resepi asal : Bonda
olahan : Nuwairani

Bahan :
3 helai daun pandan
1 cawan air
2 cawan santan sederhana pekat
2 biji telur A
2 1/2 cawan tepung
1/2 sk pewarna hijau
1/2 sk garam
*gula untuk inti
*minyak untuk gris

Cara :

  1. Blend daun pandan dengan air dan tapis airnya.
  2. Campur air pandan dengan santan, kacau sebati baru masukkan tepung sikit2.
  3. Pecahkan telur, kacau dalam adunan tepung.
  4. Masukkan pewarna, kacau sebati dan perasakan dengan garam.
  5. Blend adunan, tapis dalam jug.
  6. Panaskan acuan cara, gris dengan sedikit minyak.
  7. Apabila acuan sudah panas, tuangkan adunan ke dalam semua lubang dan masukkan gula pasir lebih kurang 1/4 sudu kecil ke dalam setiap lubang.
  8. Tutup acuan dengan penutup atau tudung periuk, tunggu sehingga 4-5 minit baru angkat.
  9. Ulang sampai habis.
Saya buat adunan ni boleh dapat dalam 40 biji juga. Jadinya, boleh balas bekas jiran sikit, bagi dekat kawan sikit. Sukenya tengok anak dia makan. Tak sangka pulak anak dia gemar makan kuih ni. Lenkali boleh buat lagi.

Tuesday, October 25, 2011

Wordless Wednesday Part 19 - Akan Lake

Bendi Celur + Sambal Belacan

Assalamualaikum...Selamat petang....

Asik2 tengok gambar ulam je kat dalam blog Kak Amie tu. Teringin pulak nak makan mende2 macam tu. Tapi tanak makan nasik. Makan ratah saje bleh? huhuhu...Memang diratah pon ni...Mak aih...sedapnya.... Meleleh2 air mata terkene kepedasan sambal belacan ni...

Sambal belacan ni nani buat simple2 je. blend cili merah + cili api sikit + cuka + asal limau nipis + belacan bakar. Kemudian tambah tomato dadu dan perasakan dengan garam & gula . Bendi tu pulak nani celur dulu kemudian baru potong serong. Dah macam tu, makan aje cenggitu...Kesedapan adalah bergantung kepada sambal belacan yang kita buat tu la ye...

Tak tahu nak bercerita pasal apa. Cumanya di sekolah tadi ada peristiwa tahun lalu yang berulang kembali. Minggu ni budak2 masih exam. Tengah saya menjaga kelas tu, tiba2 ada bunyi suara budak perempuan berteriak. Apa ek dalam bahasa melayu? Ohhh...ingat dah...MENJERIT. Terkejut la jugak. Dalam pala otak saya ni terbayangkan ada ular ke, atau binatang pelik2 masuk dalam kelas. Sekali, guru di kelas sebelah tu panggil saya. Rupanya ada sorang budak perempuan kelas tu yang kene rasuk. Siap menangis2 tendang2 meja kerusi lagi..Haih....

Dah setahun lebih takde kes macam ni. Tiba2 datang balik....Hmmm....harap2 la hari khamis nanti xde dah. Bukan apa, kelas budak tu dekat dengan bilik kaunseling. Kalau datang angin dia macam tu, memang kami angkut ke bilik kaunseling. Pastu, haku la yang seram2 kalau duk sorang2 nanti...Haihhhh...Kene pulak kalau dengar dia mengilai tu....hadoi...tak tidur malam dibuatnya...(cikgunya punyalah penakut). Tapi itulah, nak percaya pon payah, taknak percaya pon memang benda2 macam tu wujud...

1st Anniversary Giveaway ~ila_cheqsue

1st anniversary GA cheqsue
Assalamualaikum.....Pertama sekali diucapkan tahniah kepada Cheqsue kerana telah berjaya mengusahakan blognya selama setahun dengan jayanya ~ cheqsuechekgu.blogspot.com

Sesaje gatai tangan nak nak join GA yang cheqsue buat ni kan...Jadinya, i try my best lah!

syarat 1 : peserta mesti dari kalangan blogger masakan. saya ni kire golongan tu la jugak kan walaupun entry merapu2 tu banyak aje. huhuh
syarat 2 : buat entry pasal GA ni dan sepotong slogan (memandai jek)
"Saya rekemenkan cheq sue untuk cuba ..... Kek Gula Hangus Widad
(erk! resepi orang lain pon takpe kan? kite takde resepi best2 pulak.)

Pancake Mayonis

Assalamualaikum....Selamat pagi semua!

Sarapan apa ye pagi ni? Nani sarap pancake dengan blueberry jam je. Jenuh duk pikir nak masak pe. Last sekali bukak blog Mapin Lover, sape lagi kalau bukan Kak Izah Daut.... Ntah nape la boleh terfikir nak godek2 blog kakak Ampang yang sorang ni. Hihih...Tak tahulah angin ribut mana yang datang, tangan ni ringan aje nak cari sesuatu di sana...Jalan punya jalan, singgah punya singgah, last sekali hatiku terpaut pada Pancake Mayonis resepi Kak Hana....Jadinya, tak larat nak cakap banyak, layankan jela pancake ni. Resepi di'C&P' dari blog kak izah....



PANCAKE MAYONIS
Resepi : Kak Hana
Bahan :
  • 1 1/2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh (tsp) baking powder
  • 3 sudu besar gula caster (tbsp)
  • secubit garam
  • 60g butter - dicairkan
  • 1 cawan susu segar
  • 2 biji telur saiz XL (59g)
  • 1-2 sudu besar mayonis 


Cara membuatnya :

  1. Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.
  2. Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder.
  3. Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur, juga mayonis. mix menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.
  4. Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.
  5. Gunakan non stick pan and api sederhana, masak pancake seperti biasa.
ampun....sedikit terhangit pulak...biasalah kalau buat keje sambil2 buat mende lain... Huhuh..

suka sangat pancake ni sebab 1st time saya buat pancake yang gebus gebas macam ni.. tak caya, try la buat...memang berbaloi2...

Monday, October 24, 2011

Puding Roti Sos Kastard (adaptasi donut)

Assalamualaikum...Salam bahagia....

Terasa diri ini bahagia pulak hari ni...Huhuh....Oklah, mesti semua dah bosan duk tengok gambar Yorkshire pudding yang tak jadik tu kan...Haaaa...Kali ni nak tayang puding roti sos kastard pulak... Kalau nak tengok Yorkshire Pudding versi menjadik tu nanti2 lah. Tunggu mood naik dulu. Biasalah, kalau buat mende yang tak jadik ni mula la xde mood nak buat lagi. Tapi selalunya memang saya akan buat sampai jadik jugak tu...

Pasal puding roti ni pulak, kebetulan hari tu ada buat donut 1 adunan. Jadi, sebab saya tinggal berdua je dengan cik hosmate, banyak pulak donut yang lebih...Tapi sebab sayang nak buang, jadinya saya masukkan dalam bekas, simpan dulu dalam peti. Esoknya tu rasa macam nak makan benda lain. Kalau donut tu memang dah takleh nak sumbat la...Muak pulak kalau dimakan selalu. Jadinya saya search la resepi puding roti yang paling sedap dan senang. Akhirnya terjumpalah resepi Puding Roti Sos Kastard oleh Maya Zakry dari MyResepi. Tak rugi cuba resepi ni. Memang sedap...

Tak larat nak salin balik, C&P je dari Myresepi...Halal ye...

Puding Roti Sos Kastard
sumber : Maya Zakry, Myresepi

Bahan-bahan ( 1 happy family )

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5) -nani ganti dengan donut (dicarik2)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional) -nani tak guna pon
  • 1 s/b buah pala *(optional) -nani tak guna pon
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepung kastard
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam.
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastard dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.
Haaaa.....Jadinya, kalau ada roti lebih ke, yang dah nak expired ke, donut yang tak habis dimakan ke, jangan buang tau! Tak elok membazir sedangkan bahan makanan tu masih boleh dimakan lagi...Tapi kene rajin sikit la nak modified supaya jadi mende lain. Huhuh...

can't you see the kuah yang meleh-leleh tu??? Aduh....terbayang2 lagi...sebenarnya kalau buat puding roti ni kita boleh tambah sendiri kismis ke, choc chip ke, cherry ke supaya rupa lebih menarik dan yang paling penting, rasanya sedap...Adik saya (eppoe) ada bagitau, chef di tempat dia study dulu ajar, kalau puding roti ni tak semestinya kene serve sejuk2...boleh juga kita hidang dalam keadaan panas @ suam. Kalau ada yang pernah makan puding roti di hotel2 kan, memang dihidang suam2...sedap jugak tau! saya pon makan yang suam2...Balance yang tak habis tu baru masuk fridge. Hmm...pasni leh cuba tau!

Sunday, October 23, 2011

Yorkshire Pudding Tak Jadik!

Assalamualaikum...selamat petang....

Mencik tau! Konon2 nak balas piring jiran sebelah, pastu terliur tengok orang lain buat yorkshire puddding, haku pon nak buat jugak...Sekali gigit, rasa macam lempeng! Haishhhhh! Ni mesti kes terlebih tepung... Malas nak letak resepi lagi sebab tak jadik...Huhuh.. Last sekali, semua haku telan aje...Seb baik buat 1/2 adunan je. Sabar jela...Layan jela gambar pudding yang tak jadik ni...

lepas bakar, kemaen lagi dia kembang...pastu tunggu la kot2 ada lubang kat tengah, sekali rata pulak kejadiannya...Seb baik dapat 8 bijik je...Boleh jugak telan2...Kalau banyak, dah jadi makanan cik tong dah rasanya...

Makan dengan jem blueberry...sedap jugak (ayat memujuk hati). yang sebenarnya jem tu la yang sedap...puding ni keras sebab terlebih tepung. Esok lah baru try buat lagi...Huhuh....

Saturday, October 22, 2011

Jom Ke Pasar Tamu!!!

Assalamualaikum....Selamat petang....Pagi tadi saya sepatutnya ke sekolah sebelah sebab ada kejohanan relay (apekebende ntah) yang lari berganti2 tu... Tapi kemalasan yang amat, rasa macam kalau tidur lagi bagus (buruk perangai punye cikgu). Lebih kurang jam 9 pagi, Cik Na sms saya ajak ke pasar tamu. Apa lagi, ON jela! Jam 10 pagi siap2 terus bonceng motor ngan dia gi pasar tamu. Tak jauh pon dari rumah kami. Lebih kurang 2km la. Kalau di semenanjung, dikenali sebagai pasar tani. Tapi, di sini kami panggil pasar tamu. 


Memandangkan di Kinabatangan ni takde tempat hiburan, takde shopping complex, makanya di pasar tamu la menjadi tempat anak2 muda melepak, window shopping bagai...Cuba u all bayangkan jela macam mana pasar tani yang ada jual2 ikan, sayur, barang2 dapur boleh jadi tempat yang meriah untuk budak2 sini.. Kalau saya sendiri, ntah berapa kali je ikut mak gi pasar tani. Itu pon kene paksa sebab mak tak larat nak heret barang banyak sangat. Tapi berbeza dengan budak2 remaja di sini. Di pasar tamu lah tempat mereka berkumpul dengan kawan2, datang dengan pakaian berfesyen, siap ada bermekap2 lagi. Kalah cikgunya tau! Sebenarnya takde apa juga nak dibeli di pasar tamu ni. Bukan apa, sekarang dah jarang masak. Tapinya, cikgu pon nak enjoy jugak di hujung2 minggu. Huhuh...Enjoy di pasar tamu pon jadi la....

Cik Na teringin nak makan kerabu mangga. Jadi, kami beli mangga RM2=6 biji + tomato. Satu ikat tu ada lah dalam RM3.

ooopps! Ternampak jari pulak. Biasanya sayur2 macam tu satu longgok RM1 je tu. Kalau ada pasar tamu memang harga murah. Tapi kalau pasar biasa, beza separuh!

Ini pulak nangka muda. Teringin nak makan nangka masak lemak. Tapi saya x reti nak masak! huhuh.... Lenkali la ek. Saya belajar masak dulu. Yang ini satu ikat = RM1.50 je...Murah kan??

Inilah namanya ikan bolu. Katanya orang semenanjung panggil ikan susu. Tak tahulah betol ke tidak. Tapi rasanya lebih kurang ikan terubok sebab banyak tulang.

Macam2 lagilah yang dijual di sini. Bila saya limpas kawasan ni ada bau semerbak gitu...Ha....ce teke, bau apa tu ye??

Ini pulak udang kertas. memang fresh lagi...harga RM17 sekilo. Tapi kami beli setengah kilo je... Bukan pe, banyak sangat kang tak habis jugak...Kepalanya saya blend, buat kuah rojak petis lagi...Stok yang hari tu dah 2 minggu habis...

Orang sini panggil ikan kayu. Orang semenanjung panggil ikan tongkol, orang kelate panggil ikan aya... RM7 sekilo. Punya lah besar ikan ni...Tapi saya jarang beli. Macam pernah 2 kali je kot...Ntah nape tak minat sangat ikan ni...Agaknya sebab isi keras kot...

Hasil masak2 hari ni.... Sayur pucuk paku masak lemak, kerabu mangga siam, bendi celur, ikan kembung goreng. Paling tak boleh tinggal, sambal belacannya tu...Aduh....satu mangkuk, amik ko! 2 minggu makan pon tak habis lagi ni....Pedas menyengat betol! Tapi sedap....Baru je turun 1 kilo pagi tadi, terus naik balik 2 kilo gara2 sambal belacan tu...

Kuah rojak petis yang sempat juga dibuat tengah hari tadi....Sedapnya....

Inilah benda yang harum semerbak tadi...Buah kuinin...ke buah bachang? selalu tertukar dua jenis buah ni... Mahal ko......RM2 sebijik! Hanya SEBIJIK hokay! Tapi sebab dah teringin sangat nak makan, layankan jela RM2 sebijik pon...Sempat juga saya beli 2 bijik. Naseb baik buahnya elok aje...Takde yang buruk2 pon. Manis pulak tu. Itu pon saya cicah jugak dengan kuah rojak petis... Alhamdulillah.... Setel bab makan hari ni....

Friday, October 21, 2011

Sakit ke putus cinta...?

assalamualaikum...

tiba2 terfikir pulak pasal ni...sebenarnya dapat berita pasal sorang kawan yang tengah bersedih2 sebab putus cinta...dah lama tak hadapi situasi ni sejak2 dah keje ni. Yela, orang kata budak2 je yang bercinta ni. orang yang dh keje, ramai yang dah kawen. dah jarang2 sekali dengar pasal ni. ada jugak kawan yang turun sampai 10 kilo masa putus cinta tu. kalau ikut pengalaman sendiri, rasa macam tak berapa nak ingat sangat dah macam mana sakitnya tu putus cinta. tapi masa tu (tahun 2003) saya memang kurus, cengkung, berat badan turun dari 52->45 kilo. seingat saya tu la berat badan paling ringan yang pernah dicapai sejak2 bergelar remaja. sekarang dah tak remaja, tu pasal berat pon dah macam tong.

tapi paling diingat masa tu jiwa rasa kosong sangat. masuk kuliah pon macam dah tak nampak apa2...tapi saya memang kuat masa tu. setitik air mata pon tak keluar. tapi itu la, hati menangis tak siapa yang tahu...tu pasal sampai makan berat badan. masa tu baru2 je nak belajar pasal kehidupan. tapi ditinggalkan la pulak. masa tu la baru nampak betapa dunia ni luas rupanya... selama jadi awex orang masa tu saya tak nampak sapa2 pon. lepas terkena mcm tu la baru nampak muka pelajar2 lelaki kolej yang hensem dan saya terfikir lagi, kenapalah sebelum ni saya macam buta betol..tapi x sangkut dengan sapa2 pon dalam tempoh tengah frust tu sebab masing2 tengah nak kejar pointer. kalau teruk, nanti kene repeat tahun di matrix. hadoi....tak larat dah nak study mende sama yang menyerabutkan pala otak tu. dapat result masa tu pon cukup2 makan je, frust menonggeng punya pasal kan...

pada masa tu, kawan2 di sekeliling memang main peranan. diorang banyak jaga saya, guide saya, temankan saya di kala tengah bersedih...hmm...kenangan betol la...kami suka main badminton masa tu...setiap petang kami ke dewan, main badminton. ada 6 buah court di situ. 1 daripadanya kami guna dan 5 court lagi diconquer oleh jejaka2 hensem kolej. sambil2 tu sempat lagi usha2... tapi sekadar suke2 jela. tak pernah terfikir pulak nak mengorat ke hape... tak cukup dengan main badminton waktu petang, kami main lagi waktu malam di padang tepi hostel. jam 3 pagi dengan baju tidur duk main badminton... erm....bukan tu aje..banyak lagi keje2 gila yang kitorang buat sama2...agaknya kalau saya tengah frust lagi sekarang ni, ada tak kawan2 saya yang nak buat keje2 gila mcm tu lagi ye?

Bendi Goreng Pedas

assalamualaikum....selamat pagi! 

Masak apa utk tengah hari ni ye? dah 2 minggu rupenye beli bendi ni. tak sedar pon. nasib baik rupenye elok lagi... orang kata rangup lagi. dah terfikir2 nak masak apa. teringat pulak dengan kak tun yang suke makan bendi ni. apa lagi, selongkar la dapur dia... terberkenan pulak dengan bendi goreng pedas ni. nani buat makan ratah je konon2 tak nak makan nasik la. tapi, serius la..lepas makan ni cepat lapar... kene makan mende2 lain pulak. heheh...

kalau nak tahu apa khasiat bendi ni, boleh tengok di blog Tun Telani Life Is Constant Battle ye... Gigih betol dia cari pasal bendi ni...


Bendi Goreng Pedas
resepi: tun_telani

Bahan2:
  • 10 bj bendi- basuh dan potong serong
  • 1/2 bj bawang besar- mayang *nani guna bawang merah yang ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih- ketuk
  • 1 sb cili giling *nani guna 5 biji cili api
  • 1 sk sos tiram *nani tak bubuh ni
  • 1 bj telur
  • garam
  • 1 sudu ikan bilis (tumbuk sekali dengan bawang n cili) *nani tambah

Cara2:
  • Tumis bawang dan bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan bendi dan sos tiram. Gaul2. masukkan sedikit air jika perlu.
  • Ketepikan bendi kat tepi kuali, dan pecahkan telur kat tengah2. biarkan seketika baru di gaul. 
  • Perasakan garam.
  • Siap! blh makan ngan nasi atau ratah2 je mcm tun =) *nani pon ratah je!
ada sapa2 berkenan ke? huhuh

Thursday, October 20, 2011

Lama2 muak pulak makan ni....

Assalamuaaikum....Selamat sejahtera....

Hadoi.....sejuk betol di luar sana...Sekarang ni hujan dah makin awal... Belom sempat lagi jam 2 petang, hujan dah turun...Kalau dulu biasanya tengah2 malam @ waktu maghrib hujan beria2. Sekarang makin awal pulak. Jadinya, kalau dah balik dari kerja ni mula la rasa mengantuk, nak mandi pon sejukkkkk....Aih... Rasa macam dah lama betol x publish entry masak2 ni.. Bukan apa, kalau dah sakit demam ni takde mood sangat nak masak beria... Makan aje apa yang ada di rumah... Itu pon x berapa nak selera sangat...


Hari tu ada rasa teringin nak makan spaghetti carbonara.. So, try la buat 1/2 tin kuahnya tu... Itu pon jenuh nak perabih...Hadoi.... Resepinya saya amik dari SINI je. Resepi ulang2 la kirenye ni... Cumanya kali ni letak sayur salad ni dan saya guna pasta jenis angel hair. Aih...sedap rupenye makan pasta yang ada sayur ni. Sebelum ni asik letak cendawan je... Honestly speaking, saya lagi suka spaghetti bolognaise berbanding carbonara ni. Kalau kuah bolognaise kita tak rasa muak. Malah tak reti nak kenyang pon kalau makan. Kuah carbonara pulak rasa muak pastu kalau makan sikit pon dah tak abes...ok, pasni dah tanak beli kuah carbonara...Huhuh.... 

Wednesday, October 19, 2011

Saya sedar blog saya ni sekadar di pinggiran...

Assalamualaikum....salam bahagia...

Alhamdulillah hari rasa seperti sihat betul. Dah xde terbersin macam 2-3 hari lepas. Batuk2 pon dah ok..Selesema pon dah hilang...Syukur sangat2 atas kurniaan nikmat kesihatan yang tidak ternilai ini... Terima kasih atas keprihatinan kawan2 mendoakan kesihatan saya.. Memang betul la orang kata... Duit boleh dicari, kalau hilang pon boleh diganti...Tapi kalau dah sakit, duit berjuta2 pon rasa tak bernilai (ye ke??? $$$$). Tu bagi orang yang sakit kronik la kot.... Walau apa pun, semuanya adalah kehendak-Nya... Sakit tu hanya ujian kecil sahaja...Jadi, sentiasalah berdoa semoga dipulihkan kesihatan seperti biasa.

Oklah, habis intro malam ni...Huhuh....Berbalik kepada cerita asal.... Baru pagi tadi saya tengok jumlah follower blog ni 148 orang. Tiba2 balik dari sekolah, dah kurang jadi 147 orang pulak...Haih.... Mane hilangnya yang 1 orang lagi tu ye??? Apabila saya bermuhasabah balik..... Yela.....saya sedar blog saya ni sekadar di pinggiran je (ingat balik lagu Fran). huhuh... 

Orang lain snap gambar cantik2 pakai DSLR, saya snap pakai kamera canon yang dah berusia 3 tahun lebih dah...
Orang lain deco kek pakai whipping cream, saya deco kek pakai marjerin je... 
Orang lain buat hiasan blog meriah2, saya main amik je apa yang ada... 
Orang lain ada resepi gempak2, saya pulak main resepi campak2.... 
Orang lain sebuk bercerita pasal anak2, saya sebuk bercerita pasal anak buah...

Memang sedar diri la blog ni tidaklah sehebat blog2 lain. Tak menarik untuk dikunjungi... Tak reti nak buat ayat bunga2 bagi orang baca...Tapi, ini jela yang saya mampu buat... Huhuh....Yela, kadang2 terkecik hati la jugak kan.... Kite bukan main lagi tinggalkan pesanan di blog dia, tapi dia tak datang singgah pon blog kite (ayat merajuk habis dah ni). Ingatkan dia sibuk ke, sakit ke, apa la kan.... Tapinye bile kite tengok blog orang lain, adalah pulak komen2 dari dia.... (ayat mencari pasal dah ni).... Ke sebab saya ni selalu bagi ayat menyakitkan hati orang ye...? Urmmmmmm... Takpelah, pedulikan saja yang 1 itu kerana ada 147 lagi di sini... Apa pon, saya bukan nak menagih simpati ke apa...Dah memang adat la berkawan... Ada yang suke dengan kita, ada yang tak suke... Terima kasih kepada 147 orang yang masih kekal di sini... Nanti2lah saya buat entry gempak2 sikit. 

Life Goes On!!! Hip! Hip! Hurray!!!  

Wordless Wednesday part 18 - Pelangi Petang

Monday, October 17, 2011

Kem Bina Negara Kundasang

Assalamualaikum...Selamat petang....

Adussss....Demam makin teruk pulak. Nak kata tak makan ubat, memang dah makan pon. Cumanya tak ikut masa sangat. Yela, keje tak henti2. Lepas tu kursus pulak. Sebelum pergi kursus hari tu memang dah nampak tanda2 nak demam. Tapi apabila dah berkursus tu, pandai pulak dia ok sendiri. Bersin pon tidak sepanjang berkursus. Tapi, sejak2 balik dari kursus ni makin teruk demamnya. Ingat nak amik MC hari ni. Tapi awal2 lagiak, boss call bagitau ada meeting tengah hari nanti. Mau atau tidak terpaksa jugalah hadir ke sekolah hari ni. Memang tak boleh nak buat kerja2 sangatlah sebab badan dah sakit2. Hidung pon asik berair je... Agaknya sebab perubahan iklim yang mendadak menyebabkan demam makin teruk ni.


Kisahnya, saya berkursus di Kem Bina Negara, Kundasang hari Jumaat, Sabtu & Ahad baru2 ni. Kundasang ni kategori tempat sejuk la kalau di Sabah. Nak kata sejuk macam di London tu taklah...Tapi adalah lebih2 kurang dengan cuaca di Cameron Highland. Cumanya, kalau saya bangun pagi Subuh2 tu takde pulak keluar asap ikut mulut kalau bercakap. Orang2 di sana bagitau, dah 2 minggu Kundasang ni kemarau. Itu pon tetap juga saya rasa sejuk (sejuklah berbanding Kinabatangan yang macam padang jarak padang terkukur ni). Tidur malam pun kene tutup kipas. Air cond tu lagilah tak wujud kat sini. Kalau mandi pulak, kene ada heater. Tapi sebab dah ramai sangat peserta kursus kan, jadinya air shower selalu habis. Terpaksalah mandi air sejuk dari toilet. Bayangkan jela air sejuk macam dalam peti ais kita tu wat siram badan pagi2...Hadoi.... Menggigil2 la jawabnya...


Kursus ni disertai oleh Persatuan Ibubapa & Guru peringkat daerah Kinabatangan. Target dalam 150 orang. Tapi yang hadir tu adalah lebih kurang 95 orang. Objektifnya lebih kepada pemantapan pengurusan PIBG di sekolah2. Banyak jugalah input yang kami dapat sepanjang berada di sini. Penceramah & fasilitatornya pula bukan calang2 orang. Semuanya dari kalangan orang yang berpengalaman dan banyak ilmu. Suka pulak saya ikut kursus ni. Selalunya kalau kita ikut BTN, mesti banyak dia selitkan isu2 politik, menceritakan apa sumbangan parti ini, menfitnah parti itu, mengata orang itu dan ini dan akhirnya kita akan buat kesimpulan sendiri, "Marilah kita pakat2 undi KERAjaan". Huhuh...Tapi dalam kursus kali ini langsung dia tidak sentuh isu yang begitu. Alhamdulillah, memang menepati ciri2 kursus yang saya mahu.


Pada malam terakhir, kami ada aktiviti kembara malam. Masyaallah.... Seram betol la.. Kalau setakat bagi tasks, barang2 amanah, ada checkpoint kene buat macam2 tu tak kisah sangat. Ini, bila sampai satu checkpoint tu dia suruh kami berjalan sorang2 naik tangga 200 dalam hutan, gelap gelita, tak boleh pakai HP. Adoi, nak menangis dibuatnya. Dahlah sebelum mula berjalan tu dia cakap tempat ni "KERAS". Hish.... Yang lucunya, sempat juga saya bagi idea kepada kawan2 lain agar berkumpul di atas tangga kemudian kita jalan sama2. Bermula dengan sayalah naik tangga tu. Sengaja jalan lambat2 sampailah mereka tidak nampak saya. Seminit kemudian baru terjumpa ahli kumpulan kami yang lain. Hihihi...siap ada password lagi tu. Dah jalan sama2 tiba2 ada pulak 2 ekor hantu menerjah kami di tengah2 hutan. Apa lagi, menjerit la kami!. Haih....ada2 aje diorang ni nak kenekan kitorg. Dahlah peserta tu bapak2 orang, mak2 orang, nenek ngan atok orang pon ada. Pendek kata, tua2 la semuanya... Syukur juga lah semuanya selamat sampai ke destinasi.


Pengalaman kembara malam tu memang satu pengalaman yang berhargalah pada saya. Rasa seperti bersyukur sangat dikurniakan pancaindera mata, telinga, kaki yang boleh berjalan, semangat setiakawan, semangat berkumpulan, sifat kepimpinan, serta nilai cintakan negara. Kalau ada lagi, memang saya nak join lagi tu. Rasa tak puas 3 hari 2 malam di sana. Kalau sesiapa yang berada di sekitar Sabah, memang direkemen la Kem Bina Negara Kundasang sebab tempatnya teramatlah cantik, bersih dan nyaman. Kem ni juga merupakan kem paling cantik di Malaysia. Padang kawadnya mengadap Gunung Kinabalu. Serius! Tak puas saya tengok gunung tu hari2...Sangat indah pemandangannya...

Macam Gunung Fuji pon ada tu...Tak dapat bergambar di sana, bergambar dengan background Gunung Kinabalu pon jadilah....