Assalamualaikum.... Setelah membaca komen Syalina di resepi Air Soya, Kak Besah dalam MyR, tertarik utk sy masukkan isu ni dalam entry kali ni. Pernah juga sy baca dlm FB tentang bahaya air soya ni. Dulu selalu beli air kotak soya. Selepas baca maklumat mcm ni, sampai sekarang sy dh x minum soya (setahun lebih dah). Sebelum bercerita panjang, meh baca dlu ayat2nya.
gmbr ehsan drp google
06-05-2011, syalina komen :
SY SEKADAR BERKONGSI TTG FAKTA INI... Wallahu a’lam bish-shawabi..(copy paste from email sy)
Perkara: Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah, Wajah Hitam Kacang Soya!
“Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya: · Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita. · Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak. · Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita! Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2). (1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.) (2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.) Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan merencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino. Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain. (3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe . (4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya) Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya. FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid. Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan. MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT Wallahu a’lam Ustaz Hashim Al-Maranji.”
Respon :
Sy ada juga bertanya Mr. Google berkenaan dgn air soya di Jepon. Katanya, di sana xde jual pon air soya. Maksudnya di sini, fakta ini sedikit sebanyak boleh dipercayai sbb Negara Jepon amat mementingkan amalan pemakanan yg sihat. Kalau ada produk berasaskan soya di sana, hanya ada tauhu busuk (ada kawannya yg suke makan) dan tofu. Ini kerana tauhu busuk dan tofu ini mengalami proses penapaian yg lengkap.
Susah juga nk ckp berdasarkan pengalaman dan pemerhatian luar melainkan dengan kajian saintifik. Kalau sape ada maklumat tambahan, sudi2 la berkongsi ye!.
17 comments:
Assalam nuni, emmm dh jadi pun pop up window tu..senang sikit org nak komen, tutup ni dpt baca blog lagi.
oh akk tak tau pun pasal air soya ni..suka sangat minum n buat sendiri, tq nuni kongsi info, pas ni minum juga tapi keranglah sedikit kekek
erm...tula..x berapa pasti jugak..tp mmg pensyarah biologi nuni pernah pesan, x elok minum soya byk2..
Assalamualaikum..
pestaim bertandang ke sini.. :)
Pernah juga dapat tahu pasal info kcg soya nih tp x detail sgt la..sy minum kcg soya bila teringin je..masa pregnant kalo org lain amalkan sy mcm x teringin lak..ehehe..
semoga kita dijauhkan dr perkara yg x baik n menyesatkan..tq kerana berkongsi
Salam, akak pernah dapat email pasal ni.Tak berapa pasti sangat. Masih minum soya tapi takde kerap sangat.
waalaikumussalam kak sue.nuni pon ni 2nd time dgr fakta yg mcm ni.1st time dlu kt FB x detil sgt.yg siap sebut psl bhn chemical lg.mana yg baik kita ikut, mana yg x elok, bagus ditinggalkan...
kak haliza : erm..kalau nuni, mcm tempe, tauhu, tau fu fa, masih makan lagi.cuma air soya je yg x minum.kuat betol pengaruhnya.
terima kaseh singgah dapur akak tu ya..
mmm..dulu2 akak sukalah minum air soya ni tapi sekarang ni sudah tak berapa nak jalan selepas macam2 cerita akak dengar..tak percaya juga tapi was2 jugak lah kan?..minum susu kambing je lah nampaknya...huhu
susu kambing pon bagus juga tu...boleh buat ubat utk baby yg jaundice (penyakit kuning) tu. sy mmg suke tgk blog2 senior ni.byk yg boleh dipelajari...teruskan usaha akak anymz berblogging ye!
Aduish...air soya kite ni ade lagi segelas dua... bila baca ni...x terminum plak rasanya...
jangan mcm tu cheqsue. xbaik membazir...habiskan dulu mane yg ada...bukan x boleh minum langsung pon...
japanese tak minum tp diorang mkn.. byk makanan diorang pkai soya beans.. read this >> http://www.matsuri-restaurant.com/food/ingredients/soya_beans.php
thanx so much heyza...sy pon ada tanya2 kawan yg blaja di jepon.mmg diorg makan mcm tauhu busuk, to fu etc...
oo cam tuh ker rupanya.. baru tahu.. dah lah prengnant nie , pagi2 mesti minum air soya.. cuma posa nie time berbuka lah.. anak akak alia 98 thn) mmg berbuka cari air soya.. kalau takde dia nangis.. so lepas nie kena bagi tahu dialah.. yelah selalu kita dinampakkan dengan kelebihannya yg baik untuk kulit lah , tulanglah..upa-upanya.. thanks nani
sekadar berkongsi apa yg kita tahu...boleh je kot kalau minum sikit2...cuma jangan selalu la...
kak nani...mintak share ye...ni 2nd time dengar..dulu pnh dgr tp xdetail..tq
ok2...beres! silekan!
trma kasih atas perkongsian... br sy tahu
Post a Comment