Assalamualaikum.... Selamat Sejahtera....
Orang lain mungkin seronok je cuti 3 hari. Tapi bagi sy, sgt bosan betol.... Nak main tenet pon x dapat... Nak berdating dgn BF pon x dapat... Nak balik kampung makan durian pon x dapat... Macam biase, godek2 fridge, terjumpa la sepeket lagi serunding daging imported from Kampung Laut, Kelatam!
So, try la ikut resepi karipap mini kak fida....
Bahan2 doh :
225 gram tepung gandum –sy guna 2 cawan
1/8 sk garam
2 sb minyak sapi –sy guna marjerin puteri
100 ml air
1 biji limau kasturi
(serunding daging untuk inti)
Cara :
1. Minyak sapi, air, garam dimasak hingga mendidih.
2. Masukkan jus limau, matikan api.
3. Tuangkan ke dalam tepung, uli sebati dan rehatkan 10 minit.
4. Blend serunding daging hingga hancur.
5. Canai tepung sebesar duit syiling 50 sen, masukkan inti serunding dan goreng hingga rangup.
6. Simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.
setelah berpenat lelah mengelim....
No comments:
Post a Comment