kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Monday, August 8, 2011

Onde2 Gula Melaka a.k.a Buah Mulong

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Ni sebenarnya menu berbuka kelmarin dulu. Dalam FB dah uplod gmbr, tapi tak sempat nk upload resepi kat cni. Alkisahnya, saya ni punya la beriya-iya mintak mak poskan gula nisan (gula melaka keping2 tu) tahun lepas sebelum puasa. Konon2 nk buat kuih la. Sekali, mcm tak luak pulak gula tu...Tahun ni baru luak sikit. Itu pon masih lagi berbaki 2-3 keping. Susah nk jumpa gula melaka yg berkeping2 di sini. Kat KL pon sama. Mak Tam Sri Gombak selalu pesan gula nisan keping setiap kali sy balik dr kg. Huhuh...

Jadinya, sy belajar buat kuih ni dengan mak. Ini antara kuih wajib yg mak akan buat kalau bulan pose. Kalau bulan lain, jangan harapla dia nk buat. Hihih....Selalunya ayah akan berbuka di masjid setiap kali puasa. Sebab takde org nk azankan maghrib kalau dia takde. Jadinya, kuih2 yg mak buat tu ayah akan bawa bekal ke masjid, makan di sana. Sekarang tinggal mak & ayah berdua je di rumah. Tak tahu la mcm mana mak berbuka sorg2 tu. Tak sabar nk balik kampung, berbuka puasa beramai-ramai. Semestinya mak akan masak sedap2 untuk anak2nya...

Oh ya, lupa pulak. Dalam tajuk entry tu ada letak nama BUAH MULONG. Kalau di kampung ayah (Selising, Pasir Puteh, Kelantan), diorg tak panggil onde2. Diorg panggil buah mulong. Kat tmpt lain belom pernah lagi sy dgr org panggil mcm tu..Ntahla...org2 di kampung ayah ni tak tahu la dr mana dpt nama mcm tu. Kalau buah melaka, onde2, itu mmg biase dengar la kan? Tapi kalau buah mulong ni, macam takde sangkut paut la pulak. Panjang pulak bebelnya...Oklah, meh tengok resepi mudah BUAH MULONG ni ye. hihih...

ONDE-ONDE GULA MELAKA
resepi : Mak
Olahan : Nuwairani

Bahan :
2 cawan tepung pulut
4 helai daun pandan
1 cawan air
1/8 sk garam
1 sb air kapur -nani tak letak
1 keping gula nisan -potong dadu
*kelapa parut putih secukupnya
*garam secukupnya

Cara :
  1. Blend daun pandan dengan air hingga hancur.
  2. Masukkan air pandan, garam ke dalam tepung. Air tu masuk sikit2 sehingga tepung boleh diuli dan tidak terlampau keras. Kalau boleh pegang dan dibentuk, kire ok la tu. Kalau tak cukup air pandan, tambah air sikit lagi.
  3. Masukkan gula nisan dalam doh, tutup rapat2 supaya tidak bocor bila direbus nanti.
  4. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. (mase ni nani guna untuk kukus kelapa parut tu dulu)
  5. Bila air dah mendidih, angkat kelapa kemudian boleh masukkan bebola onde2 tadi.
  6. Agak2 kuih tu timbul, tu tandanya dah masak. Jadi, boleh angkat. (nani toskan dulu airnya).
  7. Kelapa parut digaul dengan garam kemudian tekan padat2 dalam loyang (loyang kek petak atau bulat).
  8. Bebola onde2 yg dh masak, golek2kan dalam kelapa parut tadi. SIAP!!

18 comments:

Mieza said...

buah mulong hihihi dah lama tak dgr nama tu...org kelantan mmg panggil buah mulong kan nani..sukerrrr...ptg ni nak wat lg laaa..tk jemu2 kan..

nuwairani ismail said...

tula...2 hari dh berbuka dgn kuih ni...sedappp....

kak mieza pon panggil buah mulong rupenye. hihih...

tun_telani said...

hihihi... kt sini sebut2 mulong tu dh terimagine ulat mulong.. kui kui..
suka makan onde2.. lg2 time puasa kn.

Ucu Faridah said...

tahun lepas onde2 ni wajib ada..tahun ni semangat nk buat berkobar2 siap ambk resipi dr kak kasih lagi...kali ni resipi nani pulak...
alahai nani bagilah ucu semangat nak buat onde3 ni...terasa mcm berat btul lah tulang ni nak gi cari kelapa....

Ida,Japan said...

Kg k'ida belah pasir mas panggil buah milon nani...smlm baru jugak buat,guna nisan keping gak..member bagi, pas tu pakai pewarna ijau & kelapa kering jer..kesian kn.tak dak daun pandan & kelapa fresh kt sini huhuuu
.betul tu, kuih wajib mak akan buat bulan posa

Yana Shaiful said...

Salam Nani..dh lama xdgr org pgl onde2 ni buah mulong..best mkn yg br kna golek2 ats kelapa tuu..Nak bt jgk lah ptg nii klu ada kerajinan hikhikk..

kasihredha said...

adus sedak nyo..
akak dok pernoh denga oghe panggil buah mulong :)

Anna Qawina said...

hah..kg akak pong org2 lama yg panggil buah mulong..org2 baru ni tak tau dah kot..hehe

Cheq Sue said...

oooooooooooo sedapnyohhhh...cheq sue baru nk tra harini

Ashuran said...

Pandainye nuwairani olah resipi mak..

AI said...

- mulong tu bukan ulat ke nani...

nuwairani ismail said...

kak tun : nani pon baru tau mulong tu ulat besor2 yg org s'wak makan kt sana. member org serikin suke makan mende tu. lemak2 katanya...kak tun tak cuba ke? hihih

nuwairani ismail said...

ucu : semangat! semangat! pasni leh makan onde2...hihih...inii pon kebetulan berbuka di rumah kawan. jadi, nani bawa kuih ni.

nuwairani ismail said...

kak ida : kite yg duk jauh, susah nk dpt bekalan itu dan ini la yg asik rasa nk makan itu dan ini...kt sabah pon susah jugak nk dpt kelapa parut. org2 cni tak suke sgt makanan yg santan n kelapa ni.

nuwairani ismail said...

kak yana : boleh main masak2 dgn damia tu kalau dia kacau. bg dia seketul, suruh la dia golek2 jugak. hihih

nuwairani ismail said...

kak kasih : hari dh dengar org panggil buah mulong kan? heheh

nuwairani ismail said...

kak ana : nani pon makcik kt kg yg gtau. kalau tak, tak tahu jugak tu.

cheqsue : menu wajib ni! mesti try jugak!

nuwairani ismail said...

ashuran : tengok la awek sape....

Al : kalau di s'wak mulong tu memng ulat. hihih...kt sabah ni memang ada sejenis kuih namanya ulat bulu...