kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Monday, May 16, 2011

Menjadi Guru : antara peluang dan cabaran

Assalamualaikum...Selamat pagi!
Hari ni cikgu x masak ye sbb hari ni adalah HARI GURU! Selamat hari guru buat semua guru yg berada di luar sana...Hmmm...Pejam celik dh masuk kali ke4 sy menyambut hari guru sbg seorg guru...Rasa begitu cepat masa berlalu..Ya, org selalu ckp, jadi cikgu senang, boleh balik awal, byk cuti, keje x byk, gaji pon tinggi....Hmm... hakikat yg sebenarnya tidaklah begitu indah... Kalau nk dibandingkan dgn bebanan, amanah dan tanggungjawab yg diberi, terasa seperti tak terpikul sebenarnya... Sy tidak akan bercerita ttg org lain. Cukuplah dgn pengalaman sendiri. 

Di sekolah, sy bertindak sbg guru kaunseling sepenuh masa. Pelajar sekolah yg merokok di luar, Guru Kaunseling yg dipersalahkan oleh ibubapa. "apa peranan guru kaunseling di sekolah sampai budak boleh merokok?" Ya, itu mmg kenyataannya. Walhal, kejadian seperti ini adalah di luar kawalan guru. Ini belom lagi bercerita tentang segala peraturan yg termasuk dlm pekeliling. Sy bg satu contoh, "guru tidak boleh menunjukkan reaksi memek muka yg marah kepada pelajar" Sy pon tidak faham kenapa mesti termasuk dlm pekeliling itu. Habis, kalau pelajar buat salah, guru mesti senyum??? Ini belom lagi bab peraturan menyentuh atau mendenda pelajar. 

Walau bagaimanapun, bergantung kpd individu itu sendiri mcm mana nk mengendalikan pelajar masing2. Yes, kalau sy di sekolah, walaupun memegang title sbg guru Bimbingan & Kaunseling sepenuh masa, peranan sy lebih kpd seorg guru disiplin. Sekurang-kurangnya apabila pelajar melihat sy, x perlu sy bercakap byk, masing2 pandai masuk kelas, pandai betulkan pakaian yg senget benget dan pandai berkelakuan baik. Sy pon  x faham mcm mana sy boleh buat mcm tu.


Cabaran menjadi seorg guru mmg xkan habis...dan mungkin kerana itulah, sekali kita menjadi guru, sampai bila2 pon kita tetap seorg guru. SELAMAT HARI GURU.....

2 comments:

IXORAROXI said...

Selamat Hari Guru Cikgu Nuni, jadi Cikgu Jiwa mesti kental dik!
dulu lepas SPM akak dapat juga offer sambung belajar di maktab, tapi akak tahu itu bukannya kerjaya pilihan akak, akak tahu tak termampu akak melakukanny, akak tak suka buat sesuatu perkara kalau itu bukan pilihan dari jiwa..selamat berjasa!

Nuwairani said...

owh...yeke...sy ni mmg dr dlu lagi suke tgk cara guru, suke tgk cikgu enjoy, semua suke! hmm..harap2 dpt bertahan la..terima kasih ye kak